SMK Simpang Empat

Directions Contact the school

SMK Simpang Empat Laman Rasmi SMK Simpang Empat: Pusat perkongsian maklumat, aktiviti sekolah & kejayaan warga SMKSE

Laman Rasmi SMK Simpang Empat | Pusat perkongsian maklumat, aktiviti sekolah & kejayaan warga SMKSE

⭐️⭐️⭐️ ANUGERAH 3 BINTANG ⭐️⭐️⭐️Tahniah diucapkan kepada SMK Simpang Empat (SMKSE) atas kejayaan memperoleh Anugerah 3 B...
15/10/2026

⭐️⭐️⭐️ ANUGERAH 3 BINTANG ⭐️⭐️⭐️

Tahniah diucapkan kepada SMK Simpang Empat (SMKSE) atas kejayaan memperoleh Anugerah 3 Bintang bagi Kategori Penarafan Anugerah Pemakanan Sihat! 🏆

Sebagai pengiktirafan atas pencapaian ini, pihak sekolah turut menerima sijil penghargaan dan sebuah tong pengkomposan. 🌱♻️

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Cikgu Goi, Cikgu Amnah serta semua guru yang terlibat atas usaha, komitmen dan kerjasama yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam membudayakan amalan pemakanan sihat serta memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.

💚 SMKSE Hebat, Kesihatan Diutamakan, Kelestarian Dipertahankan!

✨🏆𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐌𝐊 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨🏆📅 10 Oktober 2026 (Sabtu)📍 Peninsula College Georgetown, The S...
15/10/2026

✨🏆𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐌𝐊 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨🏆

📅 10 Oktober 2026 (Sabtu)
📍 Peninsula College Georgetown, The Ship Campus, Batu Kawan, Pulau Pinang

🌟 Mengiktiraf Kecemerlangan, Menghargai Kejayaan, Menyemarakkan Aspirasi.

Pada 10 Oktober 2026, telah berlangsung dengan penuh gemilang Majlis Apresiasi Kecemerlangan SMK Simpang Empat 2026 yang meraikan pencapaian pelajar Tingkatan 5 dan pelajar Semester 3 Tingkatan 6 SMK Simpang Empat, Pulau Pinang.

Majlis yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Rizal bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

💐 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada barisan alumni serta rakan strategik SMK Simpang Empat (SMKSE) atas sokongan, sumbangan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan usaha melahirkan generasi yang cemerlang, berdaya saing dan berakhlak mulia.

🏅 Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat kepada para pelajar untuk terus melakar kejayaan, menggapai impian dan mencipta masa depan yang lebih gemilang.

Kejayaan hari ini ialah inspirasi untuk kecemerlangan hari esok! 🌈

💙 SMK Simpang Empat — Bersama Melakar Kecemerlangan, Menggapai Kegemilangan!




🌿🌸 𝓜𝓐𝓙𝓛𝓘𝓢 𝓟𝓔𝓡𝓢𝓐𝓡𝓐𝓐𝓝 🌸🌿𝓒𝓘𝓚𝓖𝓤 𝓡𝓞𝓗𝓐𝓝𝓐 🌷Majlis Persaraan Cikgu Rohana yang berlangsung pada 2 Oktober 2026 di Dewan Seri Gem...
06/10/2026

🌿🌸 𝓜𝓐𝓙𝓛𝓘𝓢 𝓟𝓔𝓡𝓢𝓐𝓡𝓐𝓐𝓝 🌸🌿
𝓒𝓘𝓚𝓖𝓤 𝓡𝓞𝓗𝓐𝓝𝓐 🌷

Majlis Persaraan Cikgu Rohana yang berlangsung pada 2 Oktober 2026 di Dewan Seri Gemilang, SMK Simpang Empat telah menjadi kenangan indah buat seluruh warga sekolah. Kehadiran guru jemputan, murid yang dikasihi serta ahli keluarga tercinta menyerikan lagi suasana penuh bermakna.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Rohana atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi sepanjang berkhidmat. Semoga persaraan ini menjadi permulaan baharu yang penuh kebahagiaan bersama keluarga, disulami keberkatan dan kegembiraan.

Bunga mekar harum berseri,
Indah tersusun di taman indah,
Jasa cikgu sepanjang hari,
Pengorbanan mulia tersemat di hati.

Kami warga SMKSE mengucapkan Terima Kasih dan Selamat Bersara Cikgu Rohana.


SANTAPAN SEHEBAT BERSAMA WARIS & CALON CEMERLANG SPM 2026Selasa, 29 September 2026 telah berlangsung Santapan SEHEBAT Be...
06/10/2026

SANTAPAN SEHEBAT BERSAMA WARIS & CALON CEMERLANG SPM 2026

Selasa, 29 September 2026 telah berlangsung Santapan SEHEBAT Bersama Waris & Calon Cemerlang SPM 2026, yang menghimpunkan pihak sekolah, waris serta calon-calon cemerlang SPM 2026 dalam suasana penuh mesra dan bermakna.

Program ini menjadi ruang untuk memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan waris, di samping menyuntik semangat serta motivasi kepada murid agar terus fokus dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam SPM 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada waris yang hadir, pihak pentadbir, guru-guru serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga segala usaha, sokongan dan doa kita bersama menjadi pemangkin kejayaan anak-anak SEHEBAT. 🌟


CERAMAH SLOT MOTIVASI “BOOST SPM 2026: BINA KEYAKINAN, CIPTA KEJAYAANTarikh: 28 September 2026Hari: IsninMasa: 8.00 pagi...
06/10/2026

CERAMAH SLOT MOTIVASI “BOOST SPM 2026: BINA KEYAKINAN, CIPTA KEJAYAAN

Tarikh: 28 September 2026
Hari: Isnin
Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Bilik Seri Perdana, SMK Simpang Empat
Sasaran : Murid Cina dan Murid India Tingkatan 5

Program Ceramah Slot Motivasi “BOOST SPM 2026” bertujuan membakar semangat, membina keyakinan diri serta menyuntik motivasi dalam kalangan murid Tingkatan 5 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Program ini menyasarkan khususnya murid Tingkatan 5 berbangsa India dan Cina, dengan penyampaian motivasi yang disesuaikan dalam bahasa yang lebih dekat dan mudah difahami oleh murid, agar mesej, nasihat serta strategi motivasi dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Program ini mendapat sambutan yang sangat baik serta berjaya meningkatkan semangat, keyakinan dan fokus murid dalam menghadapi SPM serta berusaha mencapai kejayaan.


BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA TAMIL SPM 2026Tarikh : 11.09.26Hari : JumaatMasa : 7.30 pg – 4.00 ptgTempat : Pusat Sumbe...
26/09/2026

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA TAMIL SPM 2026

Tarikh : 11.09.26
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pg – 4.00 ptg
Tempat : Pusat Sumber SMK Simpang Empat
Anjuran : Panitia Bahasa Tamil
Sasaran : Semua pelajar Bahasa Tamil SPM

Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan teknik menjawab dan strategi menghadapi peperiksaan SPM. Program ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan, penguasaan teknik menjawab dan prestasi murid dalam SPM 2026.

Terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.


DIALOG PRESTASI KECEMERLANGAN MURID TINGKATAN 4Tarikh : 22 & 23 September 2026Hari : Selasa & Rabu Masa : 8:00pagi - 1:0...
26/09/2026

DIALOG PRESTASI KECEMERLANGAN MURID TINGKATAN 4

Tarikh : 22 & 23 September 2026
Hari : Selasa & Rabu
Masa : 8:00pagi - 1:00 petang
Tempat : Bilik Seri Perdana
Anjuran : Unit Kurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM) dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling

Dialog Prestasi Kecemerlangan Murid Tingkatan 4 ini bertujuan untuk mengenal pasti pencapaian akademik murid, membincangkan strategi peningkatan prestasi serta memberikan bimbingan dan sokongan dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang. Program ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi, kesedaran kendiri dan komitmen murid dalam mencapai kecemerlangan akademik serta persediaan menghadapi SPM 2027.

Terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama, sokongan dan komitmen yang diberikan bagi menjayakan program ini.


LATIHAN KEBAKARAN TAHUN 2026 🚒🔥Tarikh : 24 September 2026Hari : KhamisTempat : SMK Simpang EmpatAnjuran : Pihak sekolah ...
26/09/2026

LATIHAN KEBAKARAN TAHUN 2026 🚒🔥

Tarikh : 24 September 2026
Hari : Khamis
Tempat : SMK Simpang Empat
Anjuran : Pihak sekolah dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Latihan Kebakaran Tahun 2026 diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan serta memastikan prosedur keselamatan dapat dilaksanakan dengan baik.

Terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. 🚨🧯



HARI JAYA WARIS TINGKATAN 5 & SEMAKAN PENETAPAN TARGET SPM 2026 Tarikh : 25.09.26Hari : JumaatMasa : 9.00 pg– 12.00 tghT...
26/09/2026

HARI JAYA WARIS TINGKATAN 5 & SEMAKAN PENETAPAN TARGET SPM 2026

Tarikh : 25.09.26
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pg– 12.00 tgh
Tempat : Dewan Seri Gemilang SMK Simpang Empat

Program Hari Jaya Waris Tingkatan 5 dan Semakan Penetapan Target SPM 2026 bertujuan memperkukuh kerjasama guru, murid dan waris dalam meningkatkan pencapaian akademik. Perbincangan membantu waris memahami prestasi anak, mengenal pasti kelemahan serta menetapkan sasaran SPM. Program mendapat sambutan baik dan meningkatkan kesedaran, motivasi serta komitmen semua pihak terhadap kecemerlangan murid.


KAMUS FASA 2BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2026Tarikh: 26.09.26Hari: SabtuMasa: 9.00 pagi – 12.00 tengah...
26/09/2026

KAMUS FASA 2
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2026

Tarikh: 26.09.26
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Seri Perdana, SMK Simpang Empat
Anjuran: Panitia Matematik Tambahan
Sasaran: Pelajar 4 USM, 4 UKM, 5 USM dan 5 UKM.

Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang teknik menjawab dan strategi berkesan dalam menghadapi Matematik Tambahan SPM 2026, khususnya dalam meningkatkan penguasaan kaedah penyelesaian soalan dan kemahiran menjawab dengan tepat mengikut kehendak peperiksaan.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan, penguasaan teknik menjawab serta prestasi pelajar dalam Matematik Tambahan SPM 2026 dan Peperiksaan Akhir Tahun.

Bengkel turut memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan bimbingan secara langsung dan memperkukuh kefahaman dalam menyelesaikan soalan Matematik Tambahan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan bengkel ini.


Address

Jalan Besar, Simpang Empat, Pulau Pinang
Simpang Ampat
14100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Simpang Empat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Simpang Empat:

Shortcuts

Share