SRITI Ulul Albab

Call Directions Contact the school

SRITI Ulul Albab Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Ulul Albab, merupakan sekolah rendah beraliran agama pertama di Batu Kawan, yang mula beroperasi pada tahun 2026.

Mengintegrasikan Akademik KSSR(KPM), KAFA(JAKIM), KAFFAH(Fardhu Ain & kifayah) serta Tahfiz.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 September 2026 Hari Malaysia bukan sekadar lipatan sejarah penyatuan Sabah,...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

16 September 2026

Hari Malaysia bukan sekadar lipatan sejarah penyatuan Sabah, Sarawak, dan Semenanjung, tetapi ia adalah simbol keharmonian, kepelbagaian, dan ukhuwah yang wujud di bumi berkat ini.

Pengurusan, warga pendidik, dan seluruh warga SRITI Ulul Albab mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya buat para ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi.

Semarakkan semangat cintakan negara dengan menyemaikan nilai akhlak soleh, perpaduan, dan taat setia. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara keamanan dan kemakmuran negara Malaysia yang kita cintai ini. 🤲✨

Salam Maal Hijrah 1447H buat seluruh umat Islam. 🌙✨Melangkah ke tahun baharu Islam ini, marilah kita sama-sama memperbah...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1447H buat seluruh umat Islam. 🌙✨

Melangkah ke tahun baharu Islam ini, marilah kita sama-sama memperbaharui azam dan niat. Semoga segala khilaf dan kekurangan pada tahun lalu menjadi pengajaran, dan semoga tahun 1447H ini membuka lembaran hidup yang lebih diberkati, dipenuhi dengan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa, dan rezeki yang melimpah-ruah.

Doa yang terbaik untuk kita semua agar sentiasa thabat (istiqamah) di jalan kebaikan. Berubah menjadi lebih baik, langkah demi langkah, hari demi hari.

[ TAKLIMAT PENDAFTARAN SENI SILAT GAYONG DI SRITI ULUL ALBAB ]Alhamdulillah, satu sesi taklimat pendaftaran Seni Silat G...
16/06/2026

[ TAKLIMAT PENDAFTARAN SENI SILAT GAYONG DI SRITI ULUL ALBAB ]

Alhamdulillah, satu sesi taklimat pendaftaran Seni Silat Gayong sebagai aktiviti kokurikulum rasmi sekolah telah berjaya dilaksanakan di SRITI Ulul Albab.

Sesi ini memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kepentingan ilmu mempertahankan diri, disiplin, dan warisan budaya warisan bangsa.

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Seberang Jaya atas segala bimbingan, kerjasama, dan bantuan dalam urusan kelulusan pembukaan gelanggang baharu di SRITI Ulul Albab.

Semoga usaha murni ini dapat melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang sahsiah dan akademik, malah tangkas serta berdisiplin tinggi. Kampit dipikul, adat dijaga! 🥋✨

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 🏢
07/06/2026

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 🏢

🕋 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M 🕋Salam Aidiladha tulus ikhlas daripada kami di SRITI Ulul Albab.Ma...
26/05/2026

🕋 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M 🕋

Salam Aidiladha tulus ikhlas daripada kami di SRITI Ulul Albab.

Mari kita hayati erti pengorbanan, suburkan sifat takwa, dan tingkatkan ketaatan kepada Allah SWT dalam membentuk peribadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Selamat bercuti bersama keluarga tercinta dan selamat menjalankan ibadah korban dengan penuh keberkatan! ✨

"Membina Generasi Rabbani Murabbi"

Selamat Hari Arafah 1447HSemoga dengan keberkatan Hari Arafah pada hari ini, diampunkan dosa - dosa kita insyaallah amii...
26/05/2026

Selamat Hari Arafah 1447H

Semoga dengan keberkatan Hari Arafah pada hari ini, diampunkan dosa - dosa kita insyaallah amiin..ya Rabbal 'alamin.

Keistimewaan Hari ArafahHari Mustajab Doa: Rasulullah SAW bersabda bahawa sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.Pe...
25/05/2026

Keistimewaan Hari Arafah

Hari Mustajab Doa:
Rasulullah SAW bersabda bahawa sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.

Pengampunan Dosa:
Allah SWT membuka luas pintu keampunan dan membebaskan hamba-Nya daripada azab api neraka pada hari ini.

Hari Penyaksian:
Hari di mana Allah SWT mengambil perjanjian setia daripada seluruh zuriat Nabi Adam AS.

Kesempurnaan Islam:
Hari di mana ayat Al-Quran mengenai kesempurnaan agama Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

23/05/2026

“Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”

✨
Selamat Hari Guru kepada semua barisan pendidik di SRITI Ulul Albab! 👨‍🏫👩‍🏫

Mendidik bukan sekadar mengajar apa yang ada di dalam buku, tetapi membentuk peribadi, menyemai adab, dan menghidupkan cinta kepada al-Quran dan Sunnah dalam jiwa anak-anak murid.

Terima kasih Cikgu, Muallim, dan Muallimah atas segala sabar, keringat, dan doa yang tidak pernah putus buat generasi Ulul Albab. Semoga setiap huruf yang diajar menjadi aliran pahala jariah yang tidak jemu mengalir ke syurga. Amin Yarabbal Alamin. 🤲❤️

🌹 SELAMAT HARI GURU 2026 🌹Terima kasih buat semua guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu ...
15/05/2026

🌹 SELAMAT HARI GURU 2026 🌹

Terima kasih buat semua guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu dengan penuh kasih sayang.

Segala pengorbanan dan jasa kalian amat bermakna dalam membentuk generasi masa depan.

“GURU HARAKI PEMANGKIN KEKUATAN JEMAAH”

Semoga semua Muallim & Muallimah SRITI Ulul Albab sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap langkah mendidik anak bangsa. 🤍📚

AHLI LEMBAGA PENGURUSAN SRITI ULUL ALBAB

Address

40-G, Jalan Vervea 11, Bandar Cassia, Pulau Pinang
Simpang Ampat
14110

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:30
Tuesday 07:30 - 18:30
Wednesday 07:30 - 18:30
Thursday 07:30 - 18:30
Friday 07:30 - 18:30

Telephone

+601112035948

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Ulul Albab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Ulul Albab:

Shortcuts

Share

Category