Budak sombong -_-

Budak sombong -_- Bersalwat ke atas Nabi Muhamad s.a.w


Walaupun kehidupan ini sementara seperti seorang per

Kalau nak luah perasaan hampa mai cerita kat page ni tak pa mana tau sama-sama boleh selesaikan masalahh hampa

11/02/2021
Hampir 10,000 perkahwinan bertemu melalui Baituljannah tetapi, adakah anda masih keseorangan? Mulakan kisah cinta anda s...
19/12/2020

Hampir 10,000 perkahwinan bertemu melalui Baituljannah tetapi, adakah anda masih keseorangan? Mulakan kisah cinta anda sekarang dengan mendaftar melalui URL berikut:
https://baituljannah.cc/XHZMSM
Anda berasa bimbang dengan keselamatan privasi anda? Jangan bimbang kerana:
☛ 1. Nama, nombor telefon dan emel anda adalah dirahsiakan dan tidak dipaparkan di profil anda.
☛ 2. Sistem anti-SEO. Enjin carian seperti Google dan Yahoo tidak dapat mencari akaun anda.
☛ 3. Baituljannah.com mengawasi sebarang bentuk spam.
DAFTAR SEKARANG di:
https://baituljannah.cc/XHZMSM

Masih mencari teman hidup? Berikan peluang kepada diri anda. Daftar di Baituljannah.com

09/12/2020

Perkongsian ilmu pagi ini :

1. Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
~USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
~Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat. In shaa Allah bahagia..."
~Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
~Datuk Ismail Kamus

5. Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, at least kalau mati, mati dalam solat.
~Ustaz Haslin Baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, doa kemudian baru bangun”
~Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
~TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
~Sheikh Abdullah Jahaf

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
~Ustaz Dasuki Rani

10. Jangan cakap : "Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!" Tapi cakap : "Jom solat, nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya. InsyaAllah
~TG Harun Din
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
~Ustaz Pahrol

Rasulullah bersabda:

" Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala".

SELAMAT BERAMAL

Kredit

Min perlu tenangkan fikiran banyak assignment admin tertunggak
18/11/2020

Min perlu tenangkan fikiran banyak assignment admin tertunggak

04/11/2020

Assalamualaikum ...semua dah bangun ke admin ada nak buka open promote boleh share di komen okay

12/10/2020

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Gambaran Orang Sombong Di akhirat

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ

Daripada Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya dari nabi SAW bersabda: "Orang-orang sombong dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju penjara di neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal." (HR Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Sombong adalah sifat syaitan. Syaitan merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan Nabi Adam.

2. Orang yang sombong mewarisi sifat syaitan.

3. Orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru

4. Orang sombong akan diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas

5. Orang yang sombong akan diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka (nanah) yang namanya thinatul khabal (lumpur kebinasaan).

Marilah kita menjauhi sifat sombong. Sifat sombong itu apabila merasa dirinya lebih baik dari orang lain malah memperlekeh atau merendahkan mereka.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera







12hb Okt 2020
24hb Safar 1442H

19/08/2020

Kami tetap mengingati kalian 😢

20/07/2020

SIRAH ISLAM

Gerunnya Abu Bakar Terhadap Ayat Allah

√ Pada suatu hari, Rasulullah SAW pernah bertanya kepada Abu Bakar As-Siddiq r.a, "Wahai Abu Bakar, mahukah engkau aku bacakan ayat yang telah diturunkan kepadaku?"

Abu Bakar r.a lantas menjawab, "Sudah tentu, wahai Rasulullah."

√ Lalu Rasulullah SAW membacakan ayat ke-123, surah an-Nisa, "Sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu, dan ia p**a tidak akan mendapat (selain dari Allah) seorang pun yang akan melindunginya, dan tidak ada juga yang dapat menolongnya."

√ Ayat ini cukup menggerunkan dan meruntun jiwa, sehingga Abu Bakar r.a berkata, "Aku merasakan seolah-olah belakangku patah. Aku hampir-hampir jatuh pengsan!"

√ Kemudian Abu Bakar menangis seraya berkata, "Telah datang sang pematah belakangku!", beberapa kali ia mengulangnya. Melihat keadaan Abu Bakar r a, Rasulullah SAW cuba menenangkannya.

"Wahai Abu Bakar, kenapa dengan kamu?"

"Demi nyawa ibu dan bapaku, wahai Rasulullah, siapakah dalam kalangan kita yang tidak melakukan dosa? Adakah Allah SWT akan membalas setiap kejahatan yang kita lakukan?"

Abu Bakar masih panik. Rasulullah SAW lalu berkata, "Adapun kamu, Abu Bakar serta orang yang beriman, kalian akan dibalas di dunia ini sehingga kalian bertemu Allah SWT dalam keadaan bersih. Manakala bagi yang tidak beriman, dosa serta kejahatan mereka dicatat dan dikumpul untuk dihukum di akhirat kelak."

√ Begitulah konsep iman. Segala macam ujian yang Allah SWT berikan kepada kita seperti ujian harta, kesihatan, kesedihan dan kehilangan adalah penghapus dosa-dosa kita.

√ Ujian COVID-19 ini disusun Allah SWT sebagai ujian yang mampu ditanggung kita, kerana Dia sesekali tidak akan membebankan apa yang kita tidak mampu. Gunakanlah peluang ini untuk mendekatkan diri kepadaNya.

• Wan Muhammad Firdaus •
====================
☪ Kalam Untuk Semua ☪

Kredit:

Otakbercakap

Address

Simpang Ampat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Budak sombong -_- posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Budak sombong -_-:

Shortcuts

Share

Category