SRI Assalam

SRI Assalam (KAFA INTEGRASI)
ISNIN-JUMAAT
3.00-6.00 PTG

24/09/2024

Ayam Masak Thai

rasa dia makan dengan nasi putih cenggini👍👍👍
*ayam goreng jangan garing sgt
*tumbuk bawang merah and putih
*bawang.holland
*cili api blend, dlm 10biji , nk pedas lebih lagi
*minyak ikan
*sos cili
*sos tiram
* daun limau purut
*serai
*tomato
*cendawan/kobis bunga/baby jagung
cara masak
Tumis serai sehingga naik bau. Masukkan bawang yg di tumbuk dengan cili yg di blend tumis sampai garing.
Kemudian, masukkan daun limau purut dan sos tiram, sos cili, sos ikan dan air. Gaul sebati, masukkn tomato and baby carrot dan akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama bwang holland. Secubit garam untuk rasa secukupnya.
selamat mencuba 😘😘😘

Kredit Resepi : Nur Zira

23/09/2024

Kipas paling berguna setakat ni!. Mana taknya bukan setakat ada kipas, nak hidupkan lampu boleh, nak cas handphone pun boleh. Paling menarik boleh cas pakai solar je. Memang steady👍🏼

Sesuai sangat guna waktu kecemasan letrik takde kat rumah atau waktu pergi berkelah.

21/09/2024

🦐UDANG KAM HEONG🦐

saya masak style saya

sedap udang masak camni...rasa manis2 pedas..menambah nasik camni😍

BAHAN2

20 ekor udang (gaul rata dgn serbuk kunyit, garam & gula) tujuan letak gula supaya bila goreng warna udang jadi cantik gitewww.

1 biji bwg merah besar (potong dadu)

4 ulas bwg putih (potong dadu)

1 tangkai daun kari

5 biji cili padi (nak pedas letak lebih)

BAHAN2 SOS

2sb serbuk kari ikan atau ayam

4 sb cili sos

2 sb sos tiram

2 sb kicap manis

sedikit air

semua bahan2 ni di kacau rata

CARA MASAK

1. Goreng udang dgn minyak panas, jgn lama2 goreng hingga udang bertukar warna je..kemudian angkat dan ketepikan.

2. Tumis bwg merah, bwg putih dan daun kari,

Masukkan bahan sos dan garam, gaul rata.

3. Masukkan udang goreng gaul rata

Kredit Resepi : sunflower oct

21/09/2024

Asal raya je buat kek oren. Asal kek oren je, raya. Hehehe

Ini kek orang dulu-dulu. Senang sangat, rasa pun sedap, tak muak.

Cuba lah, bau semerbak tak menahan.

RESEPI KEK OREN SEMPOI SEDAP RAYA

1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam

Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder

Cara :
Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.

Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor

Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.

Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.

Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.

Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang 🙂

Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa.

Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua! 😍
Credit to Nieza Nor Hamira

18/09/2024
17/09/2024
Hari Sukaneka Kafa SRI Assalam Kg Pdg Lalang
17/03/2019

Hari Sukaneka Kafa SRI Assalam Kg Pdg Lalang

Ceramah Teknik Menjawab UPKK 2018
04/08/2018

Ceramah Teknik Menjawab UPKK 2018

08/06/2018
Program Diambang Ramadhan
17/05/2018

Program Diambang Ramadhan

Pertandingan Kecantikan  Sekolah Kafa 2018
02/05/2018

Pertandingan Kecantikan Sekolah Kafa 2018

Address

Kg Padang Lalang
Simpang Ampat
14120

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRI Assalam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category