15/03/2026
Assalamualaikum w.b.t.,
Dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam Dan Kelab Staf Islam akan menganjurkan MAJLIS IFTAR PERDANA pada:
🌼 Isnin
🌼 16 Mac 2026
🌼 Bersamaan 26 Ramadan 1447H
🌼 Tentatif:
📌6.00 ptg (Pendaftaran)
📌6.15 ptg (Khatam al-Quran)
📌6.45 ptg (Agihan duit raya)
📌7.31 mlm (Berbuka & Solat maghrib berjemaah)
📌7.50 mlm (Jamuan makan)
📌8.20 mlm (Bersurai)
** Sehubungan itu, pihak tuan/puan diminta untuk memastikan anak masing-masing dijemput dan pulang ke rumah dengan selamat. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.
🌼Kehadiran semua murid adalah WAJIB
👕Pakaian Lelaki : Baju Melayu/Kurta/Seluar Slack/Jubah/Songkok/Kopiah (Bawa Sejadah)
,👚Pakaian Perempuan :Baju Kurung/Jubah/Tudung hitam sekolah/stokin (Bawa Telekung & Sejadah)
👞Kasut bersesuaian
❌Dilarang membawa/menggunakan Telefon bimbit
Semoga majlis ini dapat mengeratkan silaturrahim antara kita dan mendapat keberkatan Ilahi, insyaAllah. Terima Kasih.🌷