06/01/2026
TAHNIAH! ✨✨
Alhamdulillah! Dengan penuh kesyukuran, seluruh warga SK Jeniang (Pusat) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid Tahun 6 sesi 2025 SKJP yang telah berjaya mendapat tawaran tempat di sekolah khusus iaitu MRSM (3 orang), SBP (1 orang), SMKA (6 orang), KAA (7 orang), dan KRK (6 orang). Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih anak-anak, doa, serta sokongan berterusan daripada ibu bapa dan guru-guru.
✨Tidak dilupakan juga kepada murid-murid lain yang turut melanjutkan pelajaran ke Maktab Mahmud, Sekolah Sukan Negeri, sekolah agama (Maahad dll) dan sekolah-sekolah harian seluruh negeri Kedah. Tahniah kerana semua berjaya melangkah ke sekolah menengah. ♥️✨
✨Di mana sahaja anda berada, berikan kesungguhan dan komitmen dalam menuntut ilmu. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah maju dengan penuh keyakinan.
Akhir kata, pihak sekolah mendoakan agar semua murid sentiasa diberi kekuatan, keberkatan ilmu, kecemerlangan akademik, serta sahsiah terpuji demi masa depan yang gemilang. Semoga Allah SWT memberkati usaha kalian dan memudahkan jalan menuju kejayaan. 🎖️🎖️
Ikhlas daripada;
Warga SK Jeniang (Pusat)