12/08/2026
Part 3
MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SMK S*K TAHUN 2026
Tarikh: 12 Ogos 2026 (Rabu)οΏ½Tempat: Dewan Ibnu Sina, SMK S*k
Dirasmikan oleh:
Encik Rushidi bin Md Nor,
Pengarah Urusan Jerai Hill Stawberry Farm & Cameron Air Service Sdn. Bhd.
Turut hadir :
- Encik Khairul Rijal bin Ismail,
Timbalan PPD S*k, Sektor Pengurusan Sekolah
- Encik Azhari bin Abdullah, YDP PIBG SMK S*k
- En Sobri bin Shaari,mewakili Kelab Anak2 S*k
- Barisan Pengetua dan Guru Besar Daerah S*k
- Agensi-agensi kerajaan
- AJK PIBG SMK S*k
- waris penerima
Majlis Apresiasi Kecemerlangan SMK S*k telah berlangsung dengan meriah di Dewan Ibnu Sina, SMK S*k. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada warga sekolah, khususnya murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, dan sahsiah.
Majlis telah dirasmikan oleh Encik Rushidi bin Md Nor, Pengarah Urusan Jerai Hill Stawberry Farm & Cameron Air Service Sdn. Bhd. Dalam majlis tersebut, turut diisi dengan penyampaian anugerah kepada rakan strategik sekolah menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga SMK S*k untuk terus berusaha, melakar kejayaan dan mengangkat nama sekolah ke tahap yang lebih gemilang.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah!
Terima kasih kepada tuan pengetua dan semua tetamu yang hadir