Maahad Dini Sultan Abdul Halim

Call Directions Contact the school

Maahad Dini Sultan Abdul Halim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maahad Dini Sultan Abdul Halim, Education Website, Kampung Belantik, Sik.

Maahad Dini Sultan Abdul Halim merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kelolaan Lembaga Zakat Negeri Kedah yang mengutamakan pendidikan anak-anak asnaf negeri Kedah.

Alhamdulillah. A huge congratulations to our students who proudly represented our school in the 3Zero Club Challenge at ...
25/09/2026

Alhamdulillah. A huge congratulations to our students who proudly represented our school in the 3Zero Club Challenge at Al-Bukhary International University (AIU).

Although we came home with a consolation prize, we are incredibly proud of your courage, effort and determination. You stepped up, gave it your best, and gained valuable experience along the way.

Winning is wonderful, but taking the courage to participate, learn and challenge yourselves is an achievement too.

Keep learning, keep growing, and never stop believing in yourselves. The experience, confidence and memories you gained from this competition will stay with you and help you grow.

Well done, everyone! You made us proud.

*k

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, SERIBU KENANGANAda pertemuan yang singkat, tetapi kenangannya panjang. Ada perpisahan yang tidak ...
25/09/2026

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, SERIBU KENANGAN

Ada pertemuan yang singkat, tetapi kenangannya panjang. Ada perpisahan yang tidak diinginkan, namun tetap perlu diterima.

Setelah lebih 7 tahun menabur bakti di Maahad Dini Sultan Abdul Halim sejak 1 Januari 2019, tibalah masa untuk Ustaz Abdul Rahim bin Mazlan melangkah ke tempat baharu, SMK Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Hari ini, air mata murid menjadi saksi. Ada yang cuba tersenyum, ada yang tidak mampu menahan sebak. Ucapan Ustaz Rahim dan pesanan terakhirnya kepada anak-anak murid benar-benar membuat suasana menjadi sayu. Bukan sekadar kata-kata seorang guru, tetapi pesan daripada hati yang selama ini mendidik dan membimbing mereka.

Perginya seorang guru bukan bererti hilangnya sebuah kenangan.

Terima kasih Ustaz Rahim atas segala ilmu, teguran, nasihat dan pengorbanan sepanjang berada di Maahad Dini.

โ€œYang pergi membawa langkah, yang tinggal membawa kenangan.โ€

Semoga terus dipermudahkan urusan dan dilimpahkan keberkatan di tempat baharu. Jasa Ustaz tetap terpahat dalam ingatan kami.

*k

Alhamdulillah, tahniah buat Adriana Sudirman. Batch ke-3 Maahad Dini
24/09/2026

Alhamdulillah, tahniah buat Adriana Sudirman. Batch ke-3 Maahad Dini

Alhamdulillah, Tahniah
21/09/2026

Alhamdulillah, Tahniah

๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ก๐—œ ๐— ๐—”๐—”๐—›๐—”๐—— ๐——๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ž (๐—”๐—ฆ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— )

โœจ ๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฏ ๐— ๐——๐—ฆ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ž ๐—ž๐—˜ ๐—•๐—จ๐— ๐—œ ๐—”๐—ก๐—•๐—œ๐—ฌ๐—”โ€™ โœจ

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Nabil Najmi bin Mohd Khatib, Kohort-03 / Batch Al-Abrar, atas perjalanan ilmu yang membawa beliau menjejakkan kaki ke bumi Jordan, bumi para anbiyaโ€™ dan medan subur bagi pencinta ilmu. ๐Ÿ‡ฏ๐Ÿ‡ด

Semoga langkah yang diatur di bumi Jordan menjadi sebahagian daripada perjalanan panjang dalam menuntut ilmu, membina peribadi dan mengukuhkan tekad untuk terus berbakti kepada ummah.

Daripada bumi waqafan, melangkah ke bumi Anbiyaโ€™.
Semoga terus istiqamah menimba ilmu, mengharumkan nama MDSAH S*k serta menjadi insan yang membawa manfaat di mana sahaja berada. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Ikhlas Daripada:
Presiden, JPA dan Seluruh Warga
Persatuan Alumni Maahad Dini S*k (ASSALAM)

โ€œ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ ๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐‹๐ž๐ ๐š๐ฌ๐ขโ€
โ€œ๐๐ž๐ซ๐š๐ค๐š๐ซ ๐ƒ๐ข ๐๐ฎ๐ฆ๐ข ๐–๐š๐ช๐š๐Ÿ๐š๐ง, ๐๐ž๐ซ๐›๐ฎ๐š๐ก ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ๐š๐งโ€

*k

PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA Tak sedar, dah sebulan kita meriahkan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia dengan...
21/09/2026

PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA

Tak sedar, dah sebulan kita meriahkan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia dengan pelbagai aktiviti.

Ada Khat Kemerdekaan, Pantomen dan Bicara Berirama. Murid pun tak kurang hebatnya, masing-masing berani tampil dan tunjukkan kreativiti.

Sebagai penutup, murid sekali lagi buat persembahan Pantomen yang mengangkat kisah dan semangat perjuangan. Memang seronok tengok anak-anak kita berlakon, menghayati watak dan buat persembahan di hadapan warga sekolah.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan. Tahniah kepada semua yang berjaya!

Yang menang kita raikan, yang belum menang jangan putus asa. Paling penting, semua dah cuba dan ambil bahagian.

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang sama-sama menjayakan program sepanjang bulan ini.

Banyak kenangan, banyak pengalaman. Jumpa lagi di program yang akan datang!


*k

TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN WARGA SEKOLAHAlhamdulillah, satu lagi kenangan manis buat warga sekolah apabila menerima 3 pengi...
11/09/2026

TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN WARGA SEKOLAH

Alhamdulillah, satu lagi kenangan manis buat warga sekolah apabila menerima 3 pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Pendidikan Daerah S*k (MAPS) 2026.

Antara pencapaian yang diterima:
1.Pencapaian 100% Layak Mendapat Sijil (LMS) SPM
2.Peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran SPM 2025 โ€“ Pendidikan Islam & Al-Syariah
3.Sekolah Peratus Penggunaan DELIMa (Keseluruhan ID) Tertinggi 2025 (Menengah)

Turut menerima pengiktirafan ialah En. Muhammad Hafiz bin Amat sebagai Guru Jauhari Digital (Menengah) dan En. Azhar bin Ahmad yang menerima Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) 2025, kategori Ahli Kump**an Pelaksana (AKP).

Tahniah buat semua yang terlibat. Setiap pencapaian ini datang daripada usaha guru, AKP dan seluruh warga sekolah yang sama-sama memainkan peranan.

18 orang peserta, satu pentas dan satu pengalaman baharu buat Maahad Dini dalam Pertandingan Bicara Berirama Peringkat D...
09/09/2026

18 orang peserta, satu pentas dan satu pengalaman baharu buat Maahad Dini dalam Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah di SMK Batu Lapan.

Tak perlu cerita panjang tentang usaha dan pengorbanan. Hasilnya dah cukup untuk kita banggakan Maahad Dini berjaya melangkah ke Peringkat Negeri Kedah.

Lebih manis, Hasnan Taufiq bin Basri dipilih sebagai Konduktor Terbaik.

Tahniah buat 18 orang anak-anak Maahad Dini dan guru pembimbing. Pengalaman pertama dah ada, pentas pertama dah rasa. Lepas ni, kita tengok p**a macam mana langkah Maahad Dini di pentas negeri.

Buat yang terbaik. Selebihnya kita serahkan kepada Allah.

*k

IKATAN KUAT, PRESTASI HEBAT   ๐Ÿชข๐Ÿ†Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Maahad Dini S...
30/08/2026

IKATAN KUAT, PRESTASI HEBAT ๐Ÿชข๐Ÿ†
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Maahad Dini Sultan Abdul Halim (MDSAH), Kedah atas kejayaan meraih NAIB JOHAN Pertandingan Simp**an Inovasi Tali Temali Pasukan Badan Beruniform Antara Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Peringkat Kebangsaan 2026. ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘

Kejayaan membanggakan ini merupakan hasil usaha, disiplin, kreativiti dan semangat kerjasama yang tinggi daripada para pelajar serta semua pihak yang terlibat.

๐Ÿ’ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah S*k atas kesudian mencurahkan ilmu, masa dan tenaga dalam melatih serta membimbing para pelajar dengan penuh komitmen dan dedikasi.

Tidak dilupakan, sekalung penghargaan kepada barisan pentadbir MDSAH atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan, serta guru-guru yang terlibat atas segala usaha, bimbingan, komitmen dan pengorbanan dalam memastikan persediaan pasukan berjalan dengan baik.

Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil usaha dan kerjasama semua pihak. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. ๐ŸŒŸ

Ikatan Kuat, Inovasi Hebat, Jaringan Juara! ๐Ÿชข

*k

29/08/2026

Kem Pemimpin dan Pembentukkan Generasi MADANI.

*k

Address

Kampung Belantik
Sik
08210

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6047520170

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Dini Sultan Abdul Halim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Dini Sultan Abdul Halim:

Shortcuts

Share