12/08/2025
Pada 25.05.2025 hingga 28.05.2025 yang lalu telah diadakan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Kali Pertama bagi Daerah Yan.
Alhamdulillah team PPKI SEMESTUS telah berjaya meraih kejayaan dengan kutipan pingat 3 emas, 3 perak dan 4 gangsa juga menjadi Naib Johan bagi Sekolah Menengah.
Selain itu, tahniah diucapkan kepada Atlet Muhammad Syazwan Fahmi kerana telah berjaya menjadi Individu Lelaki Terbaik Sekolah Menengah walaupun PPKI baru setahun jagung di daerah Yan.