PASTI SIK

PASTI SIK MEMBINA GENERASI AL-QURAN

Selamat Datang & Kembali ke PASTIπŸ€Setinggi-tinggi ucapan selamat datang diucapkan kepada seluruh warga PASTI S*k sempena...
11/01/2026

Selamat Datang & Kembali ke PASTI

πŸ€Setinggi-tinggi ucapan selamat datang diucapkan kepada seluruh warga PASTI S*k sempena pembukaan sesi persekolahan yang baharu 2026

πŸ€Semoga setiap langkah yang diatur diberkati Allah SWT, dipermudahkan segala urusan, serta menjadi wasilah dalam menyemai ilmu, membentuk sahsiah dan melahirkan generasi beriman, berakhlak mulia serta berilmu pengetahuan demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

Sebagaimana firman Allah SWT:
β€œDan katakanlah: Wahai Tuhanku, tambahkanlah aku ilmu.”
(Surah Taha: 114)

πŸ€Semoga tahun ini membawa kejayaan, keberkatan dan kecemerlangan buat seluruh anak-anak PASTI, para guru serta warga pendidik.

Daripada:
Mohd Shauqi Sulaiman
Pengerusi PASTI Kawasan S*k

19/12/2025

Bawa anak-anak, ajak mak ayah, kawan-kawan semua lari santai ja, senyum pun dikira pahala.

Yang penting hadir, sempena Sambutan 41 Tahun PAS Kawasan S*k.

πŸ‘‰ Seluruh masyarakat dijemput hadir!
πŸ“£ Jumpa anda di Sambutan 41 Tahun PAS Kawasan S*k!

17/12/2025

Dengan penuh rasa hormat dan terima kasih, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustazah Hasnah atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan dari tahun 1999 hingga 2025 bersama PASTI S*k.

Selama lebih dua dekad, Ustazah Hasnah bukan sahaja mendidik anak-anak PASTI dengan ilmu dan akhlak, malah menjadi contoh teladan dalam kesabaran, keikhlasan dan dedikasi. Segala usaha dan bakti yang dicurahkan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda serta dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap langkah selepas ini.

Terima kasih Ustazah Hasnah. Jasa tetap dikenang.
*k

Alhamdulillah, Majlis Anugerah Prestasi PASTI Kawasan S*k 2025 berjalan dengan penuh meriah dan keberkatan.Terima kasih ...
06/12/2025

Alhamdulillah, Majlis Anugerah Prestasi PASTI Kawasan S*k 2025 berjalan dengan penuh meriah dan keberkatan.

Terima kasih kepada Tuan hj badrul οΏΌ Hisham bin haji Abdul Rahman, pegawai khas kawasan yang amat Berhormat menteri besar Kedah οΏΌyang sudi hadir merasmikan majlis anugerah prestasi pasti 2025, para penyumbang,para guru yang bertungkus-lumus menjayakan program, serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan.

Tahniah kepada semua anak-anak PASTI yang menerima anugerah. Semoga terus berjaya, rajin menuntut ilmu dan menjadi generasi yang berakhlak serta memberi manfaat kepada umat.

Moga PASTI terus cemerlang pada masa hadapan. 🌿✨.

✨ Selamat Menduduki Ujian Celik Minda 2025! ✨Buat semua anak-anak PASTI berusia 5 & 6 tahun di seluruh Kedah khasnya dan...
03/11/2025

✨ Selamat Menduduki Ujian Celik Minda 2025! ✨

Buat semua anak-anak PASTI berusia 5 & 6 tahun di seluruh Kedah khasnya dan Malaysia amnya.

Ini adalah langkah kecil menuju kejayaan besar! 🌟
Semoga anak anak semua tenang, yakin dan bersemangat ketika menjawab soalan.
Ingat, yang penting bukan sekadar markah, tetapi usaha, doa dan keberanian untuk mencuba πŸ’ͺπŸ“š

Guru-guru dan ibu bapa sentiasa bangga dengan kalian.
generasi rabbani, bijak minda, luhur akhlak. 🌿

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Alam Ria PASTI Negeri 2025.Penglibatan ...
27/09/2025

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Alam Ria PASTI Negeri 2025.
Penglibatan anak-anak hebat ini bukan sahaja menyerlahkan bakat dan potensi diri, malah mencerminkan usaha gigih guru-guru, ibu bapa dan seluruh warga PASTI dalam mendidik generasi rabbani yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Kalah atau menang bukan ukuran utama, yang lebih penting adalah keberanian, pengalaman dan semangat ukhuwwah yang terjalin sepanjang pertandingan ini.
Semoga pengalaman berharga ini menjadi motivasi untuk terus melangkah lebih jauh, membina keyakinan diri serta mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Tahniah sekali lagi kepada semua peserta, guru pembimbing dan ibu bapa atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

β€œPASTI Cemerlang, Ummah Gemilang.”

Assalamualaikum*MEMOHON SUMBANGAN*Pihak PASTI Kawasan S*k ingin memohon jasa baik Tuan/Puan untuk menghulurkan sumbangan...
10/09/2025

Assalamualaikum

*MEMOHON SUMBANGAN*

Pihak PASTI Kawasan S*k ingin memohon jasa baik Tuan/Puan untuk menghulurkan sumbangan kewangan bagi menjayakan program tahunan kami, iaitu Hari Alam Ria Peringkat PASTI Kawasan S*k 2025 .

Program ini bertujuan mengasah bakat cilik pelajar-pelajar PASTI.
Namun begitu, pihak kami mempunyai kekangan dari aspek kewangan bagi menampung kos persiapan majlis tersebut.

πŸ“ Tuan/Puan boleh _transfer_ ke akaun PASTI Kawasan S*k.
- _Recipient Reference_
(Rujukan penerima) : ALAM RIA

Semoga Allah SWT menggandakan rezeki Tuan/Puan asbab berkongsi rezeki.
Segala jasa baik Tuan/Puan didahulukan dengan ucapan Jazakallah Khairan Khatira.

MEMBINA GENERASI AL-QURAN

21/08/2025

Wah dengan bangganya kibar bendera PASTI.

Dua orang pelajar ini merupakan bekas pelajar yang mewakili PASTI Negeri Sembilan dalam Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola Jaring pada 2019.

Muhammad Ammar Irfan (Kanan), Muhammad Amzhar Zikri (Kiri) digilap bakatnya dalam acara bola sepak sejak tahun 2018, dan diberi peluang mewakili negeri di peringkat kebangsaan pada tahun berikutnya.

Kali ni mereka telah terpilih mewakili Negeri Sembilan Grassroot Academy bagi kejohanan Garuda International Cup di Jakarta, Indonesia pada 20-26 Ogos 2025.

PASTI Malaysia mengucapkan tahniah atas peluang ini. Semoga dapat membawa p**ang pengalaman dan direzekikan dengan kejayaan. Amin.

Kalian anugerah terindah buat kami.

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—” π—šπ—¨π—₯𝗨 π—£π—”π—¦π—§π—œ π—§π—”π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—šπ—π—”π—ͺ𝗔𝗕 𝗣𝗔𝗦, π—‘π—œπ—ž π—‘π—”π—­π— π—œ π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨ π— π—œπ—‘π—§π—” π—žπ—˜π—₯𝗔𝗝𝗔𝗔𝗑 π—™π—’π—žπ—¨π—¦ π—œπ—¦π—¨ π—šπ—¨π—₯𝗨 π——π—œ 𝗕𝗔π—ͺ𝗔𝗛 π—§π—”π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—šπ—π—”π—ͺ𝗔𝗕 π—žπ—˜π—₯𝗔𝗝...
13/08/2025

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—”

π—šπ—¨π—₯𝗨 π—£π—”π—¦π—§π—œ π—§π—”π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—šπ—π—”π—ͺ𝗔𝗕 𝗣𝗔𝗦, π—‘π—œπ—ž π—‘π—”π—­π— π—œ π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨ π— π—œπ—‘π—§π—” π—žπ—˜π—₯𝗔𝗝𝗔𝗔𝗑 π—™π—’π—žπ—¨π—¦ π—œπ—¦π—¨ π—šπ—¨π—₯𝗨 π——π—œ 𝗕𝗔π—ͺ𝗔𝗛 π—§π—”π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—šπ—π—”π—ͺ𝗔𝗕 π—žπ—˜π—₯𝗔𝗝𝗔𝗔𝗑

PASTI Malaysia memandang serius kenyataan YB Nik Nazmi, Ahli Parlimen Setiawangsa, yang cuba menggambarkan PASTI seolah-olah melanggar undang-undang. Kenyataan tersebut jelas mengabaikan fakta sejarah, peranan, dan sumbangan besar PASTI kepada masyarakat dan negara.

1. PASTI Sah di Sisi Undang-undang
PASTI telah beroperasi sejak 1984 dan sehingga kini mempunyai alumni melebihi satu juta pelajar. Jika PASTI sebuah institusi yang tidak sah, sudah tentu pihak Kerajaan telah lama mengharamkan PASTI dari beroperasi. Sebaliknya pihak Kerajaan sendiri turut mengiktiraf PASTI apabila Kerajaan melalui Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada Julai 2020 telah memberikan sumbangan RM100,000.00 kepada PASTI semasa isu pendemik covid-19.

2. Sumbangan PASTI Kepada Negara
Tanpa menggunakan dana kerajaan, PASTI telah mendidik ratusan ribu kanak-kanak dengan pendidikan pra-sekolah berteraskan Islam. Kejayaan ini terbukti apabila jumlah murid meningkat setiap tahun hasil kepercayaan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan dan pembentukan sahsiah murid.

3. Guru PASTI: Ikhlas Berkhidmat, Tetap Dijaga Kebajikan
Guru-guru PASTI merupakan ahli PAS yang datang dari pelbagai latar belakang akademik termasuk PhD, Sarjana dan Ijazah. Mereka memberikan khidmat secara sukarela dan sepenuh hati sebagai satu bentuk perjuangan. Walaupun menerima saguhati, mereka turut mendapat bantuan kebajikan dan inisiatif meringankan kos sara hidup. Semua guru PASTI juga dibenarkan untuk mencaruman dengan PERKESO melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan KWSP di bawah iSaraan.

4. Perbandingan Tidak Wajar
Adalah tempang untuk membandingkan PASTI dengan institusi pendidikan swasta komersial. Guru PASTI adalah pendidik sukarela yang berjuang demi agama dan bangsa.
Jika Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan mengesahkan guru takmir tidak tertakluk kepada gaji minimum dan Kerajaan tidak bercadang menyediakan skim caruman KWSP dan PERKESO kerana guru takmir tidak memenuhi takrifan pekerja, maka kenapa isu gaji minimum, caruman KWSP dan PERKESO guru PASTI yang juga bukan pekerja p**a dibangkitkan?

5. Persoalan Besar kepada Kerajaan
Jika benar kebajikan guru adalah keutamaan YB, mengapa isu gaji guru takmir dan guru KAFA yang berada di bawah tanggungjawab kerajaan masih belum diselesaikan sehingga hari ini? Mengapa kerajaan begitu teruja menyerang PASTI jika ianya bukan bermotifkan politik?

Kesimp**an

PASTI Malaysia menegaskan bahawa serangan politik terhadap PASTI adalah tindakan yang tidak menghormati jasa pendidik yang telah membina asas pendidikan Islam sejak 1984. Jika benar prihatin, kerajaan sepatutnya menyelesaikan isu gaji guru di bawah jagaan sendiri terlebih dahulu sebelum mempersoalkan sebuah gerakan pendidikan yang tidak membebankan kewangan negara.

PASTI – Membina Generasi Rabbani

Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria
Ketua Sektor Pendidikan
Dewan Pemuda PAS Malaysia



Terima kasih YB. MuarπŸ‘
13/08/2025

Terima kasih YB. MuarπŸ‘

DILEMA PASTI.
13/08/2025

DILEMA PASTI.

DILEMA PASTI

Sebenarnya kalau yuran PASTI dinaikkan ikut standard tadika swasta lain, mereka boleh rombak sistem elaun dan kemudahan jadi lebih baik.

Tapi kalau buat begitu, banyak PASTI di ceruk kampung akan terpaksa ditutup.

Inilah beza PASTI dengan tadika swasta lain.

Mana ada tadika swasta yuran bawah RM100, tapi PASTI ada. Nah, ini buktinya.

Surat pekeliling daripada sebuah PASTI di Terengganu memaklumkan kenaikan yuran PASTI tahun 2024 menjadi RM50.

Ada tadika swasta lain bawah RM50? Aci kerat kuku kalau ada.

Bayangkan, pada tahun 2024, yuran PASTI dinaikkan ke RM50. Maknanya tahun 2023 mungkin hanya RM40 sahaja.

Bayangkan dengan RM50 itu, kos makan minum sebulan pun belum tentu cukup. Apatah lagi nak bayar gaji guru.

Rakan-rakan boleh ambil kalkulator dan kira sendiri.

Kalau ada 50 pelajar, baru dapat RM2,500. Kalau 100 pelajar, baru RM5,000.

Itu nak bayar gaji guru, makan minum, sewa premis, bil air, bil elektrik dan macam-macam lagi. Memang tak cukup.

Ada mana-mana tadika swasta berani buat macam ni? Kalau ada boleh berikan detail dan saya akan promote mereka tanpa bayaran!

Jadi macam mana PASTI boleh hidup?

Atas sumbangan amal jariah orang ramai, terutamanya daripada ahli-ahli PAS.

PASTI ini tidak sama dengan institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM.

PASTI tidak sama dengan Tadika KEMAS yang mempunyai peruntukan daripada kerajaan persekutuan setiap tahun.

PASTI juga tidak sama dengan mana-mana tadika swasta yang menjalankan perniagaan.

Walaupun objektifnya sama iaitu memberi pendidikan, PASTI adalah aktiviti sukarela, bukan perniagaan berorientasikan keuntungan.

Sebab itu PASTI boleh wujud bukan sahaja di bandaraya besar malah juga di ceruk kampung dan pedalaman, yang tadika swasta takkan tembusi.

Memang betul, di bandar besar yuran PASTI lebih tinggi. Separuh hari sekitar RM150 ke atas. Sampai petang, boleh cecah RM300 ke atas.

Tetapi tetap jauuuuuuuuh lebih rendah daripada tadika swasta lain.

PASTI sudah wujud puluhan tahun, dibangunkan tanpa bantuan kerajaan, hanya dengan duit poket ahli dan penyokong PAS.

Tanpa jadi Menteri Pendidikan pun mereka mampu bangunkan institusi pendidikan sendiri.

Tanpa jadi Menteri Kewangan pun mereka boleh jalankan aktiviti pendidikan, kebajikan dan lain-lain.

Teringat satu video lama, seorang perwakilan UMNO dalam perhimpunan agung mereka membandingkan Tadika KEMAS dengan PASTI.

Katanya, KEMAS ini 4M; menari, menyanyi, makan dan main, berbanding PASTI yang ada silibus Quran, bahasa dan pelajaran asas fardhu ain.

Itu satu pengiktirafan tidak langsung kepada PASTI.

Dari anak sulung sampai anak keempat, saya sendiri hantar ke PASTI.

Kadang-kadang saya jumpa pemandangan unik. Ibu tak bertudung hantar anak perempuan bertudung ke PASTI. Ayah berambut panjang berbaju T rugged, anak berkopiah dan berbaju PASTI.

Malah ada juga non-Muslim hantar anak ke PASTI. Saya rasa tak pernah berlaku dalam mana-mana pra-sekolah Islam swasta lain. Jika salah tolong betulkan.

Program tahunan PASTI seperti ihtifal dan hari sukan pun meriah. Ibu bapa dari pelbagai latar belakang, termasuk artis, VIP dan pimpinan parti lain, turut hantar anak ke PASTI.

Di Lembah Klang, ada PASTI bawah RM150 sebulan. Di luar bandar, ada serendah RM50.

Malah di kampung saya Besut, Terengganu, pada 2017 yuran hanya RM35.

Ya, RM35. Bukan silap taip.

Sekarang, RM60. Purata sehari RM2 lebih untuk kos bangunan, makan dan gaji guru. Macam nak bagi percuma jeeee kan?

Kos sebenar mengurus PASTI bukan kecil. Kalau ibu bapa culas bayar yuran, makin susah.

Pernah saya dengar cerita, tunggakan yuran mencecah puluhan ribu. Yang peliknya, ramai datang daripada golongan profesional, bukan miskin.

Dan usaha untuk mengganggu gugat pasti dengan alasan gaji rendah, bukan isu baru.

Sejak dari zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri kali pertama pun dah ada, sampai Tun M jadi penasihat negeri-negeri bawah PAS. Hahahaha

Ada usaha untuk bawa melalui saluran perundangan melalui Akta Pekerja , bawa ke Jabatan Buruh, bawa kes ke PERKESO dan saya difahamkan belum ada yang berjaya mendakwa PASTI.

Sebenarnya isu gaji PASTI ini memang sentiasa diberi perhatian di kalangan penggiat parti dan pengusaha PASTI.

Di sinilah dilema pengusaha PASTI.

Kalau kekalkan yuran rendah, fasiliti dan gaji guru terpaksa dicatu. Kalau naikkan yuran, takut ramai tak mampu.

Walaupun dihimpit kekangan kewangan, material dan tenaga pengajar, PASTI terus bertahan.

Anak-anak mampu hafal surah al-Mulk pada usia enam tahun, sesuatu yang sukar berlaku di pra-sekolah lain.

Tahniah kepada tenaga pengajar PASTI yang komited.

PASTI bukan sekadar milik PAS, tetapi sudah menjadi milik masyarakat.

Afyan Mat Rawi
Alumni Tadika KEMAS
Taman Koperasi Polis, Gombak 1986

Alang-alang ramai komen, saya nak ajak rakan-rakan join sebagai usahawan takaful.

Dah kaya nanti, boleh bagi sumbangan kepada PASTI. Hehe...

- Komisen sehingga 40%! Di kebanyakan syarikat lain, kadar komisen hanya sekitar 25% hingga 35%.

- Syarikat pertama dan satu-satunya yang membolehkan ejen buat quotation dan submission hanya menggunakan telefon pintar. Kompeni lain memerlukan iPad, jadi kos permulaan di sini jauh lebih rendah.

- Boleh dilakukan secara online 100% daripada marketing online hingga ke closing online. Latihan disediakan

- Peluang kenaikan pangkat lebih cepat. Ada pengalaman dalam sales, takaful, atau kewangan? Boleh fast track ke jawatan AM atau GAM dalam masa 6 bulan sahaja.

- Bukan ALC tetapi ejensi 3Tier. Apabila naik pangkat jadi GAM, boleh bina ejensi sendiri tanpa terikat dengan ejensi asal, sebagaimana dalam ALC.

- Insentif tambahan sehingga RM5,000 sebulan untuk ejen baru. Tiada kontrak tambahan diperlukan.

- Trip luar negara mudah capai. Hanya RM50,000 ACE layak ke Taiwan, RM80,000 untuk umrah, dan RM120,000 sahaja untuk ke London. Syarikat lain ada yang letak minimum RM200,000!

- Maintenance kontrak rendah. Hanya 12 kes setahun untuk kekalkan status sebagai ejen.

- Produk best-seller! RM40++ sebulan untuk hibah takaful RM200,000! Mudah untuk "dijual"

Berminat? Klik pautan di bawah sekarang!
πŸ‘‰ https://afyan.com/perunding-takaful-online.html/
πŸ‘‰ https://afyan.com/perunding-takaful-online.html/
πŸ‘‰ https://afyan.com/perunding-takaful-online.html/

Address

Pejabat Pentadbiran PASTI Kawasan S*k, Kampung Sungai Pau
S*k
08200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI SIK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category