Maktab Mahmud Sik

Maktab Mahmud Sik LAMAN FACEBOOK RASMI MAKTAB MAHMUD S*K

16/05/2026
🌙✨ SAMBUTAN & JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT MMSK ✨🌙📅 Hari: Khamis📆 Tarikh: 16 April 2026🕚 Masa: 11.00 pagi – 1.3...
17/04/2026

🌙✨ SAMBUTAN & JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT MMSK ✨🌙

📅 Hari: Khamis
📆 Tarikh: 16 April 2026
🕚 Masa: 11.00 pagi – 1.30 tgh
📍 Tempat: Maktab Mahmud S*k

Suasana penuh meriah dan harmoni menyelubungi Sambutan & Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah yang telah berlangsung dengan jayanya.

Pelbagai juadah enak disajikan, di samping kemeriahan warga sekolah yang tampil dengan pakaian raya yang berwarna-warni, menambahkan lagi seri sambutan. Program ini turut mengeratkan silaturahim dalam kalangan guru, pelajar dan para waris.

Semoga sambutan ini terus memupuk semangat perpaduan, kasih sayang dan keharmonian dalam komuniti sekolah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال 🌟

#2026

04/04/2026

SPM 2025: PENCAPAIAN KEDAH MENINGKAT, 715 CALON RAIH SEMUA A

Oleh: Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Kedah menunjukkan pencapaian memberangsangkan apabila seramai 24 calon berjaya memperoleh semua gred A+ dalam semua mata pelajaran, meningkat berbanding 14 calon pada tahun sebelumnya.

Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Rahim Mat berkata, peningkatan turut dicatatkan bagi calon yang memperoleh kombinasi gred A+, A dan A- iaitu seramai 715 orang (2.81 peratus) berbanding 649 orang (2.62 peratus) pada 2024, sekali gus menunjukkan pertambahan 66 calon.

Menurutnya, tiga calon terbaik negeri berjaya meraih 11 A+, iaitu Muhammad Adeeb Qawiem Mohd Nizam dari Maktab Mahmud Langkawi, Ahmad Zaeem Md Zaki (SBPI Kubang Pasu) dan Liew Bo Xin (SMK Sin Min).

“Bilangan calon yang memperoleh sekurang-kurangnya kepujian (gred C) dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 3,610 orang (14.18 peratus) berbanding 3,368 orang (13.61 peratus) pada tahun lalu.

“Seramai 9,593 calon (37.69 peratus) berjaya memperoleh sekurang-kurangnya lulus (gred E) dalam semua mata pelajaran berbanding 9,384 orang (37.92%) pada SPM 2024,” katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di sini, hari ini.

Abd Rahim berkata, kejayaan turut diraih calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) apabila dua pelajar yang mengalami masalah pembelajaran mencatat keputusan cemerlang 10A, iaitu Yousef Mohd Hazril Munir dari SMK Khir Johari, Sungai Petani dan Nur Zahra ‘Arifah Abd Rahman dari SMA Islahiah, Mahang.

Turut cemerlang, Huda Rasheeda Rosli dari SMA Darusaadah yang merupakan calon kurang upaya fizikal.

“Seramai 133 calon CBPK menduduki SPM 2025 dan daripada jumlah itu, 110 orang atau 97.35 peratus layak menerima sijil berbanding 77 calon pada tahun lalu, menunjukkan peningkatan 35.25 peratus atau 33 orang.

“Kejayaan ini hasil pelbagai inisiatif termasuk bengkel sinergi SPM, program Langkah Gemilang MBPK dan bengkel pecutan akhir khusus bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya.

Tambah beliau, kejayaan turut dicapai pelajar dalam bidang sukan apabila atlet ragbi MSSM, Irfan Redzuan dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim memperoleh 7A 2B.

“Atlet bola jaring kebangsaan, Nur A’lisha A’frina Rosdi dari SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman p**a mencatat 6A 2B, manakala atlet renang Kedah, Lavnesh Kamaleshwaren dari SMK Taman Hi-Tech meraih 8A 2B,” katanya.

Abd Rahim berkata, secara keseluruhan, seramai 24,090 calon (94.65 peratus) sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) layak menerima sijil SPM 2025, meningkat berbanding 23,256 calon (93.98 peratus) pada tahun sebelumnya.

“Angka ini menunjukkan peningkatan seramai 834 orang (0.67%). Kehadiran calon juga tinggi, iaitu 25,453 orang (98.85 peratus), manakala bilangan calon tidak hadir menurun kepada 297 orang berbanding 385 orang pada 2024,” ujarnya.

Tambah beliau, jumlah keseluruhan calon yang mendaftar meningkat kepada 29,993 orang berbanding 28,933 orang pada peperiksaan SPM tahun 2024

“Dari segi pencapaian keseluruhan, Gred Purata Negeri (GPN) Kedah menunjukkan peningkatan kepada 4.52 mata berbanding 4.64 mata pada SPM 2024.

“Menariknya, tiada jurang pencapaian antara calon bandar dan luar bandar, apabila kedua-duanya mencatat GPN sama, iaitu 4.52 mata.

“GPN calon di bandar pada SPM 2024 ialah 4.63 mata, sementara GPN calon di luar bandar p**a 4.78 mata untuk SPM 2024,” katanya.

https://www.kedahonline.com/2026/03/spm-2025-pencapaian-kedah-meningkat-715.html

04/04/2026

Tahniah buat anak jiran saya yang memperoleh 11A+ dan bersekolah di SMK Sungai Pusu, Gombak. Kejayaan ini membuktikan bahawa sekolah harian tanpa duduk di asrama juga mampu melahirkan pelajar cemerlang.

Sebagai jiran, saya menjadi saksi bahawa beliau seorang pemuda yang sangat berdisiplin, selalu nampak solat Subuh berjemaah di masjid hampir setiap hari. Kadang sendiri, kadang naik motor bersama ayah dan adiknya juga. Jelas bahawa kejayaan bukan hanya dipengaruhi persekitaran sistem di asrama, tetapi lahir daripada jati diri, usaha, dan disiplin diri yang dibina sejak awal pagi sebelum matahari terbit.

Inilah contoh “Pejuang Fajar” yang patut kita contohi, memulakan hari dengan ibadah, lalu diikuti kesungguhan dalam pelajaran.

Tahniah sekali lagi. Semoga terus berjaya, dikurniakan kesihatan yang baik, dan menjadi inspirasi kepada ramai. Moga berjaya dunia akhirat.
Barakallahu fikum.

Banyak kisah hebat remaja kita yang patut masyarakat tahu, bukan kisah masalah sosial saja yang patut diangkat.

04/04/2026

Pelajar tahfiz hafaz Quran siang malam. Tak ada masa nak main phone. Tak ada hiburan. Tapi result SPM mereka? No.1 di Malaysia.

Macam mana ni boleh jadi?

Che Nom fikir panjang pasal ni. Dan jawapannya balik kepada satu kemahiran yang ramai kita pandang remeh.

Delayed gratification.

Keupayaan untuk tahan diri dari kepuasan segera, demi sesuatu yang lebih besar di masa hadapan.

Che Nom teringat masa belajar masak dulu. Nak rendang yang betul-betul sedap? Tak boleh gopoh. Kena tumis rempah sampai naik minyak, api kecil, sabar tunggu santan pecah minyak. Kalau tak sabar, masuk api besar, hangit. Tak jadi.

Masak dah ajar Che Nom lama dulu, yang terbaik memerlukan masa. Tak ada jalan pintas.

Pelajar tahfiz dah terlatih untuk duduk dengan ketidakselesaan. Terlatih untuk buat benda susah berulang kali tanpa hasil yang segera. Otak mereka dah biasa dengan satu mesej:

"Buat sekarang. Hasil nanti."

Tapi anak yang membesar dengan TikTok dan gaming tanpa batas? Otak mereka terlazim dengan mesej yang sebaliknya, "Kalau tak seronok sekarang, skip."

Tak seronok belajar? Skip.
Kena tunggu? Skip.
Susah sikit? Skip.

Ada satu kajian psikologi yang famous, The Marshmallow Test. Kanak-kanak 4 tahun diberi pilihan, makan satu marshmallow sekarang, atau tunggu 15 minit dan dapat dua.

Kajian susulan selama 40 tahun mendapati kanak-kanak yang berjaya tunggu membesar jadi orang dewasa yang lebih berjaya, dalam akademik, kerjaya, dan kehidupan.

Satu keputusan kecil. Tapi kesannya seluruh hidup.

Delayed gratification bukan bakat semula jadi. Ia kemahiran yang boleh dilatih. Caranya? Buat benda yang susah, berulang kali, tanpa mengharapkan ganjaran segera. Macam hafaz Quran. Macam bangun subuh setiap hari. Macam ulang kaji soalan yang sama berpuluh kali sampai faham.

Kepada ibu bapa, fikirkan balik berapa banyak kepuasan segera yang kita bagi anak kita setiap hari.

Setiap kali anak boring terus kita hulur phone.
Setiap kali anak tak nak tunggu terus kita cepat-cepat bagi.

Kita fikir kita sayang anak. Tapi tanpa sedar kita sedang melatih otak mereka untuk tidak mampu bersabar.

Bagi anak ruang untuk bosan.
Bagi anak ruang untuk struggle.
Bagi anak ruang untuk tunggu.

Sebab dalam ruang itulah, otak mereka belajar jadi kuat.

Kredit :Che norm

03/04/2026

Memang ramai pelajar sekarang mampu dapat straight A tapi mungkin media highlight adik ni disebabkan kerja ayahnya jual pisang goreng bukan berpelajaran tinggi. Ini juga satu motivasi kepada ibubapa yang tidak berpelajaran tinggi mampu melahirkan anak yang bijak jika kena cara didikannya.

Debaran Hari Pengumuman Keputusan SPM 2025 🎓Hari ini bukan hari biasa.Inilah hari yang dinanti-nantikan oleh lebih 400,0...
31/03/2026

Debaran Hari Pengumuman Keputusan SPM 2025 🎓

Hari ini bukan hari biasa.
Inilah hari yang dinanti-nantikan oleh lebih 400,000 calon SPM 2025 di seluruh negara — satu detik yang penuh dengan harapan, doa dan debaran.

---

💓 Apa yang dirasai calon?

Jantung berdegup laju sejak pagi

Fikiran bermain dengan pelbagai kemungkinan

Takut, risau… tapi dalam masa sama penuh harapan

Ada yang tak boleh tidur malam sebelumnya

Detik menunggu keputusan ini memang sering digambarkan sebagai “ujian emosi” kerana ia menentukan langkah seterusnya dalam hidup pelajar.

---

⏰ Saat paling mendebarkan
Jam menghampiri 10 pagi…

Ada yang beratur di sekolah

Ada yang refresh website berkali-kali

Ada yang genggam telefon, tunggu SMS

Saat slip keputusan di tangan — itulah momen yang tak akan dilupakan seumur hidup.

---

🌟 Apa pun keputusannya…

Itu bukan penamat, tapi permulaan

Kejayaan bukan hanya pada A semata-mata

Yang penting usaha, doa dan semangat untuk terus bangkit

✨ Kata semangat:

“SPM hanyalah satu pintu… bukan seluruh perjalanan hidup.”

20/03/2026

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1447/2026
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

Citra 2026 | Program Pendaftaran Murid Tingkatan Satu Maktab Mahmud S*k.
10/01/2026

Citra 2026 | Program Pendaftaran Murid Tingkatan Satu Maktab Mahmud S*k.

Address

Maktab Mahmud S*k, Batu 8
S*k
08200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maktab Mahmud Sik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category