SRITI AS-SAFWAH SIK

Directions Website Contact the school

SRITI AS-SAFWAH SIK ' Membina Generasi Rabbani Murobbi ' Page rasmi SRITI S*K
Segala maklumat akan disiarkan di page ini

🤲 BANTU SEKOLAH KITA TERUS BEROPERASISatu Sumbangan Anda, Besar Maknanya Buat Sekolah & Anak-Anak KitaAssalamualaikum Wa...
30/09/2026

🤲 BANTU SEKOLAH KITA TERUS BEROPERASI

Satu Sumbangan Anda, Besar Maknanya Buat Sekolah & Anak-Anak Kita

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekolah kita memerlukan sokongan kewangan berterusan bagi memastikan operasi harian dan pendidikan anak-anak dapat terus berjalan dengan lancar.

Antara keperluan yang perlu ditanggung:

🏫 Bil Elektrik & Air
🌐 Internet & Utiliti
👨‍🏫 Elaun Guru & Kakitangan
📚 Keperluan Pembelajaran Murid
🛠️ Penyelenggaraan & Pembaikan Sekolah
📋 Kos Pengurusan & Operasi Harian

JANGAN BIARKAN KEKANGAN KEWANGAN MENGGANGGU PENDIDIKAN ANAK-ANAK KITA.

Walaupun RM10, RM20, RM50 atau RM100, setiap sumbangan amat bermakna dan membantu pihak sekolah memenuhi keperluan yang ada.

“Kita mungkin tidak mampu membantu semua perkara,
tetapi kita mampu membantu sekolah ini terus berdiri.”

❤️ AYUH SAMA-SAMA BANTU SEKOLAH KITA

Sumbangan boleh disalurkan melalui:

NAMA AKAUN:
[ PERTUBUHAN SRITI MALAYSIA : SRITI S*K ]

NO. AKAUN:
[ 1101498386 ]

BANK:
[ BANK RAKYAT ]

📞 UNTUK SUMBANGAN & PERTANYAAN:
[ Ust Muhammad Afifi bin Abu Bakar ]
[ Pengerusi SRITI As-Safwah ]
[ 013-5989865 ]

[ Pejabat SRITI As-Safwah ]
[ 019-5588411 ]

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT.

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KESUGA 2026SINTOK, 28 Julai – Majlis Penutup Kejohanan Sukan dan Olahrag...
30/07/2026

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KESUGA 2026

SINTOK, 28 Julai – Majlis Penutup Kejohanan Sukan dan Olahraga (KESUGA) 2026 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, hari ini.

Majlis penutup dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK), Ustaz Ilyas Ahmad, sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian penutup oleh YB Dato' Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, ADUN Sungai Limau merangkap Exco Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ustaz Ku Muhyi Ku Hamid, Ketua Pemuda DPPNK, Ustaz Subki bin Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan SRITI Negeri Kedah, Ustaz Mohamad bin Ismail, CEO HESA, serta para pengetua, guru besar SRITI dan Sekolah HESA.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan sebagai penghargaan atas kecemerlangan dan semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang kejohanan.

Kontinjen SRITI yang berjaya muncul sebagai juara dalam acara masing-masing bakal membawa nama Negeri Kedah ke KESUGA Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 8 Ogos 2026 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gambang, Pahang.

Semoga seluruh kontinjen SRITI Negeri Kedah terus cemerlang dan berjaya mengharumkan nama negeri di pentas kebangsaan.




📍Aksi menarik dan bersahaja para penyokong dari kalangan guru-guru, waris dan sahabat handal yang hadir bagi memberi sok...
28/07/2026

📍Aksi menarik dan bersahaja para penyokong dari kalangan guru-guru, waris dan sahabat handal yang hadir bagi memberi sokongan kepada para atlet KESUGA 2026.




📍Sorotan Acara Bola Sepak Kejohanan Sukan dan Olahraga (KESUGA) SRITI & HESA 2026.
28/07/2026

📍Sorotan Acara Bola Sepak Kejohanan Sukan dan Olahraga (KESUGA) SRITI & HESA 2026.




📍Sorotan Acara Bola Jaring Kejohanan Sukan dan Olahraga (KESUGA) SRITI & HESA 2026.
28/07/2026

📍Sorotan Acara Bola Jaring Kejohanan Sukan dan Olahraga (KESUGA) SRITI & HESA 2026.




📍Sorotan Acara Lontar Peluru dan Memanah Kejohanan Sukan dan Olahraga (KESUGA) SRITI & HESA 2026.
28/07/2026

📍Sorotan Acara Lontar Peluru dan Memanah Kejohanan Sukan dan Olahraga (KESUGA) SRITI & HESA 2026.




📍Sorotan Acara Balapan Kejohanan Sukan dan Olahraga (KESUGA) SRITI & HESA 2026.
28/07/2026

📍Sorotan Acara Balapan Kejohanan Sukan dan Olahraga (KESUGA) SRITI & HESA 2026.




26/07/2026

1 HARI LAGI!

Semakin hampir! ⏳🔥

Hanya 1 hari lagi sebelum berlangsungnya Kejohanan Sukan dan Olahraga SRITI & HESA 2026.

📅 Tarikh: 27 Julai 2026
📍 Tempat: Kompleks Sukan UUM, Sintok

Ayuh kita bersama-sama memeriahkan KESUGA 2026 dan memberikan sokongan padu kepada semua peserta!

Debaran semakin terasa



5 PELAJAR BOLA JARING SRITI AS-SAFWAH MEWAKILI DAERAH S*KTahniah diucapkan kepada 5 orang pelajar SRITI As-Safwah terpil...
08/07/2026

5 PELAJAR BOLA JARING SRITI AS-SAFWAH MEWAKILI DAERAH S*K

Tahniah diucapkan kepada 5 orang pelajar SRITI As-Safwah terpilih mewakili pasukan Bola Jaring Daerah S*k. Semoga berjaya melakar kejayaan yang gemilang.

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI

MAJLIS GOTONG-ROYONG KACAU BUBUR ASYURA PERINGKAT SRITI AS-SAFWAH 2026Sukacitanya pihak SRITI As-Safwah menjemput para w...
08/07/2026

MAJLIS GOTONG-ROYONG KACAU BUBUR ASYURA PERINGKAT SRITI AS-SAFWAH 2026

Sukacitanya pihak SRITI As-Safwah menjemput para waris untuk bersama-sama bergotong-royong mengacau bubur Asyura seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 9 Julai 2026
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SRITI As-Safwah

Jom pakat mai ghamai² kacau bubuq Asyura !!

8.00 pagi : Persiapan & Penyediaan 3 kawah bubur Asyura
1.00 tengahari : Proses Membungkus & Menyusun
3.15 petang : Proses Edaran kepada semua pelajar, guru, staf SRITI As-Safwah & warga Pondok.

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI

Address

Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Al-Wataniah, Kampung Begia, Jalan Jeneri
S*k
08200

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:00
Tuesday 08:00 - 15:00
Wednesday 08:00 - 15:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 15:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI AS-SAFWAH SIK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI AS-SAFWAH SIK:

Shortcuts

Share