Sek Keb Kampong Betong

Sek Keb Kampong Betong Sekolah Kebangsaan Kampung Betong merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di negeri Kedah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah serta para waris atas sumbangan dan k...
16/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah serta para waris atas sumbangan dan keprihatinan yang diberikan kepada adik Muhammad Syarifudin bin Muhammad Syafirid.

Sumbangan yang diberikan amat bermakna dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga dalam menghadapi urusan rawatan dan pembedahan adik Syarifudin.
Semoga segala kebaikan dan keikhlasan pihak sekolah serta para waris dibalas oleh Allah SWT dengan rezeki yang melimpah, kesihatan, keberkatan dan pahala yang berlipat ganda. 🀲🏻❀️

Terima kasih atas doa, sokongan dan keprihatinan yang tidak ternilai. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kesembuhan buat adik Syarifudin. Aamiin. 🌹

Majlis Penyerahan Bantuan KWAPM Tahun 2026 peringkat SK Kampong Betong telah selesai dilaksanakan dengan lancar pada 14 ...
19/07/2026

Majlis Penyerahan Bantuan KWAPM Tahun 2026 peringkat SK Kampong Betong telah selesai dilaksanakan dengan lancar pada 14 Julai 2026 bertempat di Dewan Saujana SKKB.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban serta memberi manfaat kepada murid-murid yang menerima.

Terima kasih juga kepada para ibu bapa/penjaga atas kerjasama yang diberikan.

🎳[KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD S*K 2026]🎳Alhamdulillah atas pencapaian kontinjen SK Kampong Betong dalam Kejohanan pada ...
09/07/2026

🎳[KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD S*K 2026]🎳

Alhamdulillah atas pencapaian kontinjen SK Kampong Betong dalam Kejohanan pada tahun ini

🌟 Pencapaian SK Kampong Betong :
πŸ₯‰ Tempat Ke-3 Keseluruhan (Kategori Sekolah Rendah)

πŸŽ–οΈ Pencapaian Individu :
πŸ… Hazim – Tempat Ke-6 (L12)
πŸ… Faqihah – Tempat Ke-6 (P12)
🀩 Damia - Tempat Ke-7 (P12)

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan kesungguhan sepanjang kejohanan.

Ucapan penghargaan tidak terhingga juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak dalam melibatkan diri dalam sukan ini.

Semoga kejayaan kecil ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

[PENGHASILAN KEREPEK PISANG]Murid-murid Tahap 2 bersama guru-guru telah melaksanakan aktiviti Penghasilan Kerepek Pisang...
08/07/2026

[PENGHASILAN KEREPEK PISANG]

Murid-murid Tahap 2 bersama guru-guru telah melaksanakan aktiviti Penghasilan Kerepek Pisang sebagai salah satu usaha memperkasakan kebitaraan sekolah dalam menerapkan elemen kreativiti, inovasi dan keusahawanan kepada murid.

Melalui aktiviti ini, murid bukan sahaja didedahkan kepada proses penghasilan produk, malah turut mempelajari nilai kerjasama, kreativiti dan semangat keusahawanan dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar ke arah melahirkan murid yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

πŸ‘πŸ† Tahniah! πŸ†πŸ‘Alhamdulillah dan syabas kepada Pasukan Choral Speaking SK Kampong Betong atas kejayaan meraih Tempat Ke-5...
08/07/2026

πŸ‘πŸ† Tahniah! πŸ†πŸ‘

Alhamdulillah dan syabas kepada Pasukan Choral Speaking SK Kampong Betong atas kejayaan meraih Tempat Ke-5 dalam pertandingan Choral Speaking peringkat Daerah S*k πŸŽ‰

Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha, komitmen dan semangat yang tinggi daripada murid-murid serta bimbingan guru-guru panitia Bahasa Inggeris.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

SAMBUTAN MAAL HIJRAH & KACAU BUBUR ASYURATerima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga, masa dan rezeki bagi me...
08/07/2026

SAMBUTAN MAAL HIJRAH & KACAU BUBUR ASYURA

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga, masa dan rezeki bagi menjayakan program ini.
Moga setiap amal kebaikan yang dihulurkan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT

πŸ“Έ Mari imbas kembali momen-momen indah sepanjang program berlangsung.

Pesta Buah-Buahan SK Kampong Betong telah berlangsung dengan meriah dan penuh keceriaan! πŸŽ‰βœ¨Murid-murid begitu teruja men...
08/07/2026

Pesta Buah-Buahan SK Kampong Betong telah berlangsung dengan meriah dan penuh keceriaan! πŸŽ‰βœ¨

Murid-murid begitu teruja menikmati pelbagai jenis buah-buahan tempatan

Terima kasih diucapkan kepada semua guru, PIBG, MPKK, ibu bapa, warga sekolah serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini dapat memupuk amalan pemakanan sihat serta mengeratkan hubungan dalam kalangan warga sekolah.

πŸ₯› Minum Milo, Tambah Tenaga!😊 Murid Ceria, Sekolah Bahagia!
08/07/2026

πŸ₯› Minum Milo, Tambah Tenaga!
😊 Murid Ceria, Sekolah Bahagia!

πŸ“’ Peringatan Sepanjang Cuti Sekolah Kepada Murid πŸ“’βœ¨ Gunakan masa cuti dengan perkara yang berfaedah.πŸ“š Ulang kaji pelajar...
22/05/2026

πŸ“’ Peringatan Sepanjang Cuti Sekolah Kepada Murid πŸ“’

✨ Gunakan masa cuti dengan perkara yang berfaedah.

πŸ“š Ulang kaji pelajaran dan siapkan tugasan yang diberi.

πŸ•Œ Jaga solat dan adab walau di mana berada.

🚫 Elakkan aktiviti yang boleh membahayakan diri.

🚲 Berhati-hati ketika bermain dan berada di jalan raya.

πŸ“± Gunakan telefon dan media sosial secara berhemah.

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§ Hormati ibu bapa dan bantu keluarga di rumah.

πŸ’™ Jaga kesihatan, keselamatan dan nama baik sekolah.

Selamat bercuti dan jumpa kembali dengan semangat baharu! 🌸

[Ceramah Pencerahan & Kesedaran Gangguan Seksual]Terima Kasih diucapkan kepada Pegawai dari IPD S*k merangkap PPS SK Kam...
21/05/2026

[Ceramah Pencerahan & Kesedaran Gangguan Seksual]

Terima Kasih diucapkan kepada Pegawai dari IPD S*k merangkap PPS SK Kampong Betong dalam kerjasama menjayakan program ini.

Kesedaran hari ini, perlindungan selamanyaπŸ’œ

Semoga program ini memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya menghormati diri, menjaga batas dan berani bersuara.


Address

Mukim Jeneri
S*k
08210

Opening Hours

Monday 07:45 - 01:15
Tuesday 07:45 - 01:15
Wednesday 07:45 - 01:15
Thursday 07:45 - 01:15
Sunday 07:45 - 01:15

Telephone

+60109452187

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sek Keb Kampong Betong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sek Keb Kampong Betong:

Shortcuts

Share