Tinta Mualim Adden

Tinta Mualim Adden Medan berkongsi ilmu dan maklumat. Tips dan Motivasi
Kepimpinan
Komunikasi Berkesan
Ideologi Musuh I Medan perkongsian ilmu.

Kepimpinan
Tips Komunikasi
Ideologi Musuh Islam

SEMBUNYIKAN LEBIH INDAH Sunnah fasa ini untuk menyembunyikan. Kerana Fasa inilah antara ujian yang terbesar.. Biarlah ia...
01/03/2023

SEMBUNYIKAN LEBIH INDAH

Sunnah fasa ini untuk menyembunyikan. Kerana Fasa inilah antara ujian yang terbesar.. Biarlah ia menjadi rahsia dahulu kerana bukan semua manusia kadang-kadang sependapat dan menyukai apa yang kita s**a. Tak salah nak kongsikan kegembiraan. Tetapi biarlah ia berlandaskan kepada syariat Islam. Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan urusan kita semua dalam apa jua perkara.

Fasa pertunangan bukan fasa untuk kita "spend time" dengan wanita atau lelaki itu. Tidak. Tetapi, fasa ini untuk kita kenal Pencipta, lengkapkan diri dengan Fardhu Ain disamping lengkapkan diri dengan perihal agama. Kerana, kita akan melangkah ke fasa yang lebih mencabar.

Seeru A'ala Barakatillah

JANGAN BANGGA DENGAN DIRIApa Yang Buat Kita Nampak Hebat? Seorang manusia dilihat hebat bukan kerana dirinya semata teta...
30/09/2021

JANGAN BANGGA DENGAN DIRI

Apa Yang Buat Kita Nampak Hebat?

Seorang manusia dilihat hebat bukan kerana dirinya semata tetapi kerana Allah telah menutup aib mereka. Bayangkan sekiranya segala dosa yang dilakukan secara tersembunyi dipamerkan, segala umpatan, kata nista kita terhadap kawan kita didedahkan, bahkan segala kejahatan yang kita lakukan dipertontonkan, pasti seseorang itu tidak sanggup untuk berjalan di atas muka bumi ini.

Muhasabah Bersama

Dengan sebab itu al-Imam Ibn al-Jauzi menyatakan:

اعلم أن الناس إذا أعجبوا بك فإنما يعجبون بستر الله عليك

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya manusia itu berasa kagum dengan engkau (bukan kerana dirimu), tetapi mereka kagum kerana Allah telah menutup aibmu.”

Semoga Allah mengampunkan dosa kita dan kita sama-sama dimasukkan ke Syurga dengan Rahmat Allah.

Wallahu'alam

Rujukan: Harakah Daily

Tinta Mualim Adden

Sabar Itu Pada Tamparan PertamaSabar.. Satu sifat mahmudah.. Yang mudah dilafazkan tetapi berat untuk dilaksanakan. Kada...
28/09/2021

Sabar Itu Pada Tamparan Pertama

Sabar.. Satu sifat mahmudah.. Yang mudah dilafazkan tetapi berat untuk dilaksanakan. Kadangkala, dah lepaskan kemarahan, sudah dimaki lalu kita kata.. Aku Sabar. Sedangkan sudah dihamburkan. Sabar yang sebenar-benarnya adalah penangan pertama apabila berlaku sesuatu kepada kita. Apa tutur kita ? Tindakan kita?

Didiklah dan latihlah diri dengan solat. Kerana solat merupakan satu terapi untuk membentuk nilai sabar dalam diri. Apatah lagi solat berjemaah kan. Kita dapat lihat adakah kita mampu berdiri dan melakulan solat bersama-sama dengan Imam tidak kira sekejap ataupun lama. Dalam Al-Quran juga mendidik diri untuk solat dan sabar apabila diuji.

Semoga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang sabar.

Wallahu'alam.

Tinta Mualim Adden

ELAKKAN SIFAT BERTANGGUH DALAM DIRISudah menjadi lumrah dalam hidup, ada ketika diri bersemangat ingin melakukan sesuatu...
09/08/2021

ELAKKAN SIFAT BERTANGGUH DALAM DIRI

Sudah menjadi lumrah dalam hidup, ada ketika diri bersemangat ingin melakukan sesuatu perkara dan dapat melakukannya dengan baik dan sempurna. Namun, adakalanya tatkala perasaan malas mula bertandang, ditambah p**a dengan tekanan perasaan dan dihambat emosi yang tidak stabil, segalanya serba tidak menjadi. Mudah kata, semua pekerjaan tertangguh atau sengaja ditangguhkan.

Andai situasi seperti ini hanya berlaku sesekali tidak mengapa kerana ianya sudah menjadi fitrah manusia. Benarlah ada pepatah yang berbunyi, langit tak selalu cerah, sesekali akan mendung jua. Namun, jika sifat s**a bertangguh-tangguh sudah acap kali tercetus, ia bukan dianggap sebagai satu perkara biasa lagi. Sebaliknya, ia sudah menjadi tabiat buruk yang perlu kita buang jauh-jauh. Ketahuilah bahawa, sikap seperti ini bukan sahaja tidak dis**ai oleh masyarakat, malah agama Islam juga melarang keras umatnya dalam mengamalkan sikap sebegini.

BERSEGERALAH DALAM KEBAIKAN

Sabda Rasulullah SAW: “Bersegeralah beramal sebelum munculnya fitnah yang datang bagaikan potongan-potongan malam yang gelap, seseorang yang pada pagi harinya beriman, namun boleh jadi waktu petangnya telah menjadi kafir.“ (Riwayat Muslim)

Melihat kepada ungkapan hadis ini, Rasulullah SAW mengaitkan perbuatan bersegera melakukan amalan soleh dengan kedudukan iman seseorang. Menurut kata seorang tokoh, “Dibimbangi sekiranya lambat melakukan amal soleh, mereka akan ditimpa fitnah (ujian) yang menyebabkan seseorang boleh menjadi kufur,“ Ahli akademik ini juga menjelaskan, sifat s**a bertangguh kadangkala terhasil daripada sikap bermalas-malasan, sedangkan ia sangat ditegah dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri mendidik kita agar memohon daripada Allah untuk menjauhkan diri kita daripada segala sifat lemah dan malas.

Pandangan Imam Ibn Al-Jauzi berkaitan sifat orang mukmin yang mana setiap perkara yang dilakukan seharusnya mengingatkan ianya berkait rapat dengan kehidupan di akhirat. Andai pekerjaannya di dunia dikaitkan dengan hasil yang akan dituai di akhirat kelak, maka mereka akan lebih bersifat aktif. Oleh yang demikian, orang beriman seharusnya bersikap cergas dan aktif dalam kehidupan dunianya kerana dunia ini ialah ladang semaian yang akan dituai hasilnya di akhirat kelak.

JAUHKAN DIRI DARIPADA SIFAT INI

“Imam al-Ghazali Rahimahullah mengingatkan bahawa antara senjata iblis adalah menghasut manusia supaya menangguh-nangguhkan ibadah termasuklah pekerjaan dan keperluannya. Bahkan, kata Imam al-Ghazali, ramai daripada kalangan insan yang s**a bertangguh-tangguh itu akhirnya memberikan kemudaratan yang besar dalam kehidupan.

Al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya, Madarij as-Salikin juga pernah menyatakan, sifat bertangguh-tangguh itu boleh menjadikan seseorang jatuh muflis dan akan membawa perkara yang buruk dalam kehidupan mereka. Maka, kuatkanlah azam dan diri agar tidak mudah terjerat dengan godaan syaitan seperti ini. Semoga kita menjadi hamba Allah yang s**akan kebaikan dan tidak bertangguh dalam melakukan hal tersebut.

Wallahua’alam.

Tinta Mualim Adden

PENGORBANAN YANG BERMAKNA BUAT DIRI Pengorbanan yang perlu kita semua lalui kali ini menguji iman dan taqwa antara kita....
20/07/2021

PENGORBANAN YANG BERMAKNA BUAT DIRI

Pengorbanan yang perlu kita semua lalui kali ini menguji iman dan taqwa antara kita. Bukan sekadar banyak aktiviti menyambut hari mulia ini yang terbatas malah kita terpaksa mengorbankan norma lama diganti dengan norma baru untuk meneruskan hidup di saat pandemik.

Pasti ianya tidak mudah dalam situasi yang penuh cabaran ini namun dalam setiap musibah yang terjadi pada orang lain sebenarnya terdapat ujian buat kita. Bukakan mata hati, lihat dengan jiwa ketakwaan, kita akan menyedari berapa ramai insan sedang terkapai-kapai dan memerlukan sokongan hanya untuk meneruskan hidup dalam kesusahan yang semakin menghimpit.

Ada yang mula putus asa dan merasakan tiada lagi jalan keluar namun percayalah, Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hamba-Nya. Andai tidak mampu bangkit, cubalah bertahan. Pandang wajah insan yang anda sayang dan harapan di jiwa mereka. Anda juga mampu berjuang dengan cara anda. Tebalkan keinginan untuk keluar dari kesusahan ini dengan berikhtiar mencari ilmu untuk perbaiki lagi hidup anda.

Percaya bahawa mungkin hari ini anda gagal namun esok adalah hari anda bangkit kembali. Janji Allah pada mereka yang berusaha dan berdoa, Allah pasti akan berikan jalan keluar. Sesungguhnya tiada janji yang paling luhur melainkan janji Allah pada hambaNya. Buat anda yang masih gagah bertahan, inilah masa untuk kita membuktikan betapa besar jiwa umat kesayangan Nabi Muhammad SAW.

Inilah masa kita membuktikan kiblat kita semua adalah sama iaitu ke arah Redha dan syurga Allah. Bersama-sama kita melaksanakan korban dan menagih pahala di bulan penuh kerahmatan ini. Saat kita mampu, bersama-sama kita menyumbang tenaga, kudrat dan harta semata-mata untuk melihat tiada lagi antara kita yang menderita.

Nyawa, harta dan tenaga adalah pinjaman Allah yang perlu kita syukuri dengan memberi. Saat turunnya tentera virus dari Allah ini di negara kita, segala yang kita miliki boleh hilang sekelip mata. Hanya pahala memberi dan berkorban kekal menjadi harta bernilai untuk akhirat nanti.

Wallahu'alam

Tinta Mualim Adden

NUKILAN BUAT DIRI DAN ANAK LELAKI Pada seorang lelaki itu seharusnya mempunyai 5 ilmu ini: 1) Ilmu Agama (Tauhid, Tasawu...
11/07/2021

NUKILAN BUAT DIRI DAN ANAK LELAKI

Pada seorang lelaki itu seharusnya mempunyai 5 ilmu ini:

1) Ilmu Agama (Tauhid, Tasawuf & Fekah)
2) Ilmu Seni Bela diri ( Pertahanan)
3) Ilmu Perubatan
4) Ilmu Kepimpinan
5) Ilmu Ekonomi (Muamalat)

kelima-lima ilmu ini harus disematkan kepada anak cucu kita , agar mereka menjadi seorang lelaki yang kental dan sejati. Pada zaman kini anak-anak lelaki sudah tidak ramai yang berminat untuk mempelajari ilmu² tersebut, Mereka hanya sibuk berhibur dengan teknologi dan hiburan yang disajikan musuh-musuh Islam.

Kebanyakan pendekar dahulu mempunyai kekuatan jiwa hasil bimbingan dan pegangan tauhid yang disemai. Oleh itu, semaikanlah ilmu yang nyatakan kepada anak-anak kita, jangan biarkan mereka dan diri kita terlalu leka dan hanyut dengan duniawi.

Tanamkan minat dalam diri kita dan anak-anak kepada semua ilmu tersebut, Ceritakan pada mereka kehandalan dan kepakaran tok nenek moyang Melayu kita terdahulu agar didalan diri mereka akan timbul Jatidiri sebagai seorang Melayu. Bila jati diri itu timbul, mereka akan jadi minat untuk mempelajari ilmu orang Melayu dahulu yang berjuang mempertahankan agama bangsa dan tahah air.

Semoga diri kita dan anak-anak menjadi pejuang agama bangsa dan tanah air pada masa akan datang. Jangan sampai ada pengkhianat agama bangsa dan tanah air dalam keturunan kita yang mendatang.

Oleh itu didiklah dan bimbinglah mereka dengan akidah dan ilmu yang benar dan ilmu² yang boleh dimanfaatkan untuk orang lain. Jangan terlalu manjakan anak lelaki ianya akan jadikan mereka sebagai seorang pengecut dan lembik. Didiklah mereka dengan tegas dan penuh kasih sayang.

Setelah mereka dewasa dan menjadi pencinta ilmu, mereka sendiri akan keluar untuk mencari dan mendalami lagi ilmunya yang masih belum dirasakan cukup dan mantap. Kerana ilmu itu sangat luas dan tiada penghujungnya, Masih banyak lagi ilmu yang ditinggalkan tok nenek moyang kita yang nampaknya semakin hari semakin hilang dek kerana tiada lagi minat pada anak muda hari ini pada ilmu.

JAGA AGAMA...
JAGA BANGSA...
JAGA TANAH AIR...

Wallahu'alam

Tinta Mualim Adden

Apa khabar semua.. In shaa Allah Tinta Mualim Adden akan keluarkan satu e-book tentang pengurusan.. Nantikan. Akan disia...
10/07/2021

Apa khabar semua.. In shaa Allah Tinta Mualim Adden akan keluarkan satu e-book tentang pengurusan.. Nantikan. Akan disiarkan tidak lama lagi.

KISAH SEORANG WANITA DAN SEEKOR ULARSeorang wanita melihat seekor ular hampir terbakar dan terus mengeluarkannya dari ap...
15/06/2021

KISAH SEORANG WANITA DAN SEEKOR ULAR

Seorang wanita melihat seekor ular hampir terbakar dan terus mengeluarkannya dari api.

Ketika dia melakukannya, ular itu menggigitnya sehingga menyebabkan rasa sakit akibat bisanya.

Wanita itu menjatuhkan ular itu, dan ular itu jatuh kembali ke dalam api.

Dalam situasi menahan kesakitan, wanita itu ternampak sebatang logam yang panjang, tanpa berfikir panjang dia menggunakannya untuk mengeluarkan ular itu dari api dan menyelamatkan nyawa ular tersebut.

Terdapat seorang pemuda yang melihat kejadian tersebut, lalu mendekati wanita itu sambil berkata, "Ular itu menggigitmu. Mengapa engkau masih cuba untuk menyelamatkannya?"

Wanita itu menjawab: "Sifat ular adalah menggigit, tetapi itu tidak akan mengubah sifat aku yang s**a menolong."

Pemuda itu terdiam seketika sambil terfikir kata-kata wanita tersebut.

Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini:

Jangan mengubah sifat kita hanya kerana seseorang membenci dan menyusahkan diri kita. Jangan kehilangan hatimu yang baik, hanya kerana mereka yang berhati buruk.

Tetapi terus lakukan kebaikan dan kebaikan sehingga tiada keburukan di hatimu lagi.

Wallahu'alam

Tinta Mualim Adden

JANGAN MEMBENCI SESUATU YANG DIBERIKAN KEPADA KITA Sedari Hakikat Pemberian Allah Firman Allah dalam Al-Quran:“Boleh jad...
01/06/2021

JANGAN MEMBENCI SESUATU YANG DIBERIKAN KEPADA KITA

Sedari Hakikat Pemberian Allah

Firman Allah dalam Al-Quran:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (p**a) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ~ QS. Al-Baqarah: 216

Ketahuilah bahawa Allah tidak akan memberikan sesuatu yang selalu kita harapkan tetapi Allah akan memberikan sesuatu yang kita perlukan.

Allah telah menyusun cantik-cantik jalan hidup kita, maka janganlah resah teruskan melangkah walau berkali-kali kita rebah dan tersungkur.

Allah Sebaik-baik Perancang Dan Penentu

Sesungguhnya, kita hanya merancang tetapi Allah juga merancang, dan perancangan-Nya Maha hebat dan sempurna.
Walaupun kita tidak tahu apa yang tertulis di hadapan, kita terpaksa merasa perit seketika, kita terjatuh berulang kali, kecewa berkali-kali, sedih tak terhingga.

Tetapi ketahuilah itu semua diturunkan untuk kita menjadi lebih kuat dan semakin hebat.

Yakin Dengan Pemberian Allah

Yakinlah dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita meskipun itu bukan kehendak kita.
Sesungguhnya tiada yang namanya ‘kebetulan’.

Hal ini kerana, setiap aturan dari Allah itu sudah sempurna . Kadang-kadang Allah temukan kita dengan sesuatu yang salah, supaya kita kenal erti 'betul’.

Kadang-kadang Allah temukan kita dengan seuatu yang betul , supaya kita boleh terus membimbing diri sendiri dan orang lain.

Resolusi Pemberian Allah

Ada perihal yang perlu kita sedar iaitu, yang hitam itu tidak semestinya kotor dan yang putih itu tidak semestinya bersih. Bersangka baiklah dengan takdir Allah. Takdir Allah itu terlalu indah. Maka, sehebat apapun kita merencanakan sesuatu, tetap takdir Allah adalah yang terbaik untuk kita.

Sedarlah, bahawa Allah selalu memberikan kelebihan di balik kekurangan. Allah selalu memberikan kekuatan di balik kelemahan. Allah juga selalu memberikan senyum di balik kesedihan. Yakinlah, kebahagiaan itu akan hadir juga apabila tiba waktunya. Semoga Allah sentiasa menguatkan hati kita dalam apa jua urusan.

Wallahu'alam

Tinta Mualim Adden

Two State SolutionDalam berdepan dengan isu ini, maka terdapat satu solusi yang dicadangkan. Tetapi, ketahuilah dalam so...
20/05/2021

Two State Solution

Dalam berdepan dengan isu ini, maka terdapat satu solusi yang dicadangkan. Tetapi, ketahuilah dalam solusi ini terdapat pro dan cons yang perlu kita tahu.

Kita akan menyingkap apakah kebaikan yang wujud dalam solusi ini? 🤔

Apakah kebaikan kepada Palestine apabila Two State Solution dilakukan?

Hal ini memudahkan usaha bagi mendapatkan kembali negeri-negeri yg ditawan Israel pada tahun 1967

Apakah kebaikannya kepada Palestine?

A. Palestine akan diiktiraf sebagai sebuah negara
B. Boleh menubuhkan kedutaan
C. Dapat menjalinkan hubungan antarabangsa
D. Memudahkan bantuan daripada negara Islam yg lain

Kita akan melihat apakah kesan negatif apabila solusi ini dijalankan?

Ketahuilah bahawa Israel tidak melayan dan tidak pernah menerima solusi ini

Buktinya:

A. Israel terus mengawal dan kuasa kepada kerajaan Palestine terlalu sedikit
B. Merampas rumah-rumah di Syeikh Jarrah di Baitul Maqdis

Maka, umat Islam nilailah adakah ianya akan menguntungkan umat Islam ataupun tidak? Teruslah cakna dengan isu umat dan sentiasa berdoa kepada mereka. Semoga Allah akan memberikan kemenangan kepada Islam kelak.

Wallahu'alam.

Tinta Mualim Adden

Murid: "Wahai Guru...kami selalu melihat kamu tunduk memandang ke tanah, Jarang sekali kami dapat melihat kamu langut me...
15/05/2021

Murid: "Wahai Guru...
kami selalu melihat kamu tunduk memandang ke tanah,

Jarang sekali kami dapat melihat kamu langut mendongak ke langit, kenapa ??"

Guru: "Ini kerana manusia yang sentiasa memandang sekitarnya akan mudah menghukum orang lain...

Dia tu kenit !
Dia ni renjong...
Dia tu gelap !
Dia ni segak...
Dia tu hodoh !
Dia itu, dia ini...

Orang yang hidupnya asyik sibuk dengan hal orang lain, pasti akan cuai dari memperbaiki diri sendiri."

Rahmat dan kasih sayang Allah buat Guru-guru kita.

SELAMAT HARI GURU

16 Mei 2021 bersamaan 4 Syawal 1442 Hijriah

Tinta Mualim Adden

MENEGUR DAN DITEGUR : AMALAN DALAM BERSAHABATوَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَع...
06/05/2021

MENEGUR DAN DITEGUR : AMALAN DALAM BERSAHABAT

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surah Ali-Imran, Ayat 104)

Menegur dan menerima teguran adalah perkara yang perlu diamalkan dalam Islam. Semoga yang ditegur dapat melapangkan dada kerana ketahuilah diri ditegur bukan kerana ingin menjatuhkan tetapi demi kebaikan diri kita sendiri.

Bersyukurlah kerana masih ada yang ingin menegur dan membetulkan diri kita. Hal ini kerana, hidup di dunia ini tidak boleh bersendirian sebaliknya perlu bersama dengan orang-orang yang beriman kerana mereka dapat memelihara dan membimbing diri kita kepada kebenaran.

Semoga bulan Ramadan ini mampu menjadi bulan tarbiyah dan melatih diri kita untuk menjadi lebih baik.

Sahabat, rakan yang berada di sekeliling perlulah menjadi orang yang memberi sokongan andai dirinya ingin berubah. Kurangkanlah kecaman dan berikan sokongan. Semoga dengan sokongan itu mampu menjadi motivasi dalam diri orang yang ingin berubah untuk menjadi lebih baik.

Terima kasih Ya Allah atas nikmat hidup yang kau kurniakan.

Wallahu'alam.

Tinta Mualim Adden

Address

S*k

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tinta Mualim Adden posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tinta Mualim Adden:

Shortcuts

Share

Category