26/02/2026
๐๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง:
๐ง๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ผ๐บ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐บ๐ถ ๐๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฝ ๐๐๐น๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐๐๐ฎ๐น
Keselamatan murid sentiasa menjadi keutamaan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Setiap anak yang melangkah ke sekolah berhak berada dalam persekitaran yang selamat, dihormati dan dilindungi tanpa sebarang bentuk ancaman.
Sehubungan itu, JPN Kedah memperteguh komitmen melalui Gerakan Kedah Selamat sebagai usaha bersepadu bagi memastikan setiap sekolah menjadi zon perlindungan yang kondusif untuk pembelajaran dan pembentukan sahsiah.
Hasrat kami jelas:
Melahirkan generasi yang sejahtera, berani bersuara serta membudayakan nilai hormat dan empati dalam komuniti sekolah selaras dengan aspirasi Reformasi Pendidikan.
Tindakan tegas JPN Kedah:
โ
Memperkasa dasar sifar toleransi terhadap buli dan gangguan seksual.
โ
Memastikan setiap aduan ditangani dengan segera, telus dan berintegriti.
โ
Memperluas program advokasi kesedaran melibatkan murid, guru dan ibu bapa.
โ
Mengukuhkan peranan sekolah sebagai benteng keselamatan melalui pemantauan berterusan.
โ
Menggerakkan kerjasama strategik bersama PPD dan semua pihak berkepentingan.
Keselamatan murid adalah tanggungjawab bersama. JPN Kedah menyeru seluruh warga pendidikan dan masyarakat untuk terus peka serta melaporkan sebarang insiden agar tindakan pantas dapat diambil.
Setiap murid berhak dilindungi.
Setiap sekolah adalah zon selamat.