SK Kpg Banyok, Sibu

SK Kpg Banyok, Sibu π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π——π—”π—§π—”π—‘π—š π—žπ—˜ π—™π—”π—–π—˜π—•π—’π—’π—ž π—¦π—ž π—žπ—£π—š π—•π—”π—‘π—¬π—’π—ž, π—¦π—œπ—•π—¨ 𝗦𝗔π—₯𝗔π—ͺπ—”π—ž

🌺 Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026 🌺Semoga sambutan Hari Sarawak menjadi pemangkin untuk terus memupuk semangat perpa...
22/07/2026

🌺 Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026 🌺

Semoga sambutan Hari Sarawak menjadi pemangkin untuk terus memupuk semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian budaya serta menyemai rasa cinta terhadap negeri Sarawak yang kita kasihi.

Sarawak Maju Makmur. β€οΈπŸ’›πŸ–€

Ikhlas daripada,
Guru Besar
SK Kampung Banyok

πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ SUKAN TAHUNAN SK KAMPUNG BANYOK 2026 πŸ…Warga SK Kampung Banyok dengan sukacitanya menjemput YDP PIBG, NYDP PIBG,...
08/07/2026

πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ SUKAN TAHUNAN SK KAMPUNG BANYOK 2026 πŸ…

Warga SK Kampung Banyok dengan sukacitanya menjemput YDP PIBG, NYDP PIBG, Ahli EXCO PIBG serta semua ibu bapa/penjaga untuk hadir memeriahkan temasya sukan tahunan sekolah.

Semoga kehadiran dan sokongan daripada semua dapat menyuntik semangat kepada murid-murid dalam menampilkan prestasi terbaik serta memupuk semangat kesukanan.

πŸ“… 15 Julai 2026 (Rabu)
πŸ•– 7.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Stadium Tun Zaidi, Sibu

β€œMajulah Sukan Demi Kecemerlangan Murid.” 🌟

🌟 Cuti sudah berakhir, kini tiba masanya untuk kembali menimba ilmu!Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan wa...
07/06/2026

🌟 Cuti sudah berakhir, kini tiba masanya untuk kembali menimba ilmu!

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan warga SK Kampung Banyok. Semoga semua hadir dengan semangat yang tinggi, senyuman yang manis dan azam yang baharu untuk terus mencapai kecemerlangan.

πŸ“… Isnin | 8 Jun 2026

Jumpa di sekolah! πŸ’™πŸ’›

✨ Selamat Hari Gawai 2026 ✨Gawai disambut penuh gembira,Bersama keluarga sanak saudara,Semoga hidup sentiasa sejahtera,M...
01/06/2026

✨ Selamat Hari Gawai 2026 ✨

Gawai disambut penuh gembira,
Bersama keluarga sanak saudara,
Semoga hidup sentiasa sejahtera,
Murah rezeki sepanjang masa.

Semoga perayaan Gawai membawa kegembiraan, keberkatan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya.

Gayu Guru Gerai Nyamai,
Lantang Senang Nguan Menua,
Oohaaa!🌾

Ikhlas daripada,
Puan Noralam Ideris
Guru Besar
SK Kampung Banyok, Sibu

✨ Salam Aidilfitri ✨Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua warga SK Kampung Banyok.Pagi Syawal ...
21/03/2026

✨ Salam Aidilfitri ✨

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua warga SK Kampung Banyok.

Pagi Syawal indah berseri,
Ziarah keluarga mengeratkan hati,
Andai tersalah kata dan diri,
Mohon maaf setulus hati.

Semoga Syawal disambut dengan penuh kesyukuran dan membawa kebahagiaan kepada semua.πŸ’š

Ikhlas daripada,
Puan Noralam Ideris
Guru Besar
SK Kampung Banyok, Sibu

18/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Bercuti Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri βœ¨πŸŒ™

πŸŒ™βœ¨ Selamat Bercuti Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri βœ¨πŸŒ™Warga sekolah mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid,...
18/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Bercuti Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri βœ¨πŸŒ™

Warga sekolah mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid, guru serta ibu bapa sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Semoga sambutan tahun ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Gunakan masa cuti ini untuk berehat, bergembira bersama keluarga dan sentiasa menjaga keselamatan walau di mana jua berada. πŸš—πŸ’š

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. πŸŒ™πŸ€

12/03/2026

πŸŒ™ Program Kongsi Rezeki Ramadan 2026

πŸŒ™ Program Kongsi Rezeki Ramadan 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa, ...
12/03/2026

πŸŒ™ Program Kongsi Rezeki Ramadan 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa, penjaga serta warga sekolah yang telah menyumbang dan membantu menjayakan Program Kongsi Rezeki Peringkat Sekolah.

Sumbangan yang diberikan amat bermakna dalam menyemai nilai berkongsi rezeki dan kasih sayang sepanjang bulan Ramadan.

Semoga setiap kebaikan yang diberikan dibalas dengan ganjaran pahala serta keberkatan rezeki yang berpanjangan. 🀲

Terima kasih atas sokongan padu semua. ❀️

πŸŒ™ Ramadan Bulan Berkongsi RezekiPanitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab menganjurkan Program Kongsi Rezeki Peri...
06/03/2026

πŸŒ™ Ramadan Bulan Berkongsi Rezeki

Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab menganjurkan Program Kongsi Rezeki Peringkat Sekolah 2026.

Kami mengalu-alukan sumbangan daripada guru, ibu bapa dan penjaga dalam bentuk wang tunai, makanan, minuman atau barang basah sebelum 09 Mac 2026 (Isnin).

Semoga setiap sumbangan menjadi pahala yang berpanjangan dan dilimpahi keberkatan rezeki. 🀲

Terima kasih atas sokongan semua.
Syukran Jazilan.

Address

Kampung Banyok
Sibu
96000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kpg Banyok, Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share