05/05/2026
TAHNIAH SJKC SU LAI DAN SK SG MENYAN!
Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Pejabat Pendidikan Daerah Sibu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada SJKC Su Lai dan SK Sg Menyan atas pencapaian membanggakan apabila semua warga guru sekolah telah memperoleh 100% pensijilan Google for Education Certified Educator Level 1.
Pencapaian ini membuktikan komitmen tinggi warga pendidik dalam memperkukuh kompetensi digital, meningkatkan keyakinan penggunaan teknologi dalam PdP serta menyokong agenda transformasi pendidikan digital di peringkat sekolah.
USTP PPD Sibu percaya bahawa kejayaan ini menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain di daerah Sibu untuk terus membudayakan penggunaan teknologi secara bermakna, kreatif dan berimpak dalam ekosistem pendidikan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru serta seluruh warga SJKC Su Lai dan SK Sg Menyan atas usaha, kesungguhan dan semangat berterusan dalam memacu kecemerlangan pendidikan digital.
05/05/2026
TAHNIAH SK SG PASSAI!
Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Pejabat Pendidikan Daerah Sibu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada SK Sg Passai atas pencapaian membanggakan apabila semua warga guru sekolah telah memperoleh 100% pensijilan Google for Education Certified Educator Level 1 dan Level 2.
Pencapaian ini membuktikan komitmen tinggi warga pendidik SK Sg Passai dalam memperkukuh kompetensi digital, memperkasa amalan PdP berasaskan teknologi serta menyokong agenda transformasi pendidikan digital di peringkat sekolah.
USTP PPD Sibu percaya bahawa kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada sekolah, malah turut menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain di daerah Sibu untuk terus membudayakan penggunaan teknologi secara bermakna dalam ekosistem pendidikan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru serta seluruh warga SK Sg Passai atas usaha, kesungguhan dan semangat berterusan dalam memacu kecemerlangan pendidikan digital.
05/05/2026
Tahniah SMK Sacred Heart Sibu dan SMK Bukit Lima Sibu!
Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Pejabat Pendidikan Daerah Sibu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada SMK Sacred Heart Sibu dan SMK Bukit Lima Sibu atas pencapaian 100% warga guru sekolah memperoleh pensijilan Google for Education Certified Educator Level 1.
Pencapaian ini membuktikan komitmen tinggi pihak pentadbir dan warga guru dalam memperkukuh kompetensi digital, memperkasakan penggunaan teknologi pendidikan serta menyokong pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 secara lebih berkesan di sekolah.
Usaha ini juga selari dengan aspirasi pendidikan digital Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membudayakan penggunaan platform dan aplikasi digital bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
USTP PPD Sibu berharap pencapaian ini akan menjadi inspirasi kepada lebih banyak sekolah di daerah Sibu untuk terus memperkasa kemahiran digital guru serta membina ekosistem pendidikan yang lebih inovatif, kreatif dan berdaya saing.
Sekalung tahniah sekali lagi kepada seluruh warga SMK Sacred Heart Sibu dan SMK Bukit Lima Sibu atas kejayaan membanggakan ini.
28/04/2026
๐ข PENGUMUMAN RASMI | WEBINAR PERKONGSIAN GPGD SIBU 2026
Pejabat Pendidikan Daerah Sibu melalui Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP) dengan sukacitanya menjemput semua guru dan pentadbir sekolah Daerah Sibu untuk menyertai webinar perkongsian seperti ketetapan berikut:
๐ Tajuk: The Signature Learning Strategy with Apple Apps
๐
Tarikh: 30 April 2026 (Khamis)
โฐ Masa: 2.30 petang
๐ค Penceramah:
Joei S.M. Ong
Guru PPKI, SMK Sungai Merah
Alumni Fulbright Teaching Excellence & Achievement (TEA)
Apple Learning Coach
Webinar ini bertujuan untuk memperkasa amalan PdPc melalui integrasi aplikasi Apple secara strategik, sejajar dengan usaha memperkukuh pendidikan digital dalam kalangan guru di Daerah Sibu.
๐ Siaran langsung boleh diakses melalui pautan berikut:
https://www.youtube.com/live/bK_i6P_tgGQ
Sehubungan itu, semua guru dan pentadbir adalah digalakkan untuk menyertai sesi ini bagi menambah ilmu serta meningkatkan kompetensi dalam penggunaan teknologi pendidikan.
โMemperkasa PdPc Digital, Membina Generasi Masa Hadapan.โ
27/04/2026
CIKGU COPILOT CHALLENGE 2026 ๐
Pejabat Pendidikan Daerah Sibu menggalakkan semua guru untuk menyertai inisiatif kebangsaan Cikgu Copilot Challenge yang dianjurkan bagi memperkasa penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran.
Program ini memberi peluang kepada guru untuk: โ
Mengikuti webinar berkaitan penggunaan Microsoft Copilot Chat
โ
Menyertai kuiz dan berpeluang menjadi antara pemenang
โ
Berkolaborasi dalam Prompt-A-Thon bersama peserta lain
โ
Menghasilkan artefak PdPc berasaskan AI
Peserta juga berpeluang memenangi hadiah menarik, termasuk Microsoft Surface Pro bagi penyertaan terbaik.
๐ Syarat utama:
Peserta perlu menyertai sekurang-kurangnya satu (1) webinar untuk layak ke peringkat seterusnya.
๐ฒ Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
Sehubungan itu, semua sekolah di daerah Sibu digalakkan untuk mengambil peluang ini dalam memperkukuh amalan PdPc berteraskan digital selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital.
25/04/2026
Modul Kompetensi Pentaksiran Guru (e-KomPeG)
Dimaklumkan bahawa Modul Kompetensi Pentaksiran Guru (e-KomPeG) kini boleh diakses melalui platform DELIMa.
๐ Dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM
๐ฏ Fokus kepada peningkatan kompetensi & profesionalisme guru dalam pentaksiran
โฑ๏ธ Boleh diiktiraf sehingga 40 jam latihan HRMIS
Semua guru digalakkan untuk mengakses dan mengikuti modul ini secara kendiri.
๐ Rujukan Surat:
KPM.500-8/4/1 Jld. 32 ( 32 ) bertarikh 7 Mac 2025
JPNJ.600-1/2/11 Jld.3 ( 8 ) bertarikh 11 Mac 2025
https://sites.google.com/moe.gov.my/e-kompeg2025/halaman-utama
24/04/2026
MAJLIS PERASMIAN JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2026
Semalam, 23 April 2026 telah berlangsung Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 di Wisma Sanyan hasil kolaborasi antara Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Sibu dan Pejabat Pendidikan Daerah Sibu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Sayed Azmi bin Wan Junaidi yang mewakili Dr Annuar Rapaee. Turut hadir ialah Abang Mohamad Porkan Abang Budiman serta Nurfarathul Aqma Julani.
Program ini bertemakan โMembaca Menggembirakan, Membaca Membina Bangsaโ dan dilaksanakan secara serentak di seluruh Malaysia dengan penglibatan warga pendidikan dan komuniti setempat.
Kerjasama ini diharapkan dapat terus memperkukuh budaya membaca dalam kalangan murid, guru dan masyarakat.
23/04/2026
Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak 2026
๐
21-23 April 2026
๐ SMK Belawai
"Kecil di mata, besar di jiwa!" โค๏ธ
Alhamdulillah, selesai sudah perjuangan 28 atlet MBPK PPD Sibu di SMK Belawai bagi Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak 2026. Melihat semangat juang mereka di garisan penamat benar-benar menyentuh hati kami semua.
Terima kasih kepada pasukan support system yang luar biasa โ para guru, pembantu pengurusan murid (PPM), dan ibu bapa yang sentiasa berdiri teguh di belakang anak-anak ini. Tanpa sokongan anda, penglibatan bermakna ini tidak mungkin tercapai.
Jumpa lagi di kejohanan akan datang! Terus terbang tinggi, anak-anak Sibu! ๐ฆ
โจ
23/04/2026
๐ข Semakan Tawaran dan Permohonan Rayuan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2026
Semakan tawaran dan permohonan rayuan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2026 dibuka mulai ๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐ ๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ dan boleh dibuat melalui pautan berikut: ๐ https://sst6.moe.gov.my/
๐ Keputusan rayuan: ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐
๐
Tarikh lapor diri: ๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
โน๏ธ Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang KPM: www.moe.gov.my
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara, Nadi Negara"
22/04/2026
Tahniah kepada SMK Lanang!
11/04/2026
Cebisan kenangan yang terpahat indah sepanjang Majlis Persaraan Tuan Haji Ahli bin Chikba, Pegawai Pendidikan Daerah Sibu, yang berlangsung di Kingwood Hotel Sibu pada 11 April 2026.