14/08/2026
Perhimpunan Mingguan SMK Bukit Lima โ 12 Ogos 2026
PERHIMPUNAN MINGGUAN SMK BUKIT LIMA telah berlangsung pada Rabu, 12 Ogos 2026 di Dewan Sri Cemerlang dengan pelbagai pengisian yang bermakna dan berimpak kepada warga sekolah.
Antara pengisian utama ialah Program Pengucapan Awam, Pelancaran Kad Perpustakaan, Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan serta amanat daripada Tuan Pengetua, En. Arunegeri a/l Thannimalai.
Dalam amanatnya, Tuan Pengetua menekankan kepentingan murid untuk sentiasa berdisiplin, beradab, menghormati guru dan warga sekolah serta mematuhi peraturan sekolah. Murid turut diingatkan agar tidak merokok atau menggunakan sebarang produk berkaitan merokok di kawasan sekolah serta menjauhi gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan masa depan.
Sehubungan dengan keadaan jerebu, murid dinasihatkan supaya mengambil langkah penjagaan kesihatan seperti menggunakan pelitup muka (facemask) apabila perlu, meminum air secukupnya serta menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Murid juga diingatkan agar peka terhadap keadaan persekitaran dan mematuhi arahan pihak sekolah.
Pelancaran Kad Perpustakaan p**a menjadi salah satu usaha sekolah untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan murid, selaras dengan hasrat Program NILAM. Sesungguhnya, membaca ialah jambatan ilmu yang mampu membentuk murid berpengetahuan, berfikiran kritis dan berwawasan.
Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan turut menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga sekolah. Pelbagai aktiviti menarik akan dilaksanakan bagi menghayati sejarah, menghargai perjuangan tokoh terdahulu serta memperkukuh semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan cinta akan tanah air.
Semoga pengisian perhimpunan ini dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan murid yang berdisiplin, beradab, sihat, berilmu dan mempunyai jati diri yang kukuh.
โMurid Cemerlang, Sekolah Gemilang, Negara Terbilang.โ