SK BATU 15, SIBU

SK BATU 15, SIBU

Share

SK BATU 15, JALAN ULU OYA, 96000 SIBU, SARAWAK

23/02/2026

📽✨ LAKONAN SKETSA GIMIK PELANCARAN IHYA RAMADAN SK BATU 15 🌙

Photos from SK BATU 15, SIBU's post 23/02/2026

MAJLIS PELANCARAN IHYA RAMADAN 1447H / 2026 SK BATU 15🌙✨

​Alhamdulillah, seawal jam 7.10 pagi tadi, warga SK Batu 15 telah berkumpul bagi menjayakan Majlis Pelancaran Ihya Ramadan. Majlis dimulakan dengan penuh bertenaga oleh pengacara majlis yang mantap, Cikgu Nurmaziah binti Nur Muslim.

​Seterusnya, majlis mendengar ucapan daripada Penyelaras Ihya Ramadan, Ustazah Nur Fatin Nadhirah binti Azlan, mengenai pengisian program sepanjang bulan yang mulia ini.

​Kemuncak majlis adalah gimik pelancaran unik berbentuk sketsa lakonan yang sangat menghiburkan oleh:
🎭 Adik Azfar Haidhar
🎭 Adik Ahmad Putra Ammar
🎭 Adik Nur Husna Ramadhani

​Majlis diakhiri dengan tayangan video aktiviti sepanjang program Ihya Ramadan. Semoga Ramadan tahun ini memberi semangat kepada kita untuk melakukan lebih banyak amal kebaikan dan berakhlak mulia.

RAMADAN KAREEM! 🕌

Photos from SK BATU 15, SIBU's post 08/02/2026

TAHNIAH DAN SYABAS: KEJAYAAN ATLET MERENTAS DESA SEKOLAH 🏃‍♂️💨

​Alhamdulillah, perhimpunan pagi ini diserikan dengan majlis penyampaian sijil dan pingat kepada wira-wira larian kita.

​Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 9 orang murid SK Batu 15 yang telah berjuang dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Bahagian Sibu yang berlangsung pada Sabtu, 7 Februari 2026 lepas di Kemuyang.

​Sorakan khas buat Ahmad Putra Ammar yang berjaya merangkul Tempat Ke-2! Pencapaian cemerlang ini sekali gus melayakkan beliau mewakili Daerah Sibu ke peringkat seterusnya. 🥈✨

​Ayuh warga sekolah, sama-sama kita doakan agar adik Ammar terus bersemangat dan beroleh kejayaan di peringkat yang lebih tinggi nanti. Insya-Allah.





Photos from SK BATU 15, SIBU's post 08/02/2026

KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2026 🏃‍♂️🏃‍♀️🏆

​Syabas dan tahniah! Semalam menjadi saksi kecekalan hati dan kekuatan fizikal atlet-atlet SK Batu 15 dalam saingan sengit Kejohanan Merentas Desa Peringkat Bahagian Sibu. ​Berikut merupakan keputusan pencapaian murid kita:

​🏅 KATEGORI LELAKI
1. AHMAD PUTRA AMMAR BIN MOHD YASSIN (Naib Johan)
2. ​MUHAMMAD HADIDIE MUKHRIEZ BIN ABDULLAH (Tempat ke-8)
3. ​AHMAD FIKRI SYAKIRIN BIN AHMAD NAZRIE (Tempat ke-52)
4. ​AWANG FAYYADH AMSYAR BIN AWANG ZAINUDDIN (Tempat ke-80)
5. ​XYLAN MOARRY CHUA MORRIS (Berjaya menamatkan larian)

​🏅 KATEGORI PEREMPUAN
1. ​REZIENNIA ELLINNA ANAK ROMA (Tempat ke-20)
2. ​MELISSA EDRIANA UTIH ANAK JACKSON (Tempat ke-21)
3. ​EMMANIEZZA VIEVIEANNI ANAK JABA (Tempat ke-58)
4. ​UFAIRA AFEEFA BINTI MOHD YASSIN (Tempat ke-78)

​Kejayaan ini adalah hasil kerja keras pasukan pembimbing yang mantap:
🌟 ​Guru Pembimbing: Cikgu Penny Siong, Cikgu Zaidll Hayat, Cikgu Sigi
🌟 ​Jurulatih Jemputan (PT 3 RRD): Kpl Mohd Firdaus Bin Abdul Nalas

​Sekalung penghargaan buat barisan pentadbir sekolah, terutamanya Cikgu Nordin bin Hiri (PK Kokurikulum) atas sokongan dan pengurusan yang efisien.

​Pihak sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Guru Besar, Cikgu Roslan bin Hj Putit yang sudi hadir ke lokasi kejohanan untuk menyokong penuh perjuangan anak-anak murid SK Batu 15 dari awal hingga akhir.





Photos from SK BATU 15, SIBU's post 05/02/2026

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM BIL. 1/2026

​Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Kokurikulum kali pertama bagi tahun 2026 yang dikelolakan dengan penuh berdisiplin oleh pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) SK Batu 15.

​🗓 Hari: Rabu
🕜 Masa: 1.30 Petang
📍 Tempat: Dewan Tun Jugah, SK Batu 15

​Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Penyelaras Unit Beruniform, Cikgu Rohani binti Abdullah. Seterusnya, amanat disampaikan oleh Penolong Komandan TKRS (PK Kokurikulum), Cikgu Nordin bin Hiri.

​Kemuncak majlis adalah ucapan perasmian dan motivasi daripada Komandan TKRS merangkap Guru Besar SK Batu 15, Cikgu Roslan bin Haji Putit.

Syabas kepada semua murid yang hadir dengan pakaian unit beruniform masing-masing.





19/01/2026

📜 VIDEO PENGENALAN BARISAN PENGAWAS SESI 2026 SK BATU 15 🎓✨





Photos from SK BATU 15, SIBU's post 19/01/2026

📜 MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2026 SK BATU 15 🎓✨

​Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Majlis Watikah Pelantikan bagi barisan Pengawas Sekolah, Pengawas Asrama, dan Pengawas Perpustakaan (PSS) SK Batu 15 bagi sesi 2026.

​Majlis dimulakan dengan gimik tayangan video pengenalan barisan pemimpin yang akan menggalas tanggungjawab pada tahun ini.

Seterusnya, penyampaian sijil watikah telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar sebagai simbolik penyerahan amanah.

​Kemuncak majlis menyaksikan bacaan lafaz ikrar yang penuh bersemangat diketuai oleh Ketua Pengawas Sesi 2026, adik Azfar Haidhar.

Semoga barisan pemimpin ini amanah dan menjadi contoh teladan yang terbaik buat rakan-rakan yang lain. ​Selamat menjalankan amanah!





Photos from SK BATU 15, SIBU's post 17/01/2026

TAKLIMAT IBU BAPA BERSAMA PENTADBIR SEKOLAH DAN PENDAFTARAN KOKURIKULUM 2026 ⚽🏀✨

Alhamdulillah, selesai sudah Program Taklimat Bersama Pentadbir Sekolah dan Pendaftaran Kokurikulum 2026 pada pagi tadi di Dewan Tun Jugah, SK Batu 15.

​Majlis dimulakan dengan sesi taklimat padat daripada barisan pentadbir sekolah:

✅ Cikgu Dayang (PK Kurikulum)
✅ Cikgu Nordin (PK Kokurikulum)
✅ Cikgu Susana (PK HEM)
✅ Cikgu Roslan (Guru Besar)

​Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan murid tahap 2 yang hadir memberikan komitmen tinggi. Selesai sesi taklimat, urusan pendaftaran kokurikulum mengikut kelas juga telah berjalan dengan lancar.

Tahniah dan terima kasih semua guru, AKP, dan warga SK Batu 15 atas kerjasama menjayakan taklimat ini. Semoga pencapaian kokurikulum di SK Batu 15 akan sentiasa megah cemerlang. Aamiin! 🚀





Photos from SK BATU 15, SIBU's post 17/01/2026

PROGRAM ISRAK MIKRAJ SK BATU 15 ​🕋🌙

​Alhamdulillah, telah berlangsung Program Israk Mikraj anjuran Panitia Pendidikan Islam dan KAFA SK Batu 15 pada hari Jumaat, 16 Januari 2026.

🔵 Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Al-Aqsa di Palestin.

🔵 Mikraj p**a adalah perjalanan Baginda SAW dari langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT.

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah satu mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad. Antara peristiwa penting ini adalah perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam.

Melalui program ini, kami berharap agar murid-murid dapat meningkatkan kesedaran tentang kewajipan solat 5 waktu serta memantapkan sahsiah diri melalui penghayatan sirah Rasulullah SAW. 🌷✨





Photos from SK BATU 15, SIBU's post 16/01/2026

PENUTUP TIRAI MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2026 🏫✨

​Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana hari ini telah berlangsungnya Majlis Penutup Minggu Pertama yang penuh bermakna di SK Batu 15. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk membina semangat murid-murid:

1⃣ ​Serlahkan Potensimu: Cukup berbakat murid-murid kita dalam sesi nyanyian.

2⃣​ Majlis Penyerahan Anak Siska: Simbolik penyerahan murid asrama kepada barisan Guru dan AKP sebagai bapa dan ibu angkat sepanjang di sekolah.

​3⃣ Sesi Bersalaman: Tradisi murni sebelum murid p**ang ke rumah sebagai tanda hormat dan restu ilmu.

​Selamat p**ang ke rumah masing-masing dan jumpa lagi minggu depan!







15/01/2026

📽✨ VIDEO PELUNCURAN SLOGAN ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC) SK BATU 15

"Anak yang baik lagi cerdik bukan sekadar murid yang pintar akademik, tetapi murid yang cerdik dan berakhlak mulia dalam kehidupan".

Apakah contoh ABC di sekolah?
1⃣ Ucapkan salam kepada guru.
2⃣ Menjaga kebersihan kelas.
3⃣ Membantu guru dan rakan.
4⃣ Beratur ketika membeli makanan.
5⃣ Mahir menggunakan teknologi untuk belajar.
6⃣ Prihatin terhadap rakan.
7⃣ Menyusun kasut dengan kemas.

Ayuh tonton video ini!

Photos from SK BATU 15, SIBU's post 15/01/2026

Hari Ke-4: Semangat Terus Membara! 💪

​Alhamdulillah, selesai hari keempat Minggu Pertama Persekolahan. Hari ini padat dengan pengisian bermakna buat anak-anak murid SK Batu 15:

​📖 Peluncuran Slogan "Anak yang Baik lagi Cerdik" (ABC).

📢 Taklimat Ringkas Unit HEM: Pencegahan Denggi, Penggunaan Tandas & Penjagaan Buku Teks (SPBT).

🧠 Slot Santai: Kuiz Jejak Bahasa, Bijak Sifir & Jejak Sains.

​Seronok melihat kesungguhan guru-guru SK Batu 15 yang bertungkus lumus menjayakan taklimat dan aktiviti bersama murid-murid. Insya-Allah semoga guru-guru dan warga SK Batu 15 diberikan kesihatan yang baik. Aamiin🌷







Want your school to be the top-listed School/college in Sibu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


KEM BATU 14, Jalan ULU OYA
Sibu
96000