18/08/2026
✨Ceramah Siber Buli✨
08 April 2026
Ceramah Siber Buli diadakan bagi meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya dan kesan perbuatan buli dalam dunia digital. Murid diberikan pendedahan tentang bentuk-bentuk buli siber, kesannya terhadap mangsa serta langkah yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut. Ceramah ini juga mendidik murid supaya menggunakan media sosial secara bijak, berhemah dan bertanggungjawab serta sentiasa menghormati orang lain ketika berkomunikasi dalam talian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah atas kesudian meluangkan masa untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan panduan yang amat bermanfaat kepada para murid. Semoga perkongsian ini dapat membentuk generasi yang lebih peka, beretika dan bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi. Bersama hentikan buli siber, bersama kita lindungi!