Sekolah Kebangsaan Sungai Kemena, Selangau

Sekolah Kebangsaan Sungai Kemena, Selangau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Kebangsaan Sungai Kemena, Selangau, School, SK Sungai Kemena, D/A Pejabat Pendidikan Daerah Selangau, Lot 363, Blok 15, New Township Selangau, Sibu.

πŸ’ƒπŸ•Ίβœ¨ TAHNIAH & SYABAS! βœ¨πŸ•ΊπŸ’ƒPertandingan Tarian Sekolah Malaysia (TA’SEEM)Peringkat Sekolah Rendah Daerah SelangauDengan pe...
08/04/2026

πŸ’ƒπŸ•Ίβœ¨ TAHNIAH & SYABAS! βœ¨πŸ•ΊπŸ’ƒ

Pertandingan Tarian Sekolah Malaysia (TA’SEEM)
Peringkat Sekolah Rendah Daerah Selangau

Dengan penuh rasa bangga, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

🌟 Tristhy Alfera Sebi
🌟 Morrison Darren Tang

atas pencapaian cemerlang meraih ANUGERAH KHAS JURI dalam pertandingan tersebut.

Kejayaan ini membuktikan bakat, usaha gigih serta komitmen tinggi dalam bidang seni tari. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berani mencuba dan mengembangkan potensi diri dalam pelbagai bidang. 🎭✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru pembimbing, Cikgu Sara, serta EXCO Kebudayaan PIBG, En. Ulak atas bimbingan, sokongan dan komitmen yang diberikan sepanjang penyertaan ini.

Sekolah berbangga dengan anda semua! 🌟🏫





πŸ“š BULETIN PSS πŸ“šπŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰Kepada 6 orang murid terbaik yang berjaya menduduki Tempat 3 teratas bagi Perekodan ...
08/04/2026

πŸ“š BULETIN PSS πŸ“š

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰

Kepada 6 orang murid terbaik yang berjaya menduduki Tempat 3 teratas bagi Perekodan Bahan Bacaan SISTEM AINS (NILAM) bagi bulan Februari dan Mac.

πŸ“Œ MAKLUMAN PENTING
βœ”οΈ Rekod bacaan adalah 100% melalui SISTEM AINS (NILAM)
βœ”οΈ Seorang pembaca terbanyak bagi Tahap 1 dan Tahap 2 akan menerima hadiah setiap bulan.
βœ”οΈSemua murid yang berjaya menduduki Tempat 3 teratas bagi Tahap 1 dan Tahap 2 akan menerima sijil penghargaan.

πŸ“– JOM MEMBACA SETIAP HARI!
✍️ Jangan lupa rekodkan bacaan anda

πŸ”— Pautan AINS (NILAM):
https://ains.moe.gov.my/login?returnUrl=/

πŸ‡¬πŸ‡§βœ¨ ENGLISH DAY – EVERY TUESDAY! βœ¨πŸ‡¬πŸ‡§SK Sungai Kemena dengan sukacitanya melaksanakan Program English Day yang diadakan p...
08/04/2026

πŸ‡¬πŸ‡§βœ¨ ENGLISH DAY – EVERY TUESDAY! βœ¨πŸ‡¬πŸ‡§

SK Sungai Kemena dengan sukacitanya melaksanakan Program English Day yang diadakan pada setiap hari Selasa sebagai usaha memupuk keyakinan dan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan warga sekolah.

🎯 Sepanjang program ini, semua murid dan staf digalakkan untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam komunikasi harian serta menyahut pelbagai cabaran bahasa yang disediakan.

πŸ† Anugerah Bulanan English Day
Setiap bulan, penghargaan akan diberikan kepada:
πŸ‘©β€πŸŽ“ Murid Paling Aktif
πŸ‘¨β€πŸ« Staf Paling Aktif

Anugerah ini diberikan kepada individu yang menunjukkan usaha, keberanian dan konsistensi dalam menggunakan Bahasa Inggeris sepanjang program berlangsung.

🌟 Diharapkan program ini dapat melahirkan warga sekolah yang lebih yakin, berani dan berketerampilan dalam berbahasa Inggeris.

Let’s speak English with confidence! πŸ’¬βœ¨

Teruskan menyokong dan menjayakan program ini! πŸ’ͺ





MAKLUMAN CUTI HARI RAYA DAN CUTI PENGGAL 1 TAHUN 2026Esok semua murid balik pukul 12.00 tengahari dan cuti bermula 18-27...
17/03/2026

MAKLUMAN CUTI HARI RAYA DAN CUTI PENGGAL 1 TAHUN 2026

Esok semua murid balik pukul 12.00 tengahari dan cuti bermula 18-27 Mac. Sekolah beroperasi semula pada Isnin, 30 Mac. Murid asrama kembali pada Ahad, 29 Mac pukul 4.00 petang.

Selamat Hari Raya kepada warga SK Sg Kemena yang menyambut!

πŸ“šβœ¨ ANUGERAH PEMBACA BUKU TERBANYAK βœ¨πŸ“šTahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan komitmen dan semangat m...
14/03/2026

πŸ“šβœ¨ ANUGERAH PEMBACA BUKU TERBANYAK βœ¨πŸ“š

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan komitmen dan semangat membaca yang tinggi sepanjang bulan Februari 2026!

Syabas kepada para pemenang:
TAHAP 1
πŸ₯‡ Anas Zafran (Tahun 2)
πŸ₯ˆ Jakob Saia (Tahun 1)
πŸ₯‰ Alleyna Agie (Tahun 2)

TAHAP 2
πŸ₯‡ Fernandez Tefvez (Tahun 5)
πŸ₯ˆ Nur Eryna Qishya (Tahun 6)
πŸ₯‰ Aldryana Mias (Tahun 6)

Semoga anugerah ini menjadi motivasi kepada semua murid untuk terus memupuk budaya membaca dan menjadikan buku sebagai sahabat ilmu. πŸ“–πŸ’‘
Terima kasih juga kepada semua guru dan pihak Unit PSS atas usaha berterusan dalam menggalakkan program membaca di sekolah.
Teruskan membaca, kerana membaca jambatan ilmu! 🌈

πŸ“ Unit PSS
SK Sungai Kemena, Selangau





πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈβœ¨ TAHNIAH & SYABAS! βœ¨πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈMerentas Desa SR Peringkat Bahagian SibuTahniah diucapkan kepada murid-murid sekola...
14/03/2026

πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈβœ¨ TAHNIAH & SYABAS! βœ¨πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ
Merentas Desa SR Peringkat Bahagian Sibu

Tahniah diucapkan kepada murid-murid sekolah kita yang telah menyertai Kejohanan Merentas Desa SR Peringkat Bahagian Sibu dan berjaya mencatat pencapaian yang membanggakan hasil usaha gigih dan semangat kesukanan yang tinggi.

Keseluruhan Peserta: 1118 orang

Kategori P12TKB:
πŸ… Anissah – Tempat ke-16
πŸ… Olivia – Tempat ke-17

Kategori L12TKB:
πŸ… Jayan – Tempat ke-21

Manakala 7 orang murid yang lain turut berjaya tersenarai dalam kelompok Top 100, satu pencapaian yang amat membanggakan walaupun hanya penyertaan.

Sebagai penghargaan atas usaha dan pencapaian murid-murid, pihak PIBG telah menyumbangkan insentif berbentuk wang tunai, manakala jurulatih pasukan, Cikgu Ester, turut memberikan hadiah set pakaian sukan kepada para peserta sebagai galakan dan motivasi.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas disiplin, komitmen serta semangat juang yang tinggi. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus aktif dan cemerlang dalam bidang sukan dan kokurikulum. πŸ’ͺ🌟

Terima kasih kepada pihak PIBG dan guru-guru pengiring atas sokongan padu dalam menjayakan penyertaan murid-murid sekolah kita.

Sekolah berbangga dengan anda semua! 🏫❀️


10/03/2026

Happy Birthday GB Kemena!

Disclaimer: Birthday GB disambut semasa waktu Rehat. Tidak mengganggu masa PdP.

Selamat Datang & Selamat Berkhidmat! Kami warga SK Sungai Kemena merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu ...
10/03/2026

Selamat Datang & Selamat Berkhidmat!

Kami warga SK Sungai Kemena merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Jackline Ming anak Mering di atas pelantikan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran yang baharu. Beliau yang sebelum ini telah berkhidmat di SK Sungai Bawang telah menyertai kita dengan menggalas tanggungjawab penting dalam kurikulum dan pentadbiran sekolah.

Kehadiran beliau diharap dapat memberi impak positif dan menyuntik semangat baharu dalam meneracu kecemerlangan.

Selamat menjalankan amanah!

Selamat Datang ke Keluarga Kemena! Kami mengalu-alukan kedatangan Cikgu Saidatul Rasyadah yang baru melapor diri pada Fe...
10/03/2026

Selamat Datang ke Keluarga Kemena!

Kami mengalu-alukan kedatangan Cikgu Saidatul Rasyadah yang baru melapor diri pada Februari ini. Pihak sekolah percaya kepakaran dan pengalaman yang dibawa dari sekolah terdahulu iaitu SK Sungai Kua, akan memberikan warna baru dan semangat perkongsian ilmu buat warga Kemena. Kehadiran beliau sebagai keluarga Kemena yang baru amatlah dihargai.

Selamat menabur bakti di tempat baharu!

Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi selamat datang kepada Cikgu Mohammad Firdaus yang baru memulakan tugas s...
10/03/2026

Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi selamat datang kepada Cikgu Mohammad Firdaus yang baru memulakan tugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di SK Sungai Kemena.

Sebagai guru yang baru memulakan langkah (posting pertama), semoga kehadiran cikgu membawa tenaga muda dan semangat baharu dalam memperkasa akademik serta sahsiah murid.

Selamat menabur bakti dan selamat
datang ke keluarga besar kami!

13/01/2026

Address

SK Sungai Kemena, D/A Pejabat Pendidikan Daerah Selangau, Lot 363, Blok 15, New Township Selangau
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:00
Tuesday 07:00 - 16:00
Wednesday 07:00 - 16:00
Thursday 07:00 - 16:00
Friday 07:00 - 16:00

Telephone

+60109487619

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Sungai Kemena, Selangau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category