18/03/2026
*PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE KELAS PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2027*
Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke kelas prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi kalendar akademik sesi 2027 dibuka mulai *2 Mac hingga 31 Mei 2026*. Pendaftaran tahun ini dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my
Pendaftaran dikhaskan kepada kanak-kanak *WARGANEGARA MALAYSIA* sahaja yang lahir pada *2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023*
Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan dan menghantar borang tersebut ke sekolah/institusi yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan *selewat-lewatnya pada 31 Mei 2026*.
*JOM SERTAI PRASEKOLAH*