SK Sentosa Sibu

SK Sentosa Sibu A government primary school located in Kampung Usahajaya Baru, Jalan Salim, Sibu, Sarawak.

Sukan PIBG 2026!Jom kita memeriahkan acara petang ini. Bila lagi nak tunjuk kehebatan untuk anak-anak tengok kan?
20/05/2026

Sukan PIBG 2026!

Jom kita memeriahkan acara petang ini. Bila lagi nak tunjuk kehebatan untuk anak-anak tengok kan?

ESOK!Kemuncak kejohanan Sukan Tahunan SK Sentosa Sibu akan berlangsung pada 20 dan 21 Mei 2026. Serentak dgn itu akan tu...
19/05/2026

ESOK!

Kemuncak kejohanan Sukan Tahunan SK Sentosa Sibu akan berlangsung pada 20 dan 21 Mei 2026. Serentak dgn itu akan turut berlangsung acara sukaneka untuk tahun 1, 2 dan prasekolah. Dan pada sebelah petang esok akan diadakan Sukan PIBG 2026.

Boleh rujuk poster di bawah dan di komen.

Mudah-mudahan program yang diatur dan dirancang ini dapat berjalan lancar dan mendapat manfaat buat semua murid, warga SKS dan masyarakat setempat.

Rumah sukan mana agaknya juara tahun ini?
⚫🟧🩷🟪

IKLANBersempena Temasya Sukan Tahunan Sekolah dan Sukan PIBG, pihak sekolah membuka peluang untuk sewaan tapak gerai jua...
14/05/2026

IKLAN

Bersempena Temasya Sukan Tahunan Sekolah dan Sukan PIBG, pihak sekolah membuka peluang untuk sewaan tapak gerai jualan makanan kepada yang berminat.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk poster 👇🏻☝🏻

All the best!Team sepak takraw SK Sentosa Sibu sedang bertanding di Kejohanan Sepak Takraw 12TKB peringkat Bahagian Sibu...
13/05/2026

All the best!

Team sepak takraw SK Sentosa Sibu sedang bertanding di Kejohanan Sepak Takraw 12TKB peringkat Bahagian Sibu yang berlangsung di SK Batu 15. Pertandingan akan berlangsung selama 2 hari iaitu 13 dan 14 Mei 2026.

Sebanyak 48 pasukan mengambil bahagian terdiri daripada sekolah-sekolah rendah dari daerah Sibu, Kanowit dan Selangau.

Setakat hari pertama, pasukan SK Sentosa Sibu berjaya memenangi 4 perlawanan dan hanya tewas 1 sekaligus berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir esok.

Selamat maju jaya team sepak takraw SK Sentosa Sibu 💪🏻💪🏻

Mahrajan al-Quran, Nasyid dan Khat Bahagian Sibu Alhamdulillah, Mahrajan al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-sekolah Kemen...
08/05/2026

Mahrajan al-Quran, Nasyid dan Khat Bahagian Sibu

Alhamdulillah, Mahrajan al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Bahagian Sibu 2026/1447h telah melabuhkan tirainya.

SK Sentosa Sibu tidak terlepas menyertai pertandingan ini dengan menghantar 7 penyertaan pada edisi ini. Masing-masing dua peserta untuk tilawah, hafazan dan khat. Manakala satu kumpulan untuk nasyid.

Walaupun rezeki tidak memihak kali ini, namun apa yang lebih penting ialah usaha gigih dan pengalaman yang diperoleh oleh para peserta. Perkara ini mampu menjadikan mereka insan yang berwibawa.

Terima kasih kepada para asatizah yang telah melatih. Semoga akan kembali terbang lebih tinggi. Fighting!

SIRI INFORMASIMengenali Barisan Kepimpinan Tertinggi Sarawak: Legasi Pembangunan & Perpaduan 🏛️✨​Sejarah Sarawak adalah ...
06/05/2026

SIRI INFORMASI

Mengenali Barisan Kepimpinan Tertinggi Sarawak: Legasi Pembangunan & Perpaduan 🏛️✨

​Sejarah Sarawak adalah sebuah perjalanan panjang yang penuh dengan dedikasi.

Amat penting untuk kita mengenali susur galur pemimpin yang telah mencorakkan negeri bertuah ini agar kita dapat menghargai keamanan dan kemajuan yang dinikmati hari ini.

Apa jasa tokoh-tokoh ini yang anda kenang?

Aktiviti setiap pagi Rabu yang dinanti-nanti semua warga SK Sentosa Sibu.Badan sihat, otak cergas!
06/05/2026

Aktiviti setiap pagi Rabu yang dinanti-nanti semua warga SK Sentosa Sibu.

Badan sihat, otak cergas!

Sekilas montaj Majlis perpisahan GB Admah dan mengalukan GB Azizie ke SK SENTOSA
05/05/2026

Sekilas montaj Majlis perpisahan GB Admah dan mengalukan GB Azizie ke SK SENTOSA

Watch, follow, and discover more trending content.

MAKLUMANEsok sekolah cuti ya guys! Selamat bercuti. Jaga diri jaga kesihatan!
30/04/2026

MAKLUMAN

Esok sekolah cuti ya guys!

Selamat bercuti. Jaga diri jaga kesihatan!

All the best!Selamat maju jaya buat team nyanyian solo dan duet yang mula beradu suara hari ini. Semoga latihan yang jit...
28/04/2026

All the best!

Selamat maju jaya buat team nyanyian solo dan duet yang mula beradu suara hari ini. Semoga latihan yang jitu memberikan hasil yang manis-manis.

Chaiyok!!

Address

Sibu
96000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sentosa Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Sentosa Sibu:

Shortcuts

Share