10/08/2023
WAHYU PERTAMA BUKTI HANYA MEMBACA TANPA BERGURU?
Ada segolongan manusia yang cuba menterjemahkan AYAT IQRA sebagai kefahaman yang membuktikan bahawa "Allah swt hanya menyuruh Baginda saw BACA sahaja tanpa perlu berguru"
Disini ingin kami membuktikan dengan TUJUH dalil aqal dan nash bahawa kefahaman ini salah, jauh menyimpang daripada kebenaran dalil yang sahih lagi bahaya jika dipegang tanpa merujuk kepada kefahaman dalil yang sahih lagi bersanad kerana :
1. Baginda saw belajar IQRA pada awalnya dengan Jibril AS, jelas dalam riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim yang baginda belajar menyebut satu persatu kalimah quran sehingga cukup 5 ayat pertama surah Alaq dengan cara Talaqqi & Musyafahah secara berguru.
2. Perintah Allah agar menyuruh Jibril AS menyampaikan wahyu adalah konsep Guru mengajar kepada murid, jika benar Allah hanya menyuruh Baginda hanya BACA tanpa Berguru, kenapa mesti diutus Jibril AS untuk mengajar? Bukankah Allah maha berkuasa untuk memerintahkan batu batu di gua hira sahaja yang mengajarkan wahyu pertama tersebut kepada Baginda tanpa perantaraan seorang guru? namun mengapa perlu berguru? ini bukti aqal yang menunjukkan kemuliaan & ketinggian darjat seorang guru yang mengajarkan ilmu dan kehormatan seorang murid dalam menjaga adab kepada guru dan ilmu.
3. Pada awalnya Baginda saw hanya mengharapkan Jibril AS menyampaikan wahyu kepada Baginda saw, jika tiada kedatangan wahyu dalam tempoh yang lama, Baginda akan rasa seolah olah terputus dengan Tuhan, dibuktikan dengan firman Allah swt "Tiadalah Tuhanmu meninggalkanmu"(QS 93 : A 3) tatkala terhenti wahyu dalam tempoh yang lama sehingga Baginda diejek oleh musyrikin mekah dengan tuduhan tuhan muhammad telah meninggalkannya.
Wahyu diatas membuktikan bahawa Allah tidak pernah sekali kali meninggalkan Baginda, juga membuktikan betapa pentingnya bimbingan seorang guru yang Haq dalam membimbing murid agar senantiasa berhubung dengan tali Allah.
4. Setiap kali tiba bulan ramadan, Baginda saw akan mengkhatamkan seluruh hafazan quran kepada Jibril AS, dapat dilihat konsep sunnah ini di kesemua pusat tahfiz bilamana murid akan membaca secara hafazan kepada guru yang menyemak lalu memperbetulkan hafazan murid
5. Ketika isra wal mikraj, Baginda saw telahpun mencapai ketinggian keilmuan & kerohanian melebihi gurunya malaikat Jibril AS, dibuktikan dalam dalam hadis Ibnu Mas’ud yang terdapat pada kitab Muslim, lafaz hadis tersebut adalah:
لَمَّا أُسْرِىَ بِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- انْتُهِىَ بِهِ إِلَى سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى وَهِىَ فِى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ إِلَيْهَا يَنْتَهِى مَا يُعْرَجُ بِهِ مِنَ الأَرْضِ فَيُقْبَضُ مِنْهَا وَإِلَيْهَا يَنْتَهِى مَا يُهْبَطُ بِهِ مِنْ فَوْقِهَا فَيُقْبَضُ مِنْهَا
Maksudnya: “Ketika Baginda Nabi SAW di-isra’-kan, Baginda berkata: Aku sampai di Sidratul Muntaha, ia berada di langit ke enam, tempat itu adalah destinasi terakhir bagi yang naik dari bumi, setelah itu mereka ditangkap di sana. Tempat itu juga berrfungsi sebagai tempat destinasi terakhir bagi yang turun, mereka ditangkap di sana.”
Kata Imam al-Nawawi: Tempat itu disebut dengan Sidratul Muntaha kerana pengetahuan (ilmu) malaikat hanya mampu mengetahui tempat ini, dan tiada seorang yang dapat mengetahui kawasan di atasnya kecuali Baginda Rasulullah SAW.
Tafsiran Imam Nawawi tersebut menunjukkan ketinggian ilmu, darjat & kerohanian Rasulullah SAW sudahpun melebihi Malaikat Jibril AS, ketika ini Bagindalah guru & Jibrillah murid!
6. Dibuktikan lagi mengenai Hadis JIBRIL yang mahsyur ketika Jibril yang datang sebagai murid bertanyakan soalan dihadapan gurunya Baginda saw tentang 4 Rukun Agama iaitu IMAN, ISLAM, IHSAN & ILMU KIAMAT. (Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim.
7. Sekiranya para sahabat R.Anhum memahami konteks IQRA seperti segolongan manusia yang memahami IQRA hanya baca sahaja tanpa merujuk kepada guru..
Mengapa keseluruhan quran dan hadis begitu banyak lafaz yang menyebut "Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang sekian sekian.." dan lafaz yang berbunyi begini..
"Wahai Rasulullah, apakah sekian.." , "bilakah sekian..", "bagaimanakah sekian.." dan lafaz lafaz yang menunjukkan sedemikian rupa?
Mengapa para sahabat R.hum tidak terus langsung membaca Quran sahaja tanpa merujuk guru agung mereka Baginda saw?
Oleh itu, dapatlah kita fahami bahawa disini menunjukkan betapa pentingnya bertanya, kerana datangnya ILMU yang tepat itu apabila bertanya & merujuk kepada Guru yang HAQ.
KESIMPULANNYA.. Dengan TUJUH Dalil ini kami kira telahpun cukup buat memperbetulkan kesalahfaham dikalangan manusia yang berpandangan cukup hanya bertadabbur AL QURAN tanpa perlu merujuk kepada Ahli Quran yang menerima ILMU daripada para guru yang bersanad dalam memahami tafsiran tepat & meyakinkan.
Apa yang dikhuatiri bila bertadabbur tanpa asas Ilmu yang kukuh, pemahaman tersebut tidak menepati maksud kehendak Allah & Rasulnya berpandukan Tafsiran Para Ulama yang muktabar.
Lebih bahaya lagi jika berani mendahulukan aqal melebihi pehamaman keseluruhan ALQURAN & Hadis sepertimana fahaman yang disepakati kesesatannya oleh Pakar Ilmuan TAFSIR Bahagian Aqidah iaitu Ulama Ahlus sunnah wal jamaah Aliran Asyaairah wal Maturidiyyah, seperti fahaman muktazilah, jabariyyah, mujassimah, qodiriyyah & sebagainya.
Wallahu alam bissowaab, wa Ilallahil musta'an
Artikel ini disediakan oleh Ustaz Ahmad Muslim Al Hafiz
(Pembimbing Akademi Al Quraani AAQ)
Ingin bertadabbur bersama bimbingan AAQ?
Jemput Join Channel Telegram bersama Akademi Al Quraani
https://t.me/akademiAlquraanichannel
12/07/2023
25/06/2023
07/06/2023
02/06/2023
26/05/2023
19/05/2023
16/05/2023
14/05/2023