24/05/2026
Menu sahur pagi ni: Nasi Goreng Kambing. 🍛🐐✨
Alhamdulillah, syukur atas nikmat rezeki anak2 banat MATAHA berpuasa sunat Tarwiyyah hari ni sempena 8 zulhijjah..
Petang ni anak2 semua akan mula cuti Raya.. pakat senyum sampai telinga masing2.. Di sebalik kegembiraan ini, moga kita tidak lupa makna sebuah pengorbanan.. Semoga Allah Taala menerima setiap titis keringat dan pengorbanan kita semua, serta melimpahkan keberkahan yang tak putus2..
Semoga Allah menerima segala amal ibadah dan pengorbanan kita semua tahun ini..
Selamat Hari Raya Aidiladha! 🌙❤️
Hari Tarwiyyah puasa dihayati,
Nasi goreng kambing penyedap rasa;
Anak-anak MATAHA sedia bercuti,
Selamat p**ang menyambut Aidiladha
Senyum sampai ke telinga masing-masing petang ni nak balik kampung halaman! ✨
22/05/2026
Alhamdulillah Allahuakbar..
Projek pembinaan kelas dan naik taraf rumah Asatizah terus digerakkan di lebihan tanah sedia ada..
Jazakumullah Khairol waahsanal Jaza' buat dermawan2 dari dalam dan luar negara secara offline atau online yang bertahun2 berinfaq demi menyokong Dan mendukung generasi Al Quran di MTAHA.. Allah sahajalah saksi dan sebaik2 pembalas atas infaq kalian dengan diberi keluarga bahagia dan seluruh keluarga dimasukkan ke dalam Syurga tertinggi tanpa hisab..dikurniakan zuriat soleh solehah..Allahumma Amin..
01/04/2026
Alhamdulillah, selamat kembali buat semua banat MATAHA.. Syabas kerana kembali mengikut jadual yang telah ditetapkan.. Disiplin dan ketepatan masa adalah langkah pertama menuju keberkatan ilmu..
Semoga langkah kembali ke 'penjara suci' ini disertakan dengan niat dan azam yang baru dan semangat yang kental untuk terus memburu redha Allah swt..
Semoga Allah memudahkan urusan hifz (hafalan) dan murojaah kalian sepanjang sesi ini.. Allahumma aamiin
Buat ibu² terima kasih atas pemberian buah tangan untuk kami..
15/03/2026
Satu persatu pelajar meninggalkan 'penjara suci' ini, kembali ke pangkuan keluarga untuk meraikan penghujung Ramadan dan menyambut Syawal yang bakal tiba. 🌙✨
Pesanan buat anak-anak didik:
Istiqamah: Jangan tinggalkan amalan yang telah sebati di madrasah.
Adab & Akhlak: Jadilah cerminan peribadi yang mulia di mata keluarga dan masyarakat.
Penjaga Aurat: Kekalkan kesucian diri di mana jua berada.
Selamat p**ang, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin..
03/03/2026
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ.. ✍️✨
اجواء ألإمتحان للفترة الأخيرة لعام ١٤٤٦/١٤٤٧ھ الموافق ٢٠٢٥/٢٠٢٦م
نسأل الله تعالى لبناتنا التوفيق والنجاح وأن يفتح عليهن فتوح العارفين
Fokus dan tenang. ✨
Sekitar suasana Imtihan Penggal akhir di Madrasah Tahfiz Al-Hur Al-'Ain Lilbanat, Jalan Kebun.. Semoga Allah memberkati setiap usaha dan titisan ilmu yang dipelajari..
All the best, anak-anak solehah!
اللهم يسر ولا تعسر
01/03/2026
TAJAAN INFAK BERBUKA & SUMBANGAN RAMADAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ MADRASAH ALHUR ALAIN LILBANAT JALAN KEBUN
Semoga ada Hamba Allah yang baik hati yang melihat video dapat bersama kami untuk menjayakan mereka disini menjadi hafizah Al Quran yang berjaya
Untuk sebarang infak/sedekah/wakaf atau pertanyaan boleh ke maklumat tertera :
AL HURAIYAH RESOURCES
AFFIN BANK
106740013895
Lokasi kami
Lot 3297, Lorong Abu Bakar,
Jln Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor |
0102305339 Ustaz Zambri (Pengerusi)
27/02/2026
🌟 JOM INFAQ UNTUK AKHIRAT 🌟
Madrasah Tahfiz AlHur Al'Ain Lilbanat Jalan Kebun kini sedang dalam usaha pembinaan & baik pulih demi keselesaan para pelajar menuntut ilmu agama.
Alhamdulillah sekarang proses pembinaan berada di fasa akhir..kami Masih memerlukan dana anggaran rm80k lagi..
Ini peluang untuk kita sama-sama menyumbang dan merebut pahala berpanjangan — selagi tempat ini digunakan untuk mengajar dan belajar al-Quran, ilmu dan ibadah, selagi itulah pahala terus mengalir untuk anda, walaupun setelah kita tiada.
📿 “Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya.” (HR Muslim)
💳 Sumbangan boleh dibuat terus ke acc
ALHURAIYAH RESOURCES
Affin bank
106740013895
🤲 Semoga setiap sumbangan anda menjadi asbab rahmat & keberkatan hidup dunia akhirat Dan menjadi asbab kelepasan daripada kesusahan di alam kubur Dan di padang mahsyar Aamiin Allahumma aamiin
Aamiin ya Rabb.