PIBG SRA JALAN KEBUN

PIBG SRA JALAN KEBUN Memberi maklumat berkaitan SRAJK

Semoga menjadi aspirasi kepada yang lain untuk terus berkolaborasi dengan SRAJK.
17/07/2026

Semoga menjadi aspirasi kepada yang lain untuk terus berkolaborasi dengan SRAJK.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُKeputusan Penuh KAMIL SAN BPI JAIS Peringkat Negeri Selangor Tahun 2...
11/07/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Keputusan Penuh KAMIL SAN BPI JAIS Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 bagi Kontijen SRA Jalan kebun.

Senarai acara yang berjaya pada KAMIL SAN BPI JAIS Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 :

1. Azan dan Iqamah 🥇
2. ⁠Solat Jenazah (L) 🥇

Tahniah dan syabas di ucapkan kepada semua Barisan Pentadbiran, PIBG, Guru pembimbing,ibu ayah dan peserta bagi Kontijen SRA Jalan Kebun di atas kejayaan di Program KAMIL SAN BPI JAIS Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 pada hari ini.

Tahniah dan syabas di ucapkan sekali lagi 🤗

Sekian Harap Maklum
Terima Kasih

📢 HEBAHAN PROGRAM PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAIAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.PIBG S...
11/07/2026

📢 HEBAHAN PROGRAM PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

PIBG SRA Jalan Kebun dengan sukacitanya menjemput seluruh warga komuniti untuk menyertai Program 1 Murid 1 Kilo Minyak Masak Terpakai yang berlangsung dari Januari hingga November 2026.

Program ini bertujuan untuk:
♻️ Menggalakkan amalan kitar semula.
🌱 Mendidik anak-anak tentang kepentingan menjaga alam sekitar sejak kecil.
🌍 Membantu memelihara alam sekitar dengan pelupusan minyak masak terpakai secara betul.
🤝 Menambah Dana Amal Khair PIBG bagi menyokong aktiviti kebajikan dan pembangunan sekolah.

Cara Penyertaan:
✅ Sumbangkan minyak masak terpakai di dalam botol plastik yang bertutup rapat (contohnya botol minyak masak atau botol air mineral).
✅ Pastikan minyak tidak bercampur air.
✅ Botol yang disumbangkan tidak akan dipulangkan.
✅ Semua minyak akan dikutip oleh ejen sah.
✅ Hasil jualan akan disalurkan terus ke akaun PIBG.
✅ Tiada had minimum atau maksimum jumlah sumbangan.

📍 Tempat Pengumpulan: Sekolah Rendah Agama Jalan Kebun, Jalan Haji Bakri (Pintu pagar kecil bersebelahan pintu pagar utama)

Semoga usaha kecil ini menjadi manfaat besar kepada alam sekitar serta memberi sumbangan berterusan kepada pembangunan pendidikan anak-anak kita.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 En. Rahman – 019-204 6712
📞 En. Rasidi – 012-777 0307

Mohon jasa baik semua untuk turut serta dan sebarkan hebahan ini kepada keluarga, jiran serta rakan-rakan. Terima kasih atas sokongan anda.

06/07/2026
📢 MAKLUMAN HARI DISKUSI AKADEMIK TAHUN 2026Adalah dimaklumkan bahawa Hari Diskusi Akademik Tahun 2026 akan diadakan sepe...
24/06/2026

📢 MAKLUMAN HARI DISKUSI AKADEMIK TAHUN 2026

Adalah dimaklumkan bahawa Hari Diskusi Akademik Tahun 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 3 Julai 2026 (Jumaat)

🕗 Masa :

🔷Sesi pagi : 8:00 pagi – 10:30 pagi
🔷 Sesi petang : 2:30 petang - 5:00 petang

📍 Tempat: Kelas anak masing-masing

Sehubungan itu, ibu bapa/penjaga dijemput hadir bagi berbincang dengan guru kelas mengenai prestasi akademik serta perkembangan pembelajaran anak-anak.

Kerjasama dan kehadiran pihak tuan/puan amat dihargai bagi memastikan kecemerlangan anak-anak dapat dipertingkatkan.

Sekian, dimakumkan.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُKepada :Ibubapa/Penjaga semua murid,SRA Jalan Kebun.MAKLUMAN CUTI SE...
15/06/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kepada :
Ibubapa/Penjaga semua murid,
SRA Jalan Kebun.

MAKLUMAN CUTI SEMPENA AWAL MUHARRAM 1448H TAHUN 2026

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa SRA Jalan Kebun akan bercuti pada 17 Jun 2026 (Rabu).

Sesi persekolahan akan bermula seperti biasa pada 18 Jun 2026 (Khamis).

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Selain pihak sekolah...ibu bapa juga perlu ingatkan & nasihat anak-anak supaya JANGAN BUAT GURAUAN MELAMPAU ni.
13/05/2026

Selain pihak sekolah...ibu bapa juga perlu ingatkan & nasihat anak-anak supaya JANGAN BUAT GURAUAN MELAMPAU ni.

📣 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏 𝐒𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐅𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕 📣‼️ Permohonan dilakukan secara dalam talian melalui pau...
09/03/2026

📣 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏 𝐒𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐅𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕 📣

‼️ Permohonan dilakukan secara dalam talian melalui pautan :
https://mylink.la/upsbpi

📆 bermula 𝟵 𝗠𝗔𝗖 𝗦𝗘𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝟯𝟬 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 :
🔴 Calon, Ibu dan Bapa adalah 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
🔴 Lahir 𝟮 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟭 - 𝟭 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮 ( 𝗞𝗼𝗵𝗼𝗿𝘁 𝟲 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻)
🔴 Lahir 𝟮 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟬 - 𝟭 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟭 (𝗞𝗼𝗵𝗼𝗿𝘁 𝟳 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻)
🔴 𝗧𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮

‼️ 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 ‼️

Baca dengan teliti syarat dan maklumat yang dipaparkan dan ikut setiap arahan yang dinyatakan agar proses permohonan pendaftaran berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.





28/02/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kepada semua ibu bapa SRA Jalan Kebun, Klang.

PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI _’1 KILO 1 MURID’_ ANJURAN PIBG SRA JALAN KEBUN, KLANG🛢️

Merujuk perkara di atas, ibu bapa yang mempunyai minyak masak terpakai di rumah, boleh di bawa ke sekolah pada ketetapan berikut :-

Hari : Sepanjang waktu persekolahan
Masa : Mengikut sesi waktu kehadiran murid

📌Tempat pengumpulan minyak masak terpakai berada di sebelah hujung garaj basikal murid SRA Jalan Kebun.

Semoga dengan pengumpulan minyak masak terpakai ini dapat menambah dana bagi membantu pembangunan prasarana sekolah SRA Jalan Kebun.

Dengar besar hati, diminta warga Penduduk Kampung Jalan Kebun juga dialu-alukankan untuk menyumbang minyak masak terpakai ini.

Sekian terima kasih.



Duwa Po Cent
M Rasidi J***t
Kampung Jalan Kebun
Jalan kebun shah alam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 🌹Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid atas keputusan UPKK yang telah dicapai....
28/02/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 🌹

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid atas keputusan UPKK yang telah dicapai. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, para guru atas dedikasi dan bimbingan yang berterusan, serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru2 yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran pengurusan dan pelaksanaan UPKK. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan.


Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SRA JALAN KEBUN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category