Ramai sini yang teringin nak belajar mengaji secara online?
Genius Qura' - Learning Centre
Celik Al-quran dengan bacaan bertajwid
15/07/2019
Kita perlu makan&minum setiap hari. Bila tak makan fizikal kita lemah. Begitu juga dengan baca Quran. Kita perlu baca setiap hari kalau tak baca rohani kita lemah.
Beza tak makan/minum sehari kita boleh nampak. Tak baca Quran sehari kita tak boleh nampak tapi kita boleh rasa.
Antara benda yang kita rasa. Kita tak well performance dalam apa yang kita tengah buat.
Jom baca quran walau satu hari satu muka.
20/06/2019
Ramai orang tak upaya mampu baca Alquran setiap hari.
Persoalannya kita bagaimana? Adakah setiap hari kita ambil dan baca quran?
Moga kita mengmbil iktibar.
Kisah dalam surah Al-Fiil. Sebuah video yang berkesan.
Ayat 1
“Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?”
Allah menjaga Baitullah daripada serangan tentera bergajah.
sumber : Ustaz Abdul Somad
31/05/2019
Jangan Gaduh-gaduh Balik Kampung: Suami Mentor, Bukan Diktator
1. Asas bagi rumah tangga ialah “المعاشرة بالمعروف” iaitu bergaul dengan cara yang baik, saling berdampingan, bertoleransi, bersikap adil dan bertimbang rasa, tanpa menzalimi antara satu sama lain.
Firman Allah:
وَلَهُنَّ مِثۡلُ ٱلَّذِى عَلَيۡہِنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ
“Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)” [al-Baqarah: 228].
2. Setiap suami-isteri ada situasi, keinginan, keperluan, dan pandangan masing-masing yang barangkali tidak sekapal dengan pasangannya.
Justeru hendaklah keduanya mencari titik persetujuan, saling bertimbang rasa, saling memepermudah, saling berkhidmat, dan saling membahagiakan.
3. Benar suami adalah pemimpin keluarga, namun Allah memerintahkan para suami untuk bersahabat dengan isteri dengan baik lagi bijaksana.
Firman Allah:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ
“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu itu) dengan cara yang baik” [al-Nisa’: 19].
Suami yang jauh dari petunjuk Allah ialah suami yang mengabaikan konsep “Ihsan” dalam memimpin, sehingga mengabaikan apa yang dimahu atau diperlukan isteri sebagaimana yang suami juga mahu atau perlukan.
Ihsan itu ada unsur “saling” antara dua pihak sebagaimana ketika beribadah yang saling “melihat”, iaitu seorang hamba itu seolah-oleh melihat Allah dan merasakan diri dilihat-Nya [riwayat Muslim].
4. Suami bukan diktator.
Ramai para suami yang tersilap tatkala menyangka bahawa bertoleransi, atau berlembut pada tempatnya, atau berinteraksi baik bersama isteri itu petanda kelemahan suami atau “takut bini” (GTB), lalu tidak kurang yang bersikap keras seperti sang diktator yang tidak memberi peluang untuk membincangkan keputusan secara bersama.
Apa yang diputuskan si suami itulah keputusan mutlak yang tiada ruang berbincang atau “rayuan”.
Itulah tanda kelakian!
5. Bukanlah hal tersebut sebahagian dari akhlak Islam yang mulia, kerana kemuliaan suami itu ialah mereka yang gagah di luar rumah memenangi tanggungjawabnya, namun kadangkala “lemah” tewas bersama keluarganya di rumah.
‘Umar bin al-Khattab RA yang terkenal akan ketegasan dan kegagahannya pernah berkata: “Suami seharusnya menjadi seperti anak-anak (yang manja) ketika bersama keluarganya, namun tatkala mereka mencari-cari (memerlukan) sesuatu darinya, mereka mendapatinya seorang lelaki (yang gagah lagi bertanggungjawab)!” [Ihya’ ‘Ulum al-Din].
6. Jangan lupa bahawa Rasulullah SAW merupakan contoh suami teladan, dan baginda pernah berkata:
خَيْرُكُم خَيْرُكُم لِأَهْلِه، وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي
“Sebaik-baik kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kalian terhadap isteriku” [riwayat al-Tirmidzi & Ibn Majah].
Pesan baginda lagi:
أَكْمَلُ المُؤْمِنِيْنَ إِيمَاناً أَحَاسِنُهُم أَخْلَاقاً، وَخِيَارُكُم خِيَارُكُم لِنِسَائِهِم
“Orang beriman yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik terhadap isteri mereka” [riwayat Ahmad].
7. Jadilah suami mentor yang menjadi tauladan bagi isteri.
Sebagaimana dia memperlakukan isterinya, begitulah yang akan dia dapat dari isterinya hasil tunjuk ajarnya.
Firman Allah:
هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَـٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَـٰنُ؟
“Bukankah tidak ada balasan bagi kebaikan itu melainkan balasan yang baik jua?” [al-Rahman: 60].
Jika suami mengambil berat keluarga isterinya, isterinya juga akan mengambil berat keluarganya, malah lebih lagi.
Jika suami menjaga kebajikan isterinya, isterinya juga akan menjaga kebajikan suaminya, malah lebih lagi.
Kerana pada isteri itu ada kasih setia yang lebih tulus dari kebanyakan para suami, dan pada isteri itu ada “tabiat” tersendiri yang jarang dimiliki sang suami, iaitu balasan berganda!
8. Bincanglah dengan baik, rancanglah dengan berhemah. Pertimbangkanlah dengan menjaga maslahat yang terbaik.
Situasi setiap keluarga barangkali berbeza. Mungkin adakala giliran diperlukan, adakala tidak mampu dilakukan.
Kedua pihak perlu saling memahami dan adakala perlu berkorban.
Itulah erti keluarga.
-Dr. Kamilin Jamilin-
Jom Betulkan bacaan Al-Fatihah.
Membaca al-Fatihah adalah rukun qauli dalam ibadat solat.Jadi mari kita sama-sama betulkan bacaan Alfatihah kita..
Genius Qura' - Learning Centre
Masih berbaki Ramadhan.. Jom kita konsisten beribadah hingga sampai ke akhir..
30/05/2019
"...INI ANTARA ADAB BILA MANA BERAYA DI RUMAH ORANG...."
1. Jangan datang rumah org awal sangat. Orang masih solat raya. (hari pertama syawal)
,
2. Pastikan anak² x ambik angpau sampai 4 5 kali.. pengsan tuan rumah.
3. Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah dah pakai baju kelawar.
4. Jangan tanya kenapa baju tuan rumah sama dengann langsir. Barang sekarang semua mahal. Kena berjimat sikit.. tau tak?
5. Jangan sibuk tanya org bila nak kawin. Kalau dah kawin sibuk tanya bila nak ada anak. Bosan org nak jawab. Lain kali bawak je recorder.
6. Jangan pandai² tukar channel tv rumah org. Dah diorang sefamily minat Hindustan, jangan pandai² nak tukar astro ceria.
7. Jangan pakai baju sedondon sangat ramai2, nanti macam kumpulan dikir barat.
8. Jangan terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya, dapur macam tongkang pecah.
9. Budak² jangan buka angpow depan tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah sama dengan warna duit RM1.
10. Orang hidang, air terus minum tak payah nak cakap banyak.
11. Jangan tumpang berhadas kecik/besar kalau tak pandai nak flush.
12. Kalau termakan kuih basi or berkulat, telan ja. Jangan cuba nak selit kuih tu kat sofa atau pasu rumah org. Tak baik. Tau tak?
13. Jangan mintak password wifi rumah orang.
14. Jangan sibuk tanya kuih raya tuan rumah beli ke buat.. makan je sudah.
15. Dah tu jangan tanya kuih tu beli kat mana.. berapa ringgit..jangan sibuk sgt ok.
16. Jangan tinggal pampers anak dlm bilik air umah orang. Dah tuan rumah lak nak kena kutip buang. Amik buang terus dlm tong sampah...paham ke ni ?
17. Jangan duduk lama sangat beraya rumah org tu... Org lain pun nak raya gak ok.
18. Jangan lupa tambah lagi apa yang anda rasa sesuai..
p/s : sama-sama kita menjaga adab sewaktu hari raya nanti 😊. Oh raya-raya juga quran jangan lupa baca..
25/05/2019
Baca dan hayati. Serious lepas baca ni rasa takut sangat. Rasa macam mati tu dekat dah. Al Quran pun jarang baca. Ya Allah, AKU TAKUT.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
NO. 33A Jalan KRISTAL K 7/K SEKSYEN 7
Shah Alam
40000