Akademi Tahfiz Masjid Ltsaas

Akademi Tahfiz Masjid Ltsaas Akademi Tahfiz Masjid LTSAAS

No Perakuan Pendaftaran Penuh : 13S(8) 12/53
No Kod Sekolah : BZH8081

21/08/2026

Juz Amma AF ustaz Muhammad Iqbal Bin Baharum Shah

21/08/2026

Fiqh Solat Berjemaah Ustaz Luqman Danuri

๐Ÿ“š BENGKEL FIQH MUAMALAT KONTEMPORARI 2026 โ€“ SIRI 1Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Ingin memahami asas fiqh mu...
14/08/2026

๐Ÿ“š BENGKEL FIQH MUAMALAT KONTEMPORARI 2026 โ€“ SIRI 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ingin memahami asas fiqh muamalat secara tersusun dan berpandukan dalil? Jangan lepaskan peluang menyertai Bengkel Fiqh Muamalat Kontemporari 2026 โ€“ Siri 1 bersama Tuan Guru Ustaz Manan Lubis Bin Kasri, Penasihat Maahad Al-Mustofa & AJK Fatwa Wilayah Persekutuan.

๐Ÿ“– Tajuk Siri 1: Riba, Gharar & Maysir

๐Ÿ—“ Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 4.30 petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang Airport)
๐Ÿ’ป Turut disediakan secara Online (Zoom)

Yuran Penyertaan
๐Ÿ‘ฅ Fizikal: RM30 (termasuk sebuah buku Siri 1)
๐Ÿ’ป Online: RM10

๐Ÿ“Œ Daftar sekarang melalui Google Form:
https://forms.gle/69qyMPZSnr2CYoDL9

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan:
Ust. Iqbal โ€“ 013-200 7400

Tempat adalah terhad. Jemput ahli keluarga, sahabat dan rakan-rakan untuk sama-sama menimba ilmu fiqh muamalat yang amat penting dalam urusan kehidupan seharian.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุฌุนู„ ุงู„ู‚ุฑุขู† ุฑุจูŠุน ู‚ู„ูˆุจู†ุง ูˆู†ูˆุฑ ุตุฏูˆุฑู†ุง ูˆุฌู„ุงุก ุฃุญุฒุงู†ู†ุงSemoga al-Quran menjadi sahabat kita di dunia, cahaya di dalam ku...
10/08/2026

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุฌุนู„ ุงู„ู‚ุฑุขู† ุฑุจูŠุน ู‚ู„ูˆุจู†ุง ูˆู†ูˆุฑ ุตุฏูˆุฑู†ุง ูˆุฌู„ุงุก ุฃุญุฒุงู†ู†ุง

Semoga al-Quran menjadi sahabat kita di dunia, cahaya di dalam kubur dan syafaat buat kita di akhirat. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Alhamdulillah, semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.๐Ÿคฒ ุงู„ู„ู‡ู… ุชู‚ุจู„ ุนู…ุฑุชู‡ ูˆุงุฌุนู„ู‡ุง ุนู…...
10/08/2026

Alhamdulillah, semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.

๐Ÿคฒ ุงู„ู„ู‡ู… ุชู‚ุจู„ ุนู…ุฑุชู‡ ูˆุงุฌุนู„ู‡ุง ุนู…ุฑุฉู‹ ู…ู‚ุจูˆู„ุฉู‹ ู…ุจุฑูˆุฑุฉู‹

โ€œYa Allah, terimalah umrahnya dan jadikanlah umrahnya sebagai umrah yang maqbulah lagi mabrurah.โ€

Semoga dikurniakan Umrah Maqbulah, segala doa dimustajabkan, dosa-dosa diampunkan, serta pulang ke tanah air dengan hati yang lebih dekat kepada Allah SWT.

ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ุตุงู„ุญ ุงู„ุฃุนู…ุงู„ ๐Ÿคฒ๐Ÿ•‹

Selamat Perjalanan Umrah buat pelajar-pelajar Akademi Tahfiz Masjid Subang Airport.Sampaikan Salam Rindu kami Baginda Ra...
10/08/2026

Selamat Perjalanan Umrah buat pelajar-pelajar Akademi Tahfiz Masjid Subang Airport.

Sampaikan Salam Rindu kami Baginda Rasulullah.

KEBUN TAHFIZ โ€“ MENYEMAI ILMU, MENUAI MANFAAT Alhamdulillah, aktiviti Kebun Tahfiz terus menjadi ruang pembelajaran yang ...
05/08/2026

KEBUN TAHFIZ โ€“ MENYEMAI ILMU, MENUAI MANFAAT

Alhamdulillah, aktiviti Kebun Tahfiz terus menjadi ruang pembelajaran yang mendidik para pelajar untuk mengenali nilai usaha, kesabaran, disiplin dan tanggungjawab.

Melalui aktiviti bercucuk tanam, para pelajar bukan sahaja belajar menjaga tanaman, malah memahami bahawa setiap hasil yang baik memerlukan usaha yang berterusan, penjagaan yang rapi serta kesabaran.

Semoga Kebun Tahfiz ini menjadi medan pembelajaran yang bermanfaat, menyuburkan jiwa, mengeratkan ukhuwah dan melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak serta berdikari.

โ€œBercucuk tanam dengan tangan, menyuburkan iman dalam jiwa.โ€

UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIHุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ูPihak Akademi Tahfiz Masjid Lapangan Terbang Sulta...
28/07/2026

UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Pihak Akademi Tahfiz Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Majlis Belia Tahfiz Negeri Selangor, Majlis Belia Tahfiz Malaysia, Kolej Vokasional Shah Alam, PERKESO, para tenaga pengajar serta semua rakan strategik yang telah menjayakan Program Keusahawanan Belia Bestari (B-BEST) โ€“ Kursus Asas Kimpalan.

Program yang bermanfaat ini telah membuka ruang kepada para pelajar untuk menimba ilmu kemahiran teknikal, membina keyakinan diri serta meningkatkan kebolehpasaran mereka sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan dan keusahawanan.

Semoga segala usaha, kerjasama dan sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang diberkati Allah SWT serta menjadi asbab lahirnya generasi belia yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

"Kemahiran Hari Ini, Kejayaan Esok."
Jazakumullahu Khairan Kathira. Semoga Allah SWT memberkati dan membalas segala jasa dengan sebaik-baik ganjaran. Aamiin.

๐Ÿ“ข PENGAMBILAN PELAJAR SYAHADAH โ€“ GENERASI PERTAMA ๐Ÿ“ขโœจ Peluang menyambung pengajian ditaja sepenuhnya!Akademi Tahfiz Masji...
21/07/2026

๐Ÿ“ข PENGAMBILAN PELAJAR SYAHADAH โ€“ GENERASI PERTAMA ๐Ÿ“ข

โœจ Peluang menyambung pengajian ditaja sepenuhnya!

Akademi Tahfiz Masjid Lapangan Terbang Subang kini membuka pengambilan Pelajar Syahadah Generasi Pertama kepada calon yang benar-benar bersedia untuk mendalami ilmu al-Quran dan tarbiah.

Kriteria calon:
- Khatam 30 juzuk
- Mampu membaca sekurang-kurangnya 1 juzuk sehari
- Tiada hafalan yang lupa
- Bebas daripada rekod disiplin dan jenayah
- Bersedia untuk ditarbiah
- Mempunyai keinginan sendiri untuk belajar
- Lulus sesi temu duga

Keistimewaan:
- Pengajian ditaja sepenuhnya
- Guru yang berkualiti dan berkelayakan
- Peluang mendapatkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM)
- Peluang menyertai pertandingan hafazan

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran.

๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ust. Iqbal 013-200 7400

"Membina Huffaz Berkualiti, Pewaris Ulama."

Kelas Pertanian Sedang BerlangsungAlhamdulillah, sesi pembelajaran pertanian sedang berjalan dengan penuh semangat. Para...
21/07/2026

Kelas Pertanian Sedang Berlangsung

Alhamdulillah, sesi pembelajaran pertanian sedang berjalan dengan penuh semangat. Para peserta berpeluang menimba ilmu serta mempelajari teknik-teknik asas pertanian yang praktikal dan bermanfaat.

Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan untuk diamalkan, seterusnya menyumbang kepada pembangunan pertanian yang mampan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Address

Akademi Tahfiz Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
Shah Alam
47200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Tahfiz Masjid Ltsaas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Tahfiz Masjid Ltsaas:

Shortcuts

Share

Category