Maahad Tahfiz AlQur'an Alislah-MTQI-Shah Alam

Maahad Tahfiz AlQur'an Alislah-MTQI-Shah Alam Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI) merupakan sebuah Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS). MTQI beroperasi di Seksyen 7 Shah Alam.

No Pendaftaran JAIS : 13S(8)1/42
Kod Sekolah : BZH8002 Jom melabur dalam SAHAM yang akan terus mengalir....
yg berminat utk menaja pelajar & memberi sumbangan
ACC BIMB 12-0380-1003-3648
Tunai @ Cek atas nama MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ISLAH

✨ SALAM NUZUL AL-QUR’AN ✨17 Ramadhan merupakan hari yang sangat istimewa dalam sejarah Islam — hari turunnya wahyu perta...
07/03/2026

✨ SALAM NUZUL AL-QUR’AN ✨

17 Ramadhan merupakan hari yang sangat istimewa dalam sejarah Islam — hari turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk buat seluruh umat manusia.

Al-Qur’an bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.

Semoga peristiwa Nuzul Al-Qur’an ini mengingatkan kita semua untuk:
📖 Mendekatkan diri dengan Al-Qur’an
🤲 Menghidupkan amalan sepanjang Ramadhan
💛 Menjadikan Al-Qur’an sebagai panduan hidup

Semoga hati kita sentiasa diterangi dengan cahaya Al-Qur’an.

Ikhlas daripada
Pengerusi & Seluruh Warga Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah

⚠️ 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗮𝘂𝗻𝘁𝗲𝗿 𝘇𝗮𝗸𝗮𝘁? 𝗧𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝘀𝗶𝗯𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮?💻 Tunaikan Zakat Fitrah secara online!✔️ Resit rasmi Lembaga Z...
02/03/2026

⚠️ 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗮𝘂𝗻𝘁𝗲𝗿 𝘇𝗮𝗸𝗮𝘁? 𝗧𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝘀𝗶𝗯𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮?
💻 Tunaikan Zakat Fitrah secara online!
✔️ Resit rasmi Lembaga Zakat Selangor
✔️ Cepat, mudah dan diyakini
✔️ Pelbagai Kaedah Pembayaran
✔️ 100% Sah & Patuh Syariah
📲 Bayar Zakat Fitrah anda sekarang ! 👇

https://catalog.billplz.com/amillzs/zf/tunaifitrah

𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐆𝐔𝐋𝐀-𝐆𝐔𝐋𝐀 𝐒𝐈𝐅𝐈𝐑️ TARIKH: 28 Februari 2026🌤️ HARI: Sabtu TEMPAT: Dewan Akademi Al-Islah, Worldwide@7Alham...
01/03/2026

𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐆𝐔𝐋𝐀-𝐆𝐔𝐋𝐀 𝐒𝐈𝐅𝐈𝐑

️ TARIKH: 28 Februari 2026
🌤️ HARI: Sabtu
TEMPAT: Dewan Akademi Al-Islah, Worldwide@7

Alhamdulillah pada hari Sabtu 28 Februari 2026 semalam, pihak MTQI Shah Alam telah mengadakan Bengkel Matematik yang disampaikan oleh Ustaz Zam Penceramah Motivasi Matematik dan pengusaha Pusat Matematik kaedah Pentagon.

Alhamdulillah..kelihatan anak2 didik MTQI kelihatan seronok mengikuti yang diadakan. Walaupun anak2 pelajar kami disajikan gula-gula disiang hari Ramadan, insyaa Allah.. tidak membatalkan puasa😄

Alhamdulillah terima kasih kepada Restoran Chicken Rice Guys kerana sudi menjemput dan menjamu pelajar Maahad Tahfiz Al-...
21/02/2026

Alhamdulillah terima kasih kepada Restoran Chicken Rice Guys kerana sudi menjemput dan menjamu pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah berbuka puasa di Restoran. Semoga amal murni ini dapat diterima dan sentiasa dimurahkan rezeki selalu dalam perniagaan Restoran 🤲🏻🤲🏻🤲🏻

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗛𝗔𝗠𝗔𝗥𝗘 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣 & 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 𝗚𝗔𝗭𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔Alhamdulillah, sebelum Ramadan lalu sempat mengadakan ...
20/02/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗛𝗔𝗠𝗔𝗥𝗘 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣 & 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 𝗚𝗔𝗭𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

Alhamdulillah, sebelum Ramadan lalu sempat mengadakan program bagi pelajar2 MTQI Shah Alam seperti berikut.

🗣️ Istimewa @ Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah

🔥 Sesi Perkongsian Khas Bersama Penulis Buku : Cinta Bumi Palestin 🌙

Masa: 10.00am
Tarikh: 15 Februari 2026 (Ahad)
Tempat: Surau Al-Islah, Seksyen 7, Shah Alam

Pelajar2 diberi pendedahan tentang Bumi Gaza dan kewajipan sebagai Muslim.



Marhaban Ya Ramadhan 1447H 🌙Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al...
18/02/2026

Marhaban Ya Ramadhan 1447H 🌙

Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1447H kepada seluruh umat Islam.

Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna buat kita semua untuk memperbaiki diri, memperbanyakkan amal ibadah serta mendekatkan hati kepada Allah SWT.

Kami di MTQI mendoakan agar semua dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati dan kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa serta qiyam dengan penuh keikhlasan.

Ikhlas daripada
Pengerusi & Seluruh Warga
Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI)

Alhamdulillah hari ni merupakan hari pertama pelajar FasTrack SPM MTQI menghadiri kelas tambahan di SRAI Seksyen 7 Shah ...
14/02/2026

Alhamdulillah hari ni merupakan hari pertama pelajar FasTrack SPM MTQI menghadiri kelas tambahan di SRAI Seksyen 7 Shah alam. Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Pihak PITAS dan JAIS yang menjalankan program ini saban tahun yang membantu generasi Huffaz itu ikut arus perdana menduduki ujian SPM. Semoga pelajar-pelajar dapat menimba ilmu dan memantapkan lagi persiapan mereka untuk menempuh ujian SPM.

Reunion Alumni MTQIAlhamdulillah pada 8 Februari 2026, Alumni MTQI mengadakan Majlis Reunion Alumni MTQI di dewan Akadem...
08/02/2026

Reunion Alumni MTQI

Alhamdulillah pada 8 Februari 2026, Alumni MTQI mengadakan Majlis Reunion Alumni MTQI di dewan Akademi Al-Islah Seksyen 7 Shah alam. Majlis ini juga turut dihadiri oleh pengurusan MTQI dan Pengerusi MTQI DPP. Seramai menghampiri 30 orang lebih alumni yang hadir dan mengimarahkan majlis. Semoga dengan usaha yang kecil ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara alumni dan pengurusan MTQI.

https://www.mtqi.edu.my/aktiviti/
https://www.mtqi.edu.my/aktiviti/
https://www.mtqi.edu.my/aktiviti/

Lawatan Penanda Aras ke Maahad Tahfiz Sulaimaniyah, Shah Alam.Alhamdulillah pada 6 Februari 2026 pihak pengurusan MTQI b...
08/02/2026

Lawatan Penanda Aras ke Maahad Tahfiz Sulaimaniyah, Shah Alam.

Alhamdulillah pada 6 Februari 2026 pihak pengurusan MTQI bersama beberapa asatizah mengadakan lawatan penanda aras ke Maahad Tahfiz Sulaimaniyah Shah Alam. Alhamdulillah banyak perkara positif yang dapat diambil daripada Tahfiz yang sudah 100 tahun beroperasi yang berasal dari Turkey. Semoga usaha yang kecil ini merupakan salah satu asbab dapat meningkatkan pendidikan Tahfiz di Malaysia.

https://www.mtqi.edu.my/aktiviti/
https://www.mtqi.edu.my/aktiviti/
https://www.mtqi.edu.my/aktiviti/

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU FAST TRACK SPM 2026Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah dengan sukacitanya membuka peluang kepada ...
25/09/2025

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU FAST TRACK SPM 2026

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah dengan sukacitanya membuka peluang kepada pelajar yang berkelayakan untuk menyertai Program Fast Track SPM Sesi 2026.

Syarat Kemasukan:
1. Warganegara Malaysia
2. Minimum 10 juz hafazan Al-Quran
3. Berakhlak mulia
4. Berumur 17 tahun ke atas
5. Tiada masalah disiplin
6. Lulus temudugaa

📖 Program ini menggabungkan hafazan Al-Quran dengan akademik intensif bagi persediaan SPM dalam tempoh singkat.
Pendaftaran kini dibuka dan tempat adalah terhad.

Untuk pertanyaan sila klik link di bawah:
Ustaz Umair : www.wasap.my/601123047892/FASTTRACKSPM26
Ustaz Umair : www.wasap.my/601123047892/FASTTRACKSPM26
Ustaz Umair : www.wasap.my/601123047892/FASTTRACKSPM26

Untuk pendaftaran sila klik link di bawah
Website Kami : https://www.mtqi.edu.my/pendaftaran-fast-track-spm/
Website Kami : https://www.mtqi.edu.my/pendaftaran-fast-track-spm/
Website Kami : https://www.mtqi.edu.my/pendaftaran-fast-track-spm/

Address

A-07-1 Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29 Seksyen 7
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz AlQur'an Alislah-MTQI-Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz AlQur'an Alislah-MTQI-Shah Alam:

Shortcuts

Share