01/03/2022
SELASA | 1 MAC 2022 | 27 Rejab 1443
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam GSS UiTM Shah Alam.
[PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ]
Merujuk perkara di atas, kami dari pimpinan Gabungan Siswa/i Serantau (GSS) UiTM Shah Alam ingin mengucapkan selamat memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj kepada semua warga UiTM dan umat Islam khususnya.
Peristiwa Israk dan Mikraj dipecahkan kepada dua perjalanan utama iaitu;
Al-Israk bermaksud, perjalanan Nabi Muhammad SAW dengan izin Allah SWT pada waktu malam hari dari Masjidil Haram, di Mekah Al-Mukarramah menuju ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin.
(Rujukan Quran Surah Al-Isra ayat 1)
Al-Mikraj p**a bermaksud naiknya baginda Nabi SAW ke langit, seterusnya ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan Allah SWT.
Perjalananan suci ini merupakan satu hadiah kepada Rasulullah kerana tahun itu merupakan tahun kesedihan baginda.
Pelbagai peristiwa penting terjadi semasa perjalanan baginda ini, antaranya baginda diberi kemuliaan dan ketinggian darjat oleh Allah SWT untuk menghadapNya di Sidratul Muntaha, diperlihatkan nikmat syurga dan azab neraka, dapat bertemu dengan para Nabi sebelum baginda dan menerima perintah solat yang pada asalnya 50 waktu dikurangkan kepada 5 waktu.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengingati dan menghayati kembali peristiwa yang penting ini, untuk mempertingkatkan kualiti iman, ibadah dan takwa kita bersumberkan hujah yang benar dari Al-Quran dan Assunnah.
Salam Israk Mikraj !
Sumber 📎 : https://muftiperlis.gov.my/index.php/khutbah?download=245:teks-khutbah-jumaat-ppn-25-februari-2022
Sekian, terima kasih.
Kepimpinan Pragmatis, Peneraju Kebersamaan
Yang menjalankan amanah,
BARISAN KEPIMPINAN
Gabungan Siswa/i Serantau
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Sesi 2021/2022
Credits:
Poster by June
Caption by Syahfikah
Posted by Branda