Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam terletak di dalam Bandaraya Shah Alam, ibu negeri Selangor berhampiran dengan Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Hotel Concorde. Walaupun usianya masih muda namun telah banyak kejayaan yang ditempa sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Kejayaan yang paling membanggakan adalah meraih tempat ke-16 pencapaian UPSR 2001 diperi
ngkat kebangsaan. Pada tahun 2011, SKS9 telah menempa sejarah kegemilangan setelah dianugerahkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Satu faktor yang menarik perhatian mengenai sekolah ini adalah dari segi reka bentuk bangunan sekolah ini yang dibina khas secara berkongsi kawasan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, reka bentuknya berlainan berbanding dengan sekolah-sekolah lain. Reka bentuk bangunannya besar tersergam dan mempunyai empat aras dengan infrastruktur yang lengkap dan menarik. Sejak sekolah ini dibuka, ia telah menjalankan dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang kerana pertambahan murid secara mendadak mengakibatkan bilik darjah tidak mencukupi. Pemimpin atau Guru Besar pertama di sekolah ini ialah Encik Hashim bin Salleh (Januari 1998 hingga Oktober 1998). Guru Besar seterusnya ialah Puan Hajah Jamaliah binti Aman ( November 1998 hingga bersara Oktober 2004 ). Manakala Puan Hajah Paridah Anum binti Tajudin telah mengambil alih tugas Guru Besar SK. Seksyen 9 mulai Disember 2004 sehingga 8 Januari 2012. Puan Hajah Normah binti Othman telah memulakan tugas sebagai Guru Besar SKS9 pada 1hb Februari 2012. SKS 9 mempunyai satu pasukan kerja yang terdiri daripada GPK, guru dan staf sokongan yang begitu komited dan rajin dalam menjalankan tugas. Tidak mustahil perjalanan sekolah ini begitu lancar dan bersistematik sehingga banyak meraih kejayaan dari segi kurikulum mahupun kokurikulum.