06/06/2026
SABTU | 6 JUN 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.
✨ [SELAMAT MAJU JAYA KEPADA AHLI PERWAKILAN PERSIDANGAN PARLIMEN MAHASISWA UiTM SE-MALAYSIA] ✨
Kami daripada Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Saudara Adib hazim, Saudara Arash Danish, Saudari Ainani Zahirah dan Saudari Maisya Sofea yang akan mewakili Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) sebagai Ahli Perwakilan dalam Persidangan Parlimen Mahasiswa UiTM Se-Malaysia.
📌 Tarikh: 6 Jun 2026 (Sabtu)
📌 Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
📌 Tempat: Dewan Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam
Semoga penyertaan dalam persidangan ini menjadi platform yang bermakna dalam memperkukuhkan kemahiran kepimpinan, pemikiran kritis, dan memberi peluang untuk menyuarakan pandangan serta aspirasi mahasiswa secara profesional. Diharapkan kedua-dua perwakilan dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat kepimpinan yang tinggi.
Sekian, terima kasih.
“MEMBINA LEGASI, MENERAJU ASPIRASI”
Yang menjalankan amanah,
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI
UITM SHAH ALAM
SESI 2026/2027
05/06/2026
JUMAAT | 5 JUN 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku,
🏆(MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK ACIS)🏆
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) Akademi Pengajian Islam Kontemporari dengan kerjasama Badan Perwakilan Pelajar ACIS akan menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA).
Majlis ini bertujuan untuk meraikan pelajar yang meraih Anugerah Dekan bagi akademik sesi Oktober 2025- Februari 2026. Maklumat majlis adalah seperti berikut:
📌Tarikh: 4 Jun 2026 (Khamis)
📌Masa: 2.00 petang hingga 5.00 petang
📌Tempat: Dewan Seroja
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
JAWATANKUASA PROGRAM
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (MAKA)
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI
UiTM SHAH ALAM
26/05/2026
RABU | 27 MEI 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
🌙 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 🌙
Kami daripada Sekretariat Mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UiTM Shah Alam khususnya warga ACIS yang diraikan.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Marilah kita bersama-sama menghayati pengorbanan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.
Didoakan agar segala amal ibadah dan kebaikan yang dilakukan diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Semoga perayaan ini juga menjadi medan untuk memperkukuhkan nilai kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan warga universiti.
Sekian, terima kasih.
“MEMBINA LEGASI, MENERAJU ASPIRASI”
Yang menjalankan amanah,
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI
UITM SHAH ALAM
SESI 2026/2027
25/05/2026
ISNIN | 25 MEI 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
🗺️ SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 🗺️
Kami daripada Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) ingin mengucapkan Selamat Menjalani Cuti Pertengahan Semester kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi UiTM Shah Alam khususnya warga ACIS.
Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga serta memperbaharui semangat dalam meneruskan sesi pembelajaran.
Kami juga mendoakan agar seluruh mahasiswa sentiasa berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan segala urusan dan kembali ke kampus dengan semangat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah diri.
Sekian, terima kasih.
“MEMBINA LEGASI, MENERAJU ASPIRASI”
Yang menjalankan amanah,
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI
UiTM SHAH ALAM
SESI 2026/2027
09/05/2026
SABTU | 9 MEI 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
🏆[TAHNIAH PESERTA DEBAT ACIS UiTM SHAH ALAM] 🏆
Kami daripada Sekretariat Mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para peserta debat yang telah berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Bahas Halal Inter Penyedia Latihan Halal (PLH) 2026.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa mahasiswa ACIS UiTM Shah Alam mempunyai daya saing, semangat berpasukan serta kemampuan berhujah yang cemerlang.
Segala usaha, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang pertandingan berlangsung wajar dijadikan inspirasi kepada seluruh warga mahasiswa untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak pencapaian pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
“MEMBINA LEGASI, MENERAJU ASPIRASI”
Ikhlas daripada,
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI
UiTM SHAH ALAM
SESI 2026/2027
07/05/2026
KHAMIS | 7 MEI 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
🎤 SELAMAT MAJU JAYA PESERTA DEBAT ACIS UITM SHAH ALAM 🎤
Kami daripada Sekretariat Mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta debat yang akan mewakili institusi dalam Pertandingan Bahas Halal Inter Penyedia Latihan Halal (PLH) 2026. Butiran pertandingan adalah seperti berikut:
Tarikh: 7 Mei 2026
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Semoga segala persiapan dan usaha yang telah dilakukan dipermudahkan serta membuahkan kejayaan yang membanggakan. Diharapkan para peserta dapat menampilkan hujah yang bernas, berkeyakinan dan berdaya saing sepanjang pertandingan berlangsung.
Sekian, terima kasih.
“MEMBINA LEGASI, MENERAJU ASPIRASI”
Ikhlas daripada,
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI
UITM SHAH ALAM
SESI 2026/2027
05/05/2026
SELASA | 5 MEI 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
🎓 KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 🎓
Kami daripada Sekretariat Mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Selangor atas penganjuran Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 1 - 3 Mei 2026
Tempat: Pusat Latihan Kenegaraan Meru
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam membentuk mahasiswa yang berjati diri, berintegriti dan bersemangat patriotik.
Sekian, terima kasih.
“MEMBINA LEGASI, MENERAJU ASPIRASI”
Yang menjalankan amanah,
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI
UITM SHAH ALAM
SESI 2026/2027
22/04/2026
RABU | 22 APRIL 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
🌟 [MAJLIS PERASMIAN SALAM MAHABBAH SESI 2026/2027] 🌟
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) ACIS akan melaksanakan Majlis Perasmian Salam Mahabbah bagi Sesi 2026/2027.
Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan pelajar ACIS untuk terus aktif dalam aktiviti ilmiah dan pembangunan sahsiah. Butiran program adalah seperti berikut:
🗓 Tarikh : 20 April 2026 (Isnin)
🕗 Masa : 9:00 malam – 10:30 malam
💻 Platform : Google Meet
📣 Kehadiran Mahasiswa ACIS amat digalakkan bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Sekian, terima kasih.
”MEMBINA LEGASI, MENERAJU ASPIRASI”
Yang Menjalankan Amanah,
JAWATANKUASA PROGRAM
MAJLIS PERASMIAN SALAM MAHABBAH SESI 2026/2027
20/04/2026
ISNIN | 20 APRIL 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
🎤PARLIMEN MAHASISWA KALI KE-4 SIDANG PERTAMA🎤
Kami daripada Sekretariat Mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang terlibat dalam Parlimen Mahasiswa Kali Ke-4 Sidang Pertama. Butiran persidangan adalah seperti berikut:
Tarikh: 18 - 19 April 2026
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Senat, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam
Semoga segala usaha yang dicurahkan dipermudahkan dan diberkati, serta mencapai hasil yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.
“MEMBINA LEGASI, MENERAJU ASPIRASI”
Yang menjalankan amanah,
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UITM SHAH ALAM
SESI 2026/2027
19/02/2026
KHAMIS | 19 FEBRUARI 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
🌙✨ SALAM RAMADAN ✨🌙
Kami daripada Sekretariat Mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari ingin mengucapkan Salam Ramadan kepada seluruh warga kampus dan umat Islam.
Daripada Abu Hurairah RA,
daripada Nabi ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan keredhaan Allah) akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”(Riwayat al-Bukhari)
Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
“ACIS ASPIRE TO INSPIRE”
Yang menjalankan amanah,
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UiTM SHAH ALAM SESI 2026/2027