PASTI Shah Alam

PASTI Shah Alam Pasti Shah Alam

Debaran kian terasa....Harini setiap makhraj, sifat huruf, baris, harakat dan dengung akan menjadi perhatian panel Tasmi...
22/08/2026

Debaran kian terasa....

Harini setiap makhraj, sifat huruf, baris, harakat dan dengung akan menjadi perhatian panel Tasmi'.

TOT Pro Tajwid hari ini membawa panel untuk bertalaqi musyafahah melatih Pembimbing Pro Tajwid PASTI Shah Alam seramai 16 Orang.

TOT ini bagi memastikan kualiti Pembimbing guru adalah yang terbaik. Mereka akan melatih p**a guru-guru Shah Alam seramai 132 Orang.

Sedang berlangsung Program Latihan Pemantapan Guru & TOT Pro Tajwid di Dewan An Nabawi, Seksyen U12.​Menjadi tanggungjaw...
22/08/2026

Sedang berlangsung

Program Latihan Pemantapan Guru & TOT Pro Tajwid di Dewan An Nabawi, Seksyen U12.

​Menjadi tanggungjawab dan keutamaan pihak PASTI Kawasan Shah Alam untuk sentiasa menyediakan latihan berterusan.

Pada kali ini pemantapan pedagogi menjadi keutamaan latihah bagi memastikan setiap guru diperkasa dari segi ilmu dan kemahiran.

Komitmen ini amat penting demi memastikan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di PASTI sentiasa terpelihara, selari dengan slogan

"Perkasa Ilmu, Perbaiki Didik, Tingkatkan Kualiti".

Ayuh selawat. Jumaat barakah.
21/08/2026

Ayuh selawat. Jumaat barakah.

Dah selawat ke belum hari ni? ❤️

Jangan lupa basahkan lidah dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan selawat, hati menjadi lebih tenang, urusan dipermudahkan dan hidup dipenuhi keberkatan.

🌿 Jom selawat setiap hari.
✨ Mudahkan urusan, banyakkan pahala.

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد ﷺ

21/08/2026

Wow.. menarik ni...

21/08/2026

Apa acara sambutan Maulidur Rasul atau Kemerdekaan di PASTI anak2 anda? Kongsilah dengan masyarakat.
Buh kat komen👇

Tidak boleh berenggang dengan mikrofon.Mana-mana majlis acara atau program. Jadi wajib untuk beliau memegang mikrofon. T...
18/08/2026

Tidak boleh berenggang dengan mikrofon.

Mana-mana majlis acara atau program. Jadi wajib untuk beliau memegang mikrofon. Tengok dia punya senyum bila dapat mic.

Dia lah abang kami dalam PASTI, Pemuda juga sinior dari zaman UiTM lagi.

Abang Husni Bote, Timbalan Pengerusi 1 PASTI Kawasan Shah Alam. Kami banyak belajar melalui dia, banyak pengalaman dalam PASTI Shah Alam.

Walau bertugas sebagai Engineer di syarikat terkemuka, tidak pernah segan silu bersama dalam gerak kerja bawahan bersama kami.

Semoga terus menjadi guru kepada kami semua.. "guru teruskan guru... teruskan guru.. kami mahu pahala"😂😂😂

"Ust ... Tolong maklum kete sapa x tutup lampu". Jerit seorang cg pada admin.. Kebetulan Admin tengah jalan sensorang ke...
18/08/2026

"Ust ... Tolong maklum kete sapa x tutup lampu". Jerit seorang cg pada admin..

Kebetulan Admin tengah jalan sensorang ke kantin sekolah nak bersarapan. Memandangkan semua ajk tengah kalut persiapan.

Bila admin gi tengok, "eh.. macam kenal kete ni.." click! Admin snap dan PM Ketua Unit Hakim.. sambil sambung "kete nta x tutup lampu".

Dia pun jawab "owh.. jap2... Ana gi tutup, nak cepat td nak settle taklimat hakim."

Peace yo. Ni lah Ketua unit hakim.

Kalut pagi tu dia nak jumpa dengan 33 orang hakim, maklumlah majlis nak mula tepat jam 8.30pagi. Taklimat akhir perlu diselesaikan sebelum jam 8.20.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

Keputusan Penuh Hari Alam Ria PASTI Kawasan Shah Alam 2026🏆 TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG ALAM RIA PASTI KAWASAN SHAH AL...
18/08/2026

Keputusan Penuh Hari Alam Ria PASTI Kawasan Shah Alam 2026

🏆 TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG ALAM RIA PASTI KAWASAN SHAH ALAM 2026! 🏆

Alhamdulillah, selesai sudah acara Alam Ria PASTI Kawasan Shah Alam 2026. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh anak-anak PASTI yang telah berjuang dan menunjukkan kebolehan yang luar biasa dalam pelbagai acara yang dipertandingkan!

Setinggi-tinggi tahniah ditujukan kepada PASTI BAITUL IKHWAH 1 atas kejayaan merangkul gelaran JUARA KESELURAHAN pada program kali ini! 🥇🎉

Keputusan Acara Hafazan Lelaki , Hari Alam Ria PASTI Kawasan Shah Alam 2026.🥇Johan : Ayyash Bin Syahid (PASTI Baitul Ikh...
18/08/2026

Keputusan Acara Hafazan Lelaki , Hari Alam Ria PASTI Kawasan Shah Alam 2026.

🥇Johan : Ayyash Bin Syahid (PASTI Baitul Ikhwah 2)
🥈Naib Johan : Aqasha Eiskandar Bin Abdullah (PASTI Baitul Ikhwah 1)
🥉Ke-Tiga : Muhammad Affan Noah Bin Nurul Azely (PASTI Al Quds)

Keputusan Acara Hafazan Perempuan, Hari Alam Ria PASTI Kawasan Shah Alam 2026.🥇Johan : Hana Aldariya Binti Mohd Faris (P...
18/08/2026

Keputusan Acara Hafazan Perempuan, Hari Alam Ria PASTI Kawasan Shah Alam 2026.

🥇Johan : Hana Aldariya Binti Mohd Faris (PASTI Baitul Ikhwah 2)
🥈Naib Johan : Nur Annisa Raudhah Binti Mohd Jalani (PASTI Nurul Iman)
🥉Ke-Tiga : Nur Inara Aleena Binti Long Ahmad (PASTI Baitul Ikhwah 1)

Address

3-3, Jalan Pegaga G U12/G, Desa Alam, Seksyen U12
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI Shah Alam:

Shortcuts

Share

Category