Sekolah Al Furqan - Tahfiz Al Furqan

Sekolah Al Furqan - Tahfiz Al Furqan

Share

Pendidikan berasaskan hafazan Al Quran dan akademik untuk anak anak berumur antara 13-17 tahun. Menyediakan program pengajian hafazan Al-Quran dan akademik.

11/05/2026
Photos from PLUS Malaysia's post 02/04/2026
02/04/2026

SYABAS DAN TAHNIAH BUAT CALON SPM 2025

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM 2025 terutama sekali pelajar Madrasah Tahfiz Al Furqan atas pencapaian hari ini.

Apa jua keputusan yang diterima, anda telah pun memberikan yang terbaik. Berbanggalah dengan setiap usaha yang dicurahkan! ✨

Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak untuk terus melangkah jauh, mengejar impian, dan kekal maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi di masa hadapan!

03/03/2026

RASMI DIBUKA

page Madrasah Tahfiz Al Furqan

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan visi yang jelas, kami kini melancarkan platform rasmi Madrasah Tahfiz Al Furqan.

Sebuah institusi pendidikan bersepadu yang menggabungkan Tahfiz Al-Quran dan akademik arus perdana, berteraskan sistem tersusun Manhaj Marhalah Huffaz™ pendekatan hafazan bertahap yang memastikan kualiti, disiplin dan pencapaian sebenar.

Di page ini, kami akan kongsikan:
• Perkembangan dan aktiviti pelajar
• Penerangan sistem pembelajaran
• Info kemasukan dan pengambilan baharu
• Perkongsian ilmu dan inspirasi pendidikan

Kami komited membina generasi huffaz yang bukan sahaja kuat hafalan, tetapi juga cemerlang akademik dan sahsiah.

👉 Like & Follow page rasmi kami untuk maklumat terkini: https://www.facebook.com/share/18X6PoV4XW/?mibextid=wwXIfr

Madrasah Tahfiz Al Furqan
Tahfiz + Akademik. Sistematik. Berpencapaian.

Photos from Sekolah Al Furqan - Tahfiz Al Furqan's post 26/02/2026

MADRASAH TAHFIZ AL FURQAN
Beradab & Berilmu

Mak ayah,

Menghafaz Al-Quran bukan tentang siapa paling cepat.
Tetapi siapa yang dibimbing dengan sistem yang betul.

Ramai anak bermula dengan semangat.
Namun tanpa manhaj yang tersusun,
hafazan menjadi beban.
Disiplin menjadi longgar.
Impian perlahan-lahan pudar.

Di Madrasah Tahfiz Al Furqan,
kami membina hafazan secara bertahap melalui:

Manhaj Marhalah Huffaz™

Sistem yang jelas.
Progres yang diukur.
Pencapaian yang nyata.

🌿 Tahap Khas – Bimbingan peribadi sehingga asas benar-benar kukuh.
🌿 Tahap 1 – 5 baris sehari, membina konsistensi.
🌿 Tahap 2 – Separuh muka sehari, membentuk momentum.
🌿 Tahap 3 – 1 muka dan ke atas sehari di sinilah lahirnya penghafaz sebenar.

Ini bukan sekadar hafal.
Ini pembinaan disiplin, adab dan jati diri.

Dan anak-anak tetap mengikuti silibus SPM,
kerana kami percaya huffaz hari ini
adalah pemimpin masa hadapan.

Mak ayah,

Jika mahukan tempat biasa, banyak pilihan.
Tetapi jika mahukan sistem yang membentuk masa depan anak…

Madrasah Tahfiz Al Furqan adalah pilihan yang serius.

Pengambilan Pelajar Baru Kini Dibuka
Klik untuk WhatsApp sekarang:

👉 https://wa.link/ovmk3n
👉 https://wa.link/ovmk3n
👉 https://wa.link/ovmk3n

“Keputusan hari ini menentukan siapa anak kita 5–10 tahun akan datang.”

Tempat adalah terhad.

25/02/2026

MADRASAH TAHFIZ AL FURQAN
Beradab & Berilmu

Mak ayah…

Semua orang mahu anak hafaz Al-Quran.
Tapi tak semua anak mampu bertahan tanpa sistem.

Ramai yang semangat di awal.
Tetapi tanpa manhaj yang tersusun,
tanpa pemantauan yang jelas,
anak akan perlahan… dan akhirnya berhenti.

Di Madrasah Tahfiz Al Furqan,
kami tidak bergantung pada semangat semata-mata.

Kami membina SISTEM.

Kami menggunakan Manhaj Marhalah Huffaz™ sebuah teknik hafazan bertahap yang membentuk disiplin, konsisten dan pencapaian sebenar.

✨ Tahap Khas – Bimbingan peribadi sehingga anak benar-benar stabil asasnya.
✨ Tahap 1 – 5 baris sehari. Konsisten, bukan tergesa.
✨ Tahap 2 – Separuh muka sehari. Momentum mula terbina.
✨ Tahap 3 – 1 muka dan ke atas sehari. Di sinilah lahirnya seorang penghafaz sebenar.

Ini bukan sekadar hafal.
Ini pembinaan karakter, disiplin dan jati diri.

Dan yang paling penting anak-anak tetap mengikuti silibus SPM,
kerana kami percaya huffaz hari ini
adalah pemimpin masa depan.

Mak ayah,

Jika mahu anak yang hanya mencuba,
banyak tempat ada.

Tetapi jika mahu anak yang dibimbing dengan sistem,
dipantau dengan disiplin,
dan dilahirkan sebagai huffaz yang beradab & berilmu…

Madrasah Tahfiz Al Furqan adalah tempatnya.

Tempat di mana hafazan bukan sekadar impian.
Tetapi pencapaian yang dirancang.

Tempat adalah terhad.
Tekan sekarang untuk dapatkan maklumat kemasukan:

WhatsApp kami sekarang:

https://wa.link/ovmk3n
https://wa.link/ovmk3n
https://wa.link/ovmk3n

“Keputusan hari ini menentukan siapa anak kita 5–10 tahun akan datang.”

Send a message to learn more

23/02/2026

✨ 𝗚𝗔𝗡𝗝𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗦𝗘𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 🥘✨

Siapa sangka, dengan sekadar menaja satu hidangan, kita boleh meraih pahala puasa orang lain tanpa mengurangkan pahala mereka sedikit pun. Inilah 'pelaburan' paling untung di bulan Ramadhan!

Jom rebut peluang ini di hari ke-5 Ramadhan untuk para huffaz! ✨

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu..." (HR Tirmidzi)

Pelbagai Slot Tajaan Masih Dibuka:
🍛 Sahur: RM50 / lot (12 lot sehari)
🥘 Iftar: RM100 / lot (10 lot sehari)
🍨 Moreh: RM50 / lot (8 lot sehari)

Jom rebut pahala Ramadan sebaiknya!🌸

Cara Menyumbang:
🏦 CIMB: 8603477545 (Madrasah Tahfiz Al Furqan)
📱 Hubungi Admin: 011 2900 0469
(Atau scan QR DuitNow pada gambar di bawah)

Silakan SHARE post ini. Satu perkongsian anda, mungkin menjadi asbab orang lain bersedekah. Jazakumullahu khairan kathira. ❤️

20/02/2026

JOM ZAKAT FITRAH BERSAMA MADRASAH TAHFIZ AL FURQAN ✨

JOM tunaikan kewajipan Zakat Fitrah anda tahun ini mengikut kadar harga beras yang dimakan:

🔹 RM8 (Beras Biasa/Import)
🔹 RM16 (Beras Wangi/Perang/Rebus)
🔹 RM25 (Beras Basmathi/Jepun/Herba Ponni)

Mudah sahaja! Hubungi ejen amil zakat betauliah Lembaga Zakat Selangor, Puan Kariman dan Muallim Lattif untuk maklumat lanjut👇🏻

📲 017 314 2788 (Puan Kariman)
📲 011 2113 6008 (Muallim Lattif)

Jom kita sebar-sebarkan pesanan ini kepada keluarga dan rakan-rakan. Moga zakat kita diberkati. Amin. 🤲🏼

20/02/2026

10 Amalan yang disarankan pada bulan Ramadan 🌸

Kadang-kadang kita terlepas pandang amalan-amalan kecil yang sebenarnya sangat besar pahalanya dalam bulan Ramadhan.

Jom kita jadikan Ramadhan 1447H ini sebagai Ramadhan yang paling produktif buat kita semua!

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


2a & 10 Jalan Kota Raja M 27/M, Taman Bunga Negara
Shah Alam
40400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00