10/11/2025
PELUANG LATIHAN INDUSTRI 2025 DI KEJURUTERAAN EZET NIAGA SDN BHD!
Sertai kami dan tingkatkan kemahiran anda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik melalui program Latihan Industri yang kami tawarkan untuk sesi kemasukan 2026.
Tawaran ini terbuka kepada pelajar dari pelbagai peringkat kelayakan seperti berikut:
Sijil
Wireman
Chargeman
Diploma
Ijazah Sarjana Muda
Dapatkan pengalaman kerja sebenar, pelajari daripada tenaga pengajar yang berpengalaman, dan tingkatkan pengetahuan anda dalam suasana kerja yang profesional dan dinamik. Ini adalah peluang keemasan untuk anda membina asas kukuh bagi kerjaya masa depan anda!
Elaun-Elaun Latihan Industri, Kad NIOSH NTSP and Kad Hijau CIDB juga akan kami sediakan untuk setiap Pelajar yang berjaya menyertai pasukan hebat kami.
đź“© Cara Memohon: Hantar CV dan maklumat anda ke alamat e-mel : [email protected] , [email protected] atau Whatsapp kami di talian 016-217 6361 atau 016-217 8354
27/09/2025
Our Big Family Team…
Kejuruteraan Ezet Niaga Sdn Bhd
https://www.ezetniaga.com.my/
05/09/2025
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H. Semoga kita terus meneladani keperibadian agung Nabi Muhammad SAW dan menjadikan sunnah Baginda sebagai panduan hidup. Moga hati kita sentiasa terpaut kepada cahaya hidayah dan kasih Ilahi.
28/08/2025
Kerja - kerja penyelenggaraan, pengujian dan perkhidmatan sistem elektrik yang telah berjaya dilaksanakan oleh pasukan teknikal kami dari Kejuruteraan Ezet Niaga Sdn. Bhd.
Bagi pertanyaan lanjut sila hubungi kami di
[email protected]
https://www.ezetniaga.com.my/
13/08/2025
Pihak Kejuruteraan Ezet Niaga Sdn Bhd dan MSI Global Services Sdn Bhd ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya serta jutaan terima kasih kepada Pensyarah dari IKM Seberang Prai Utara (IKM SPU), Ir. Ts. Hayadi diatas lawatan beliau ke syarikat kami.
Lawatan ini amat bermakna kerana ia menunjukkan komitmen dan sokongan beliau didalam memastikan pelajar-pelajar dari IKM SPU yang sedang menjalani Latihan Industri di syarikat kami mendapat bimbingan dan penyeliaan yang terbaik.
Kami amat menghargai masa, tenaga dan usaha beliau dalam menyelia pelajar-pelajar tersebut serta berkongsi pandangan dan nasihat berharga yang dapat meningkatkan pengalaman mereka dalam dunia pekerjaan sebenar.
Kehadiran beliau juga memberi peluang kepada kami untuk memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama antara pihak institusi pendidikan dan industri demi melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan bermotivasi tinggi.
Sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dan berharap hubungan ini akan terus kukuh serta memberi manfaat kepada semua pihak di masa hadapan.
https://www.ezetniaga.com.my/
https://www.msiglobal.com.my/
18/04/2025
Protective Relay Calibration…
For enquiries, please email us at
[email protected]
https://www.ezetniaga.com.my/
11/04/2025
Kejuruteraan Ezet Niaga dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan setia kami.
Kami amat menghargai sokongan anda yang tidak pernah putus yang menjadi tunjang kekuatan kami untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.
Di kesempatan ini, kami juga ingin memohon maaf zahir dan batin atas segala kekurangan atau kesilapan, sama ada yang disengajakan atau tidak.
Semoga kehangatan lebaran kali ini membawa kebahagiaan, kasih sayang, dan keberkatan kepada anda serta keluarga tercinta.
Teruslah bersama kami dalam perjalanan ini, dan kami berjanji untuk terus berusaha memberikan yang terbaik untuk anda.
Salam Aidilfitri dari hati kami ke hati anda. 🌙✨
https://www.ezetniaga.com.my/
09/04/2025
Route to Professional Engineer (Ir.)
Program…
At EZET ACADEMY, we proudly offer the Route to Professional Engineer Program, a comprehensive pathway designed to guide aspiring engineers toward successfully passing the Professional Assessment Examination (PAE).
With expert guidance and tailored resources, this program equips you with the knowledge and skills needed to achieve your goal of becoming a Professional Engineer."
For enrollment or further inquiries, please email us at [email protected].
We're excited to assist you on your journey to becoming a Professional Engineer!
https://www.ezetniaga.com.my/
30/03/2025
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025 (1447H)
Dengan segala hormat, kami di KEJURUTERAAN EZET NIAGA SDN BHD ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pelanggan yang setia bersama kami.
Semoga hari raya ini membawa kebahagiaan, kedamaian, dan keberkatan kepada anda dan keluarga tercinta.
Kami amat menghargai sokongan anda sepanjang tahun ini dan berdoa agar ikatan silaturahim yang terjalin terus kukuh.
Semoga hari-hari yang mendatang dipenuhi dengan kejayaan dan kegembiraan.
Ikhlas dari kami,
KEJURUTERAAN EZET NIAGA SDN BHD
MHJ ENGINEERING SERVICES SDN BDH
MSI GLOBAL SERVICES SDN BHD
EZET ACADEMY SDN
Happy Eid al-Fitr 2025 (1447H)
With utmost respect, we at Kejuruteraan Ezet Niaga Sdn Bhd would like to wish our loyal customers a blessed Eid al-Fitr. May this festive season bring joy, peace, and blessings to you and your loved ones.
We deeply appreciate your continued support throughout the year and pray that the bonds we share remain strong. May the days ahead be filled with success and happiness.
Warm regards,
KEJURUTERAAN EZET NIAGA SDN BHD
MHJ ENGINEERING SERVICES SDN BDH
MSI GLOBAL SERVICES SDN BHD
EZET ACADEMY SDN BHD
30/03/2025
Salam 29 Ramadan…
Electrical Maintenance and Testing Works.
UPS Maintenance and Testing…
For enquiry please email us at
[email protected]
https://www.ezetniaga.com.my/
28/03/2025
Salam 28 Ramadan…
Electrical Maintenance and Testing Works.
Switchgear dan Breaker Maintenance and Testing…
For enquiry please email us at
[email protected]
https://www.ezetniaga.com.my/