02/12/2025
Tahniah diucapkan kepada TS. DR. HJH WAN ROSEMEHAH BINTI WAN OMAR, Pensyarah Utama Program BEU, JKE, PSA bersama-sama 3 orang pelajar BEU 5 (AIDA FARZANA BINTI NOR SAFFUAN, SAFIAH BINTI AZMI dan FARIZ AMIRUL BIN FAIZALL) yang terlibat dalam penulisan ebook 2025 yang bertajuk βRenal Equipment Analysisβ.
02/12/2025
Tahniah diucapkan kepada 2 orang pelajar BEU 5 (Muhammad Syahmi Akmal bin Zulkipli dan Wong Guan Chengg) yang berjaya memenangi First Prize (Cloud Track) dalam Huawei ICT Competition 2025-2026 National Award Ceremony.
14/11/2025
π **PEMANTAUAN WORK-BASED LEARNING (WBL) KALI 1**
**Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik Perubatan dengan Kepujian (BEU)**
Alhamdulillah, Pemantauan Work-Based Learning (WBL) kali pertama bagi Semester 7 telah berjaya dilaksanakan pada 11-13 November 2025 **secara dalam talian**, melibatkan **28 orang pelajar** yang kini sedang menjalani latihan industri berasaskan kerja di pelbagai fasiliti kesihatan dan syarikat berkaitan biomedikal.
Pemantauan ini bertujuan memastikan perkembangan pelajar berada pada landasan yang betul, selain menilai skop tugasan, penyeliaan, keselamatan, serta pendedahan teknikal yang mereka peroleh sepanjang tempoh WBL.
π₯ **Senarai Hospital & Syarikat Terlibat (17 Hospital + 1 Vendor)**
**Radibems Sdn Bhd**
β’ Hospital Sungai Buloh
β’ Hospital Selayang
β’ Hospital Serdang
β’ Hospital Kuala Lumpur
**AVISENA Specialist Hospital**
**ADL Jaya Resources**
**Medivest Sdn Bhd**
β’ Hospital Sultan Ismail
β’ Hospital Sultanah Aminah
β’ Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar
β’ Hospital Melaka
β’ Hospital Kuala Pilah
β’ Hospital Tuanku Jaβafar
**UEM Edgenta Berhad**
β’ Hospital Raja Permaisuri Bainun
β’ Hospital Pulau Pinang
β’ Hospital Sultan Abdul Halim
β’ Hospital Sultanah Bahiyah
β’ Hospital Tuanku Fauziah
**TriPLC Sdn Bhd**
β’ Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam
Terima kasih kepada semua hospital dan rakan industri yang komited memberi sokongan, tunjuk ajar dan peluang pembelajaran sebenar kepada pelajar BEU. Kerjasama ini amat penting dalam melahirkan graduan biomedikal yang kompeten, bersedia ke industri dan mampu menyumbang dalam sektor kesihatan negara. πΌβοΈπ
14/11/2025
β¨ Strategic Benchmarking & Academic-Industrial Exploration Visit
Mongolian University of Science and Technology (MUST), Ulaanbaatar, Mongolia
Tarikh: 2β6 November 2025
Alhamdulillah, delegasi rasmi dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berjaya melaksanakan Lawatan Penandarasan Strategik dan Eksplorasi Akademik-Industri di Mongolian University of Science and Technology (MUST), Ulaanbaatar, Mongolia.
Seramai 9 orang pegawai telah menyertai delegasi ini, diketuai oleh:
β’ Dr. Sulaiman bin Mohammed Khalid β Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
β’ Ts Norazlina binti Jaafar β Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik
β’ Annas bin Alamshah β Ketua Program BEU
β’ Ts Dr Hj Zunuwanas bin Mohamad β Pensyarah
β’ Ts Dr Hjh Wan Rosemehah binti Wan Omar β Pensyarah
β’ Dr Nurul Maisarah binti Kamaruddin β Pensyarah
β’ Ku Lee Chin β Pensyarah
β’ Mariana binti Rosdi β Pensyarah
β’ Nursuriya binti Mohamad β Pensyarah
Program ini merangkumi sesi Lawatan Penandarasan serta Seminar Kejuruteraan Biomedikal, memberi peluang untuk meneliti amalan terbaik, membina rangkaian profesional dan memahami ekosistem pendidikan serta industri biomedikal di Mongolia.
β¨ Manfaat & Impak
Lawatan ini membuka ruang besar untuk:
β’ Kerjasama akademik dua hala
β’ Potensi projek penyelidikan bersama
β’ Perkongsian kepakaran dalam bidang kejuruteraan dan teknologi
β’ Pembangunan pensyarah dan pengukuhan kurikulum masa hadapan
Semoga jalinan ini menjadi titik permulaan kepada kolaborasi yang lebih kukuh antara Malaysia dan Mongolia, serta memberi inspirasi kepada warga akademik untuk terus melangkah ke peringkat antarabangsa. π²πΎπ€π²π³
08/11/2025
π KARNIVAL KERJAYA PREMIUM MADANI SEMPENA FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2025
Selasa | 04 November 2025
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah dijemput ke Karnival Kerjaya Premium Madani sempena Festival Idea Putrajaya 2025, khususnya untuk slot forum bertajuk NoCap: What Bosses Expect (and Wonβt Say Out Loud) pada hari pertama karnival kerjaya berlangsung.
Seramai 13 orang pelajar BEU 1 dan 25 orang pelajar BEU 5 telah menghadiri forum tersebut, yang memberi peluang kepada mereka menimba ilmu dan pengalaman berkaitan apa yang dicari oleh majikan, tips semasa menghadiri temuduga, serta strategi membina kerjaya yang berjaya, diiringi oleh Puan Pushpa A/P Jeganathan dan Puan Hainani Binti Chik, pensyarah daripada program BEU.
Selain menghadiri forum, pelajar juga berpeluang mengunjungi pelbagai booth yang disediakan sepanjang karnival, memberikan mereka pendedahan lebih luas tentang peluang kerjaya dan perkembangan industri semasa.
Semoga penyertaan ini memberi manfaat kepada para pelajar BEU dalam memperkukuh pengetahuan, keyakinan diri, dan persiapan mereka menghadapi cabaran dunia pekerjaan. π
12/10/2025
π MAJLIS PERJUMPAAN PELAJAR IJAZAH BERSAMA KETUA JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK SESI 1 2025/2026 & ANUGERAH KETUA JABATAN SESI 2 2024/2025
Selasa | 07 Oktober 2025
Majlis ini menghimpunkan semua pelajar ijazah di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik bagi memulakan semester baharu dengan semangat dan maklumat terkini.
Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Ts. Norazlina binti Jaafar, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, yang memberi kata-kata semangat kepada semua pelajar agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam sesi akademik yang baharu.
Turut diadakan beberapa taklimat penting, antaranya:
β
Taklimat Disiplin oleh Encik Wan Mohd Zamri bin Wan Ab Rahman bagi mengingatkan pelajar senior tentang peraturan dan memberi pendedahan kepada pelajar baharu.
β
Taklimat Peperiksaan oleh Puan Nurul Huda binti Mohd Saleh untuk memberi penerangan berkaitan maklumat terkini serta faktor-faktor yang boleh menyebabkan kegagalan kursus.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Ketua Jabatan yang disampaikan oleh Ts. Norazlina binti Jaafar (KJKE) dan Tuan Haji Annas bin Alamshah (KP BEU) kepada pelajar-pelajar cemerlang.
Tahniah diucapkan kepada:
π
5 orang pelajar BEU4 Sesi 2 2024/2025
π 9 orang pelajar BEU6 Sesi 2 2024/2025
ποΈ 28 orang pelajar BEU8 Sesi 2 2024/2025
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar BEU untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan akademik serta sahsiah diri. π
PSA Ceria, Hebat, Luar Biasa
01/10/2025
π PROGRAM BERSAMA JABATAN BERSEMPENA MINGGU TRANSFORMASI SISWA (MTS) SESI AKADEMIK I : 2025/2026
Selasa | 30 September 2025
Program ini diketuai oleh Encik Annas bin Alamshah, Ketua Program BEU, dengan kehadiran Ts. Dr. Hjh Wan Rosemehah binti Wan Omar selaku salah seorang penasihat akademik BEU Kohort 12.
Sepanjang program ini, pelajar telah melalui proses:
β
Pengesahan kelayakan akademik untuk pembahagian kelas
β
Kemaskini maklumat peribadi di dalam SPMP
β
Pendaftaran kursus di dalam SPMP
Turut hadir memberi sokongan ialah Ts. Norazlina binti Jaafar, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, yang telah menyampaikan taklimat ringkas serta kata-kata semangat kepada semua pelajar baharu BEU Kohort 12.
Program BEU sekali lagi mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam meneruskan pengajian di BEU. Semoga terus cemerlang sepanjang perjalanan akademik ini. π
PSA Ceria, Hebat, Luar Biasa
01/10/2025
π PROGRAM TVET4U KOMUNITI FASA 3: MEMBINA MASA DEPAN MELALUI KEMAHIRAN & GERAN INOVASI SOSIAL TEKNOLOGI SERENDAH 2025
Sabtu | 27 September 2025
Program TVET4U Komuniti Fasa 3 telah berlangsung pada 27 September 2025 (Sabtu) di Kampung Orang Asli Serendah, Hulu Selangor bersama komuniti setempat. Program ini melibatkan:
π¨βπ 7 orang pelajar BEU
π©βπ 21 ahli Pandu Puteri Klover
π©βπ« 3 orang pensyarah pengiring
π¨βπ©βπ§βπ¦ 90 orang anak-anak Orang Asli berusia 4β17 tahun, ibu bapa serta komuniti kampung
Majlis perasmian disempurnakan oleh Hj. Muhammad Fitri bin Abdullah, Naib Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan, manakala majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Bahari bin Tajuddin, Pengerusi PERKIM Selangor. Turut hadir memeriahkan program ialah pimpinan PERKIM, Majlis Agama Islam, tok batin serta komuniti setempat.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk:
βοΈ Aktiviti literasi 3M (membaca, menulis & mengira) dengan tablet & buku interaktif
π» Latihan asas Microsoft Word untuk pelajar sekolah menengah
β‘ Aktiviti asas elektrik β membina kipas meja
π Penyampaian sumbangan barang asas kepada 16 komuniti
Melalui program ini, anak-anak Orang Asli berjaya meningkatkan kemahiran asas ICT, literasi 3M serta pengetahuan elektrik. Mereka juga lebih berkeyakinan, seronok belajar secara interaktif, dan semakin sedar akan kepentingan pendidikan serta TVET sebagai jambatan masa depan.
PSA terus komited memperkasakan komuniti melalui pendidikan, kemahiran dan inovasi sosial.
PSA Ceria, Hebat, Luar Biasa