01/10/2025
π PROGRAM TVET4U KOMUNITI FASA 3: MEMBINA MASA DEPAN MELALUI KEMAHIRAN & GERAN INOVASI SOSIAL TEKNOLOGI SERENDAH 2025
Sabtu | 27 September 2025
Program TVET4U Komuniti Fasa 3 telah berlangsung pada 27 September 2025 (Sabtu) di Kampung Orang Asli Serendah, Hulu Selangor bersama komuniti setempat. Program ini melibatkan:
π¨βπ 7 orang pelajar BEU
π©βπ 21 ahli Pandu Puteri Klover
π©βπ« 3 orang pensyarah pengiring
π¨βπ©βπ§βπ¦ 90 orang anak-anak Orang Asli berusia 4β17 tahun, ibu bapa serta komuniti kampung
Majlis perasmian disempurnakan oleh Hj. Muhammad Fitri bin Abdullah, Naib Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan, manakala majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Bahari bin Tajuddin, Pengerusi PERKIM Selangor. Turut hadir memeriahkan program ialah pimpinan PERKIM, Majlis Agama Islam, tok batin serta komuniti setempat.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk:
βοΈ Aktiviti literasi 3M (membaca, menulis & mengira) dengan tablet & buku interaktif
π» Latihan asas Microsoft Word untuk pelajar sekolah menengah
β‘ Aktiviti asas elektrik β membina kipas meja
π Penyampaian sumbangan barang asas kepada 16 komuniti
Melalui program ini, anak-anak Orang Asli berjaya meningkatkan kemahiran asas ICT, literasi 3M serta pengetahuan elektrik. Mereka juga lebih berkeyakinan, seronok belajar secara interaktif, dan semakin sedar akan kepentingan pendidikan serta TVET sebagai jambatan masa depan.
PSA terus komited memperkasakan komuniti melalui pendidikan, kemahiran dan inovasi sosial.
PSA Ceria, Hebat, Luar Biasa