22/08/2026
๐ฒ๐พ๐ฎ๐ฉ LAWATAN KERJA PPAH KE SEKOLAH FAJAR HIDAYAH, KOTA WISATA
Selepas kunjungan ke MILBOS Bogor, delegasi Pusat Pendidikan Al Hikmah (PPAH) meneruskan agenda lawatan kerja ke Sekolah Fajar Hidayah, Kota Wisata, Indonesia.
Kunjungan ini membuka ruang kepada delegasi PPAH untuk menelusuri dengan lebih dekat pendekatan pengurusan sekolah, pembangunan kompetensi guru, pembentukan budaya sekolah serta usaha membangunkan karakter murid.
โจ Antara perkara yang menarik perhatian ialah pelaksanaan pendidikan inklusif, yang memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk belajar bersama murid arus perdana dalam persekitaran yang sama.
Pendekatan ini bukan sahaja memerlukan sistem yang tersusun, malah menuntut guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kefahaman terhadap keperluan pembelajaran setiap murid. Dalam masa yang sama, ia turut membentuk nilai empati, toleransi dan sikap menghargai perbezaan dalam kalangan murid.
Selain itu, aspek pembentukan karakter dan budaya sekolah turut menjadi antara fokus perkongsian. Pendidikan tidak hanya berkisar tentang pencapaian akademik, tetapi turut melibatkan pembentukan adab, disiplin, tanggungjawab serta hubungan sesama manusia.
๐ค Sesi perkongsian dua hala ini memberikan peluang kepada kedua-dua institusi untuk bertukar pengalaman dan amalan dalam mengurus cabaran pendidikan. Bagi delegasi PPAH, setiap perkongsian menjadi ruang untuk melihat, menilai dan mengenal pasti pendekatan yang boleh dipelajari serta disesuaikan dengan konteks pendidikan PPAH.
Lawatan ini bukan sekadar melihat bagaimana sekolah lain beroperasi, tetapi menjadi ruang untuk kita kembali bertanya: apakah yang boleh kita pelajari dan bagaimana kita boleh terus memperbaiki perjalanan pendidikan kita sendiri?
Semoga kunjungan ini menjadi sebahagian daripada langkah berterusan PPAH dalam memperkukuh kualiti pendidikan, membina jaringan strategik serta membawa p**ang idea-idea baharu demi perkembangan institusi dan warga pendidikan.
Ayuh... meniti perjalanan ke sekolah seterusnya pada hari akhir..