21/04/2026
Kanak-kanak secara fitrah s**a memanjat dan sentiasa bergerak. Apabila dikawal pergerakan dengan memberi gajet, maka boleh terganggu perkembangan fizikalnya.
Sebahagian kanak-kanak yang lain, mungkin kurang arif menggunakan kaki dan tangan untuk memanjat. Tetapi, apabila diberi rangsangan, kanak-kanak akan sedar kebolehan diri dan lebih yakin untuk bergerak aktif.
Bergerak dan memanjat adalah aktiviti awal usia yang sangat penting untuk anak kuat secara fizikal, yakin akan kebolehan diri dan bertumbesar secara holistik, Insya-Allah.
Anak yang cemerlang adalah anak yang cergas, cerdas dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.