12/11/2025
Ramai ibu bapa bekerja di Shah Alam pening nak cari pusat transit yang sesuai untuk anak.
Tak semua tempat sama dari segi keselamatan, kebersihan, dan bimbingan belajar.
Sebelum buat keputusan, baca panduan ni dulu.
https://aspenacademy.com.my/bagaimana-memilih-pusat-transit-pelajar-selepas-sekolah-terbaik-di-shah-alam/
Bagaimana Memilih Pusat Transit Pelajar Selepas Sekolah Terbaik di Shah Alam - Aspen Academy
Cari pusat transit pelajar selepas sekolah terbaik di Shah Alam? Aspen Academy sediakan penjagaan anak lengkap — makan, solat, belajar & aktiviti. Selamat & dipercayai
07/08/2024
*CUTI PENGGAL 2 PERSEKOLAHAN BAKAL TIBA.. MACAM2 AKTIVITI MENARIK DI ASPEN ACADEMY* ‼️
🚩📣Berita gembira untuk ibu bapa!!📣🚩
🤔 Cuti sekolah dah nak dekat, tapi ibu bapa perlu bekerja. Erm…
🤔 Terfikir mana nak hantar anak masa cuti sekolah?
🤔 Mahu cuti sekolah anak-anak dipenuhi dengan aktiviti berfaedah?
*TEMPAT TERHAD*
SHoPe 2.0 *EDISI SEPTEMBER 2024* sudah kembali👆👆👆
*DAFTAR SEGERA* di link di Bawah
*https://forms.gle/bj64Pj2ZWrXx971v7*
Pihak kami akan hubungi anda
04/07/2024
**Super Tawaran untuk Anak-Anak Anda!**
Ingin anak anda belajar, hafal, dan kaya dengan ilmu Al-Quran hanya dengan *RM99*? Kami ada penyelesaiannya!
Kelas kami bukan sekadar untuk khatam Al-Quran.
**Kelebihan Kami:**
- Guru boleh berbahasa Inggeris
- Pakej lengkap untuk pembelajaran Al-Quran
- Terhad kepada 50 pelajar sahaja
- Jaminan wang dikembalikan
**Pakej Lengkap Termasuk:**
- **Kelas Mengaji**: Mengenal huruf & melancarkan bacaan Al-Quran
- **Kelas Hafazan**: Mengukuhkan bacaan dalam solat
- **Kelas Pengayaan**: Kayakan ilmu tentang Al-Quran, skil komunikasi dan sosial
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai **FREE TRIAL** kami sekarang! Tempat adalah terhad kepada 50 pelajar sahaja.
Daftar segera dan berikan anak anda peluang untuk memperkaya ilmu mereka dengan Al-Quran.
Hubungi: www.wasap.my/601110392039/infobmov2
Website: Belajarmengajionline.com
05/04/2024
Lawn Mower Parent (Ibu Bapa ‘Mesin Rumput’ )🤔?
Ibubapa ‘mesin rumput’ ini adalah rujukan kepada segolongan ibubapa zaman sekarang yang akan berusaha untuk 'membersihkan laluan' perjalanan hidup anak mereka. Menurut seorang profesor yang mencipta istilah itu memberitahu “ Ibu bapa ini akan bersegera untuk campur tangan dan menyelamatkan anak-anak mereka daripada menghadapi sebarang kesulitan.
Contohnya;
⏳ Menyiapkan kerja rumah atau projek sekolah anak mereka
⏳ Menghantar e-mel kepada guru untuk mempersoalkan keputusan/markah anak mereka
⏳ Mengeluarkan anak mereka daripada sebarang aktiviti yang sukar
⏳ Menyalahkan orang lain atas kesilapan anak mereka
⏳ Campur tangan dalam perselisihan faham anak mereka dengan rakan, guru, jurulatih dan lain-lain.
Mereka tidak mahu melihat anak mereka bergelut dan mengalami kesusahan.
Kesan dari ‘membersihkan’ halangan yang bakal ditempuhi itu akan menjejaskan perkembangan kognitif dan kemahiran hidup anak-anak mereka. Keyakinan anak-anak ini akan terjejas dan kebolehan mereka akan terbatas. Lebih merisaukan ialah apabila mereka tidak dapat menerima erti kegagalan. Ini akan mewujudkan rasa panik dalam diri dan mereka akan mendiamkan diri apabila menghadapi masalah agar kelemahan mereka dapat disembunyikan.
Dalam tempoh jangkamasa panjang, mereka akan salah faham tentang definasi cabaran dan mentafsirkannya sebagai kegagalan peribadi dan menyalahkan diri sendiri . Ini boleh membawa kepada kemurungan dan sukar untuk bertoleransi apabila menghadapi kesusahan serta tidak mampu berdaya saing.
Kajian mendapati kesannya bukan terhenti pada anak-anak ini sahaja tetapi terpalit pada ibubapa juga. Ibubapa ini akan mula menghadapi tekanan apabila mereka terlalu fokus dalam mengatur setiap perihal anak mereka.
Niat untuk memudahkan anak-anak memerlukan pengorbanan masa dan ini akan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa lapang untuk diri sendiri. Justeru, ia akan membawa kesan fizikal dan mental kepada ibu bapa, termasuk isu kesihatan seperti kemurungan, stres, ulser dan tekanan darah tinggi.
Coach Raffi
Certified Professional Trainer
In Cognitive Development
Cambridge Global Learning UK