Persatuan Alumni Undang - Undang Universiti Teknologi MARA

Persatuan Alumni Undang - Undang Universiti Teknologi MARA

Share

Ini merupakan FB Page Rasmi Persatuan Alumni Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UITM)(Baru)

Laman FB ini diwujudkan sebagai platform penghubung di antara alumni dan juga Fakulti Undang-undang (yang dahulunya dikenali sebagai Fakulti Pentadbiran dan Undang-undang) untuk makluman aktiviti terkini Persatuan dan Fakulti. Laman ini dikendalikan oleh Encik Muhammad Umar, Setiausaha Persatuan Alumni (Batch 2006/2007). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Encik Muhammad Umar di alumniuitmf

22/02/2026

Innalillahwainnalillahirojiun.

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang alumni FUU, Tn Hamzah bin Ghauth (LLB (Hons) Intake 2007) dari Tetuan Wira Law Firm telah kembali ke Rahmatullah pada 21 Februari 2026.

Semoga keluarga, sahabat handai, dan kenalan Allahyarham diberi kekuatan dan sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh yang beriman.

16/02/2026

Innalillahwainnalillahirojiun.

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang alumni FUU, Azim Mohamed Nor (BLS 2023/2024, DLSA 2024/2025) telah kembali ke Rahmatullah pada 12 Februari 2026 yang lepas.

Semoga keluarga, sahabat handai, dan kenalan Allahyarham diberi kekuatan dan sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh para syuhada.

16/02/2026

Persatuan Alumni Undang-Undang dengan penuh sukacita merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Profesor Ir. Ts. Dr. Juliana Johari, CEng atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM.

Pelantikan ini merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan, dedikasi, dan sumbangan besar beliau dalam memperkukuh hubungan antara universiti, industri, komuniti serta alumni. Semoga Profesor Juliana terus diberi kekuatan dan ilham untuk melaksanakan amanah ini dengan cemerlang, seterusnya mengangkat martabat UiTM di persada nasional dan antarabangsa.

Sekali lagi, tahniah dan selamat maju jaya.

Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, UiTM

Persekutuan Alumni UiTM Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Profesor Ir. Ts. Dr. Juliana Johari, CEng atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM.

Semoga terus cemerlang memacu jaringan strategik, memperkukuh hubungan industri dan memperkasakan komuniti alumni demi kecemerlangan UiTM.

08/02/2026

Tahniah diucapkan kepada alumni Fakulti Undang-Undang, YA Tn Nixon anak Kennedy Kumbong (Alumni ADIL 1993) di atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

Pelantikan ini merupakan pengiktirafan terhadap integriti, keilmuan serta sumbangan berterusan beliau dalam memperkukuh sistem kehakiman negara. Warga universiti amat berbangga dengan pencapaian ini, yang bukan sahaja mengharumkan nama alumni tetapi turut menjadi inspirasi kepada generasi pelajar dan graduan masa hadapan.

28/01/2026

๐—˜๐—ฉ๐—ข๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐Ÿณ ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—— ๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  | ๐Ÿญ๐Ÿต๐Ÿฑ๐Ÿฒโ€“๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Dari sebuah dewan latihan kecil, kini berdiri megah sebagai universiti awam terkemuka negara. Inilah perjalanan 7 dekad membina bangsa, ilmu dan masa depan.

๐ŸŸข Dekad Pertama (1956โ€“1966)
Bermula sebagai Dewan Latihan RIDA.
Harapan disemai, akses pendidikan dibuka untuk masyarakat luar bandar.

๐ŸŸก Dekad Kedua (1966โ€“1976)
Melangkah menjadi Maktab MARA dan seterusnya Institut Teknologi MARA (ITM).
Pendidikan teknikal dan profesional mula diperkasa.

๐Ÿ”ต Dekad Ketiga (1976โ€“1986)
ITM diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.
Peranan dalam pembangunan modal insan negara semakin kukuh.

๐ŸŸ  Dekad Keempat (1986โ€“1996)
ITM berkembang pesat sebagai institusi pengajian tinggi utama.
Graduan berdaya saing mula mengisi pelbagai sektor negara.

๐ŸŸฃ Dekad Kelima (1996โ€“2006)
Tahun bersejarah 1999.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dilahirkan.

๐ŸŸค Dekad Keenam (2006โ€“2016)
UiTM meluaskan sayap ke seluruh negara.
Akses pendidikan tinggi diperluas tanpa sempadan.

๐Ÿ”ด Dekad Ketujuh (2016โ€“2026)
UiTM terus melangkah sebagai universiti awam terkemuka Malaysia.

Legasi diperkukuh, masa depan dibina.
7 Dekad, Satu Perjuangan, Jutaan Anak Bangsa.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

31/12/2025

๐Ÿ“ข HARI TERAKHIR! DAPATKAN PENGECUALIAN CUKAI SEKARANG! ๐Ÿ“ข

Ini peluang terakhir tahun 2025 untuk menyumbang kepada Endowmen UiTM dan menikmati **pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(11D) Akta Cukai Pendapatan 1967! ๐ŸŽ‰

โœจ Kenapa Anda Perlu Bertindak Hari Ini:
โœ… Layak mendapatkan resit pengecualian cukai
โœ… Menyokong pendidikan generasi akan datang
โœ… Sumbangan anda akan memberi impak besar kepada pelajar UiTM

๐Ÿ‘‰ Sumbang sekarang di:
๐Ÿ”— https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products/ED/14/8

๐Ÿ“Œ Jangan lepaskan peluang ini โ€” hari terakhir untuk tuntut pengecualian cukai!

Photos from Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi's post 23/12/2025

Kekosongan jawatan Pensyarah Undang-Undang UiTM.

Calon berkelayakan dijemput untuk memohon.

Father and daughter share historic moment as they are called to the bar 05/12/2025

Tahniah kepada En Shamsul Azlan dan keluarga di atas hari yang bersejarah ini.

En Shamsul juga merupakan Bendahari Persatuan Alumni Undang-Undang.

Father and daughter share historic moment as they are called to the bar A father and daughter duo were admitted as barristers and solicitors together at the High Court of Malaya in a historic and emotional ceremony

Anjung 05/10/2025

Kepada calon permohonan ijazah yang belum berjaya kali ini, jangan berputus asa..
Anda masih berpeluang memohon semula bagi ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐Ÿ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) melalui pautan rasmi UiTM: https://pengambilan.uitm.edu.my
Permohonan ๐—ฑ๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ akan dibuka mulai ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“.
Semoga berjaya pada permohonan akan datang! ๐Ÿ’ชโœจ

Anjung Menjadi pusat pengambilan pelajar yang efisyen berlandaskan sistem yang berkualiti dan telus selaras dengan visi UiTM.

05/10/2025

Tahniah!

Tahniah diucapkan kepada semua anggota Majlis Alumni UiTM (MAUiTM) atas pelantikan dalam majlis yang penuh berprestij ini.

Persekutuan Alumni UiTM (PAUiTM) merupakan sebuah organisasi yang menyatukan seluruh alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) di seluruh negara. PAUiTM berperanan sebagai platform utama bagi memperkukuh jaringan alumni, mempereratkan hubungan antara graduan dan universiti, serta menyokong kemajuan dan pembangunan UiTM melalui pelbagai inisiatif yang bermanfaat.

Dengan penyertaan dalam MAUiTM, semoga kita dapat terus menyumbang kepada kecemerlangan universiti, mempertingkatkan kerjasama antara alumni, dan memberi impak positif kepada masyarakat serta negara.

โ€œUiTM Di Hatikuโ€

Photos from Persekutuan Alumni Universiti Teknologi MARA Malaysia's post 27/09/2025
Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Faculty Of Law, Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
40450