AlBaghdadi Seksyen 23

AlBaghdadi Seksyen 23

Share

Kelas Quran Teknik AlBaghdadi seksyen 23

22/01/2023
20/01/2020

بسم الله الرحمن الرحيم

DOA² NABI DARI ALQURAN

Doa Nabi Adam AS

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.”
(Surah Al A’raaf :23)



Doa Nabi Nuh AS

قَالَ رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.”
(Surah Hud :47)



Doa Nabi Hud AS

إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

”Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”(Surah Hud :56)

Doa nabi Ibrahim AS

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhanku,jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orng yang tetap mendirikan sholat.Wahai Tuhan kami,kabulkanlah doaku.Wahai tuhan Kami ,berilah keampunan kepadaku dan dua ibu bapaku dan sekalian orang orang mukmin pada hari berlangsungnya hisab(nanti)”.(Surah Ibrahim :40-41)

Doa Nabi Yusuf AS

رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.
( Surah Yusuf : 101 )

Doa Nabi Ayub AS

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)

Doa nabi Yunus AS

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Bahwasanya tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan hanya Engkau,Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim
(Surah Al-Anbiya’:87).

Doa Nabi Musa AS

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simp**an dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )

Doa nabi Sulaiman AS

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku,berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan hamba-hambaMu yang soleh”.( Surah,An-Namlu : 19 )

Doa Nabi Zakaria AS
قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا

Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku p**a adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta dis**ai”.
( Surah Maryam : 4-6 )


Doa Nabi Isa AS

قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Nabi Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”. ( Surah al-Maidah : 114 )



Doa Nabi Muhammad s.a.w

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.( Surah al-Baqarah : 286)

CnP

17/01/2020

ASSALAMUALAIKUM semua,

Nasihat khas untuk lelaki yang s**a sangat bersolat fardhu di rumah. Mohon pelahan- lahan baca sehingga habis... di bawah ini ada kelebihan dan ada jugak amaran ancaman dari nabi saw...

KHUSUS UNTUK PARA LELAKI WAJIB TAHU DAN TERUS MENGAMALKANNYA.

👳 Sudah tahukah KAUM LELAKI bahawa Rasulullah tidak pernah meninggalkan solat berjamaah, sejak solat di wajibkan malam isra mi'raj hingga solat terakhir dalam hidup beliau?

👳 Tahukah KAUM LELAKI bahawa banyak di antara para ulama yg seumur hidupnya tidak pernah solat fardhu sendirian dan selalu berjamaah sampai akhir hayat mereka?

👳 Tahukah KAUM LELAKI bahawa di antara mereka ada yang rela walaupun harus membayar orang demi menemani solat berjamaah?

👳 Tahukah KAUM LELAKI bahawa ada sebagian ulama yang pernah menangis selama 40 hari kerana merasa rugi yang amat mendalam sebab tertinggal satu solat fardhu berjamaah saja?

👳 Tahukah KAUM LELAKI bahawa bila anda solat berjamaah maka solat anda dapat di pastikan di terima oleh ​اَللّهُ ?

👳 Tahukah KAUM LELAKI bahawa khusus untuk solat isya dan subuh berjamaah berpahala seperti solat setengah malam dan semalam suntuk?

👳 Tahukah KAUM LELAKI bahawa orang yang solat subuh berjamaah, maka di hari itu kehidupannya di bawah perlindungan ​اَللّهُ ? Artinya, bila ada orang yang mengusiknya maka dia berurusan langsung dgn ​اَللّهُ ?

👳 Tahukah KAUM LELAKI bahawa kerana begitu beratnya hukum solat berjamaah sehingga dalam madzhab hanafi di fatwakan bahawa hukum solat berjamaah adalah wajib?

👳 Tahukah KAUM LELAKI bahawa dalam madzhab kita asysyafi'i solat berjamaah hukumnya fardhu kifayah sehingga bila dalam sebuah perkampungan penduduknya, tidak ada yang solat berjamaah, maka sekampung itu, berdosa semua kerana meninggalkan berjamaah dan bukan kerana meninggalkan solat?

👳 Tahukah KAUM LELAKI bahwa syaitan akan berleluasa berkuasa di sebuah perkampungan, bila penghuninya tidak ada yang solat berjamaah?

👳 Tahukah KAUM LELAKI bahawa dalam suatu hadith, Rasulullah SAW sempat mengancam bahkan Rasulullah SAW mengancam kepada orang yang meninggalkan solat berjamaah sehingga berkeinginan membakar rumah mereka?

👳 Tahukah KAUM LELAKI bahawa sahabat Ibnu Mas'ud RA, pernah mengatakan "kami saksikan saat Nabi Muhammad SAW masih hidup tidak seorangpun, ada yang meninggalkan solat berjamaah kecuali hanya orang2 munafik tulen"?

👳 Tahukah anda bahawa bila anda menyebar info ini maka anda tidak akan rugi atau menjadi hina, malahan, insya ​اَللّهُ akan berpotensi mendapat kebaikan yang tak terhingga? Semoga mendapat hidayah bersama.

آمين يا رب العالمين. ...

Tolong di share kepada para SUAMI, SAUDARA LELAKI, ANAK LELAKI, SAUDARA SEPUPU LELAKI, ANAK SAUDARA LELAKI DAN SAHABAT2 LELAKI.

Semoga Bermanfaat..
BARAKALLAHU Fiikum..🕌🌹

Kredit Unais Mediaworks

14/01/2020

...................... 🌻Ceria Pagi🌻 ........................

Assalamualaikum
Selamat Pagi..

Setiap amalan dan pekerjaan mestilah dengan ilmu. Berilmu atau tidak seseorang itu dapat dilihat melalui tindak tanduknya, tertibnya dan sempurnanya sesuatu pekerjaan. Kadangkala seseorang memperlihat kehebatannya _"dengan tidak bertempat"_ kerana lupa diri. Misalnya, apabila seseorang menjadi imam solat, tatkala ramai makmumnya, maka dia akan bersemangat, lalu membaca surah yang panjang!. Sebaliknya perbuatan itu dilarang Rasulullah SAW melalui sabdanya;

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda, _"Apabila kamu mengimani solat orang banyak, hendaklah kamu pendekkan (bacaan), kerana di antara makmum terdapat p**a anak-anak , orang tua, orang yang lemah dan orang sakit. Apabila kamu solat sendiri solatlah berapa lama kau s**a."_(Sahih Muslim Jld. 1, no. 422 ms.237).

Manakala dalam hadis lain Baginda SAW bersabda;

Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda, _"Suatu waktu, aku baru mulai solat dan bermaksud hendak memanjangkan (bacaan)nya, sekonyong-konyong kudengar tangis bayi. Lalu kupendekkan solatku kerana aku khuatir ibunya gelisah."_ (Sahih Muslim Jld. 2 no. 425 ms. 238)

Realitinya begitulah, imam akan bersemangat apabila makmumnya ramai dan tanpa menyedari membaca surah yang panjang menyebabkan mungkin ada makmun menjadi gelisah kerana pelbagai urusan selepas solat dan hilanglah khusyuk dalam solatnya. _"Dalam keadaan waktu solat Subuh yang agak lewat sekarang juga, eloklah imam membaca surah yang pendek bagi kemaslahan makmum yang akan pergi bekerja seusai solat Subuh!."_

Begitulah juga perihal berdoa. Apabila ramai makmumnya, imam akan membaca doa yang panjang seolah-olah "membaca semua doa yang ada dalam ingatannya" sehinggakan lenguh tangan makmun yang menadahnya. Manakala sesetengah imam yang cakna akan kesibukan makmumnya akan membaca doa yang ringkas dan memaklumkan kepada makmunnya, _"kalau nak banyak doa sendiri, kita doa yang wajib saja..."_

Justeru, sesiapa yang menjadi imam hendaklah memahami hati dan kehendak para jemaah, barulah mereka berselera untuk berjemaah di masjid. Kadangkala sebagai makmum, kita harus memberi saranan kepada imam agar (pandai) menerajui solat supaya memikat hati para jemaah dan semakin ramai anak kariah menjadi pengunjung tegar masjid.
🌷 والله أعلم🌷

11/01/2020

Solat Gerhana kita mlm ni

05/01/2020

Breaking NewS !

TERNYATA MEMBACA AL-QUR'AN SELEPAS MAGHRIB & SUBUH DAPAT MENINGKATKAN KECERDASAN OTAK SAMPAI 80%, TOLONG SHARE YA SAHABAT

*AKIBAT MEMBACA ALQURAN TERUS MENERUS*

*Berkata Abdul Malik bin Umair:*

*"Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua*[ awet muda dan tidak pelupa adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

*"Manusia yang Paling Jernih Akalnya* adalah para pembaca Al-Quran".

*Berkata Al-imam Qurtubi :*
"Barang siapa yang membaca *Al-Quran*, maka Allah akan menjadikan *Ingatannya Segar* meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun".

*Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.*

"Perbanyaklah membaca *Al-Quran* jangan pernah kau Tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan dlMudahkan Setara dengan yang kamu baca".

*Berkata Ibnu Solah :*

"Bahawasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama'an untuk membaca *Al-Quran*, maka oleh kerana itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia".

*Berkata Abu Zanad :*

"Di tengah malam, aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu Rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membaca *Al-Quran".*

*Berkata sebagian ahli tafsir :*

"Manakala kita menyibukkan diri dengan *Al-Quran* maka kita akan Dibanjiri oleh sejuta Keberkahan dan Kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada *Allah* agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca *Al-Quran* dan mengamalkan kandungannya".

Bila anda Cinta pada *Al-Quran* maka sebarkanlah. Demi *Allah,* sekian banyak orang yang membaca *Al-Quran* maka pahala akan mengalir pada anda.

*JADIKAN ALQURAN TEMAN DI DUNIA DAN PENOLONG DI AKHIRAT*

Nk belajar Mengaji?
Klik link dibawah..

https://bit.ly/2tAMoDX

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


41a, Jalan Pelabur B 23/B, Seksyen 23
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 16:00 - 19:00
Tuesday 16:00 - 18:30
20:00 - 22:00
Wednesday 16:00 - 18:30
20:00 - 22:00
Thursday 16:00 - 18:30
20:00 - 22:00
Friday 16:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 14:00