Ia ditubuhkan untuk membantu para pelajar di sekitar Shah Alam mendapatkan pendidikan tambahan yang berkualiti dan dekat dengan rumah. Tuisyen Hikmah mula-mula beroperasi di Seksyen 18, Shah Alam dan sekarang beribu pejabat di Seksyen 23, Shah Alam. Azam kami di Tuisyen Hikmah (TH) pada tahun 2018 ialah untuk terus menyediakan program tuisyen yang terbaik, sebagai kesinambungan kepada objektif kec
emerlangan yang menjadi pegangan sejak ditubuhkan. Hasil usaha sepanjang 20 tahun, TH terus menerima kemasukan pelajar yang meningkat sehingga terpaksa membesarkan kapasiti ruang kelas di ibu pejabat Seksyen 23 dan Kemuning Greenville. Cawangan-cawangan yang diurus sendiri oleh TH di Seksyen 24, Pinggiran USJ dan Alam Budiman, U10 yang dibuka pada 2012, juga mendapat respon yang sangat menggalakkan daripada ibu bapa. Sebagai penerima amanah daripada ibu bapa, PTH melakukan beberapa penambahbaikan bagi program tuisyen tahun 2018, mencakupi pelbagai aspek terutama:
-Perlantikan guru berkualiti dari segi pengalaman, profesionalisme dan komitmen.
-Memperkasa Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) melalui modul PSLIMA.
-Mendorong pelajar beriltizam untuk kecemerlangan melalui penerapan nilai murni di dalam kelas dan beberapa program khusus yang akan dianjurkan.
-Memaklumkan kepada ibu bapa prestasi pelajar melalui KPMM dan siri ujian seperti dijadualkan.
-‘Adab’ adalah domain yang sangat penting dalam menjurus pelajar supaya tekun mengikuti P&P. Oleh itu aspek ini akan dititikberatkan dalam memastikan tuisyen yang berkesan.
-Menyediakan beberapa prasarana tambahan, secara berperingkat bagi meningkatkan keberkesanan P&P seperti pemasangan CCTV, PA System dan sistem kawalan pelajar.
-Beberapa program yang memohon keredaan Allah juga dilakukan secara mujahadah dan istiqomah termasuk penghantaran guru menunaikan Umrah dan memohon kecemerlangan pelajar di Makkah dan Madinah. Melalui semua usaha yang dilaksanakan, kami di PTH percaya dengan izin Allah, anak Tuan/Puan akan mendapat keberkatan belajar dengan berlaku mobiliti pencapaian daripada pencapaian sedia ada kepada peningkatan yang lebih tinggi dan cemerlang. IBRAHIM SAAD
(Pengasas dan Pengetua)