Bismillah.
Salam semuanya.
Group ini ialah mereka yang pernah bersama Abata dan mahu upgrade ilmu berterusan. Terimakasih.
(Renew)
Group Alumni Abata
GROUP ALUMNI ABATA ini merupakan group guru, bekas guru, pelajar dan bekas pelajar Abata. Posting permasalah dan penyelesaian amat dihargai.
Nah... Di sini kita berkumpul untuk berkongsi, saling mengingati dan saling upgrade bacaan dan ilmu Al Quran.
04/09/2014
[Persepsi Pengajian Bertajwid Dewasa Yang SALAH]
Ini kontroversi... Maaf bagi yang tidak sependapat.
Ramai bakal pelajar pengajian bertajwid dewasa yang menelefon saya, soalan yang agak sukar untuk saya beri penjelasan adalah:
Soalan: "Berapa jam kelas pengajian ni ustaz"
Nak olah ayat ni pun susah, biasanya jawapan saya begini:
Jawapan: Kaedah pembelajaran bacaan Quran bertajwid ni buka seperti kita mendengar tazkirah, ceramah ataupun apa2 yang lain bang, boleh mendengar sehingga 2jam atau pun lebih. Pengajian bertajwid Quran ni kita belajar kefahaman tentang hukum tajwid tersebut dan membaca latihannya. Tidak cukup sekadar contoh-contoh sahaja kerana kebanyakan hukum tajwid namanya sama tetapi kejadiannya banyak variasi, jadi jika tidak cukup latihan kita tidak akan nampak hukum tajwid tersebut di dalam bacaan kita walaupun kita telah pelajari hukum tajwid tersebut. Cukup sekadar 12-15minit sekali belajar dan istiqomah. Seminggu sekali mengadap guru sudah memadai. Jangan percaya tetapi inilah rahsia Kaedah Abata dan ianya telah terbukti sungguh pun daripada '0'.
Kami di Pusat Pengajian Abata menjalankan pengajian secara personal coaching (individu) bukan secara kelas. Jika pengajian secara kelas, ya.. 2 jam pengajian secara kelas adalah biasa. Inilah perkara pokok yang telah menjadi salah persepsi di kalangan bakal pelajar Quran. Tetapi.. adakah ianya adil atau berkesan untuk pelajar Quran? Tidak...semestinya TIDAK. kenapa? - walaubagaimanapun duduk di dalam majlis ilmu, masih mendapat pahala insyaAllah.
Anda duduk di dalam kelas pengajian selama 2jam. Biasanya apakah situasi kelas pengajian Quran. Saya juga pernah mengikuti dan mengajar secara begini. Adakah ia efektif? anda baca anda jawab...
Situasi 1: Sejarah pengajian setiap orang adalah berbeza. Ada yang sudah boleh baca dan tahu sikit2 hukum tajwid, ada juga yang tak tahu hukum tajwid. Ada yang kenal huruf tetapi merangkak dalam bacaan dan tak tahu hukum tajwid. Ada yang makhraj huruf pun tak berapa jelas dan ada huruf2 Quran pun tak berapa mahir.
Soalan 1: Di manakah ustaz yang mengajar ingin mulakan. Basic? nanti yang sudah tahu boring dan rasa tak belajar apa2. 1x kelas...ok, 2x kelas...ok, 3x kelas....? sebaliknya jika mengajar yang lebih tinggi, adakah kita pasti yang lemah itu akan faham? 1x kelas...ok, 2x kelas..ok, 3x kelas...?Ini belum masuk soalan2 advance yang di tanya oleh pelajar yg menyebabkan pelajar belum mahir terasa sukar akan pelajaran pengajian bertajwid.
Soalan 2: Orang dewasa biasanya banyak urusan. Kadang2 terpaksa miss kelas. miss 1x..ok, miss 2x..ok lagi, miss 3x...? 4x..?
Soalan 3: Macam mana pulak dengan status keperibadian kita. Dato', CEO kompani, Pengurus, jawatan bawahan, operator kilang, kerani, Imam, bilal, perwatakan alim? dan berbagai lagi... adakah ini menjadikan kita pasif untuk bertanyakan soalan di dalam kelas? malu?
InsyaAllah Pengajian Kaedah Abata untuk dewasa mampu mengatasi masalah diatas dan masalah2 lain yang berkaitan.
Para ustaz/ah pengajian Quran bertajwid: Kami perlukan ramai ustaz/ah. InsyaAllah kami bercita-cita menjadikan guru Quran sebagai satu profession.
Para saudara seislam : Jika rasa tidak yakin bacaan quran anda, inilah masanya untuk bersama kami. Aggaplah yuran bulanan anda yang sedikit itu sebagai amal jariah untuk perkembangan ilmu pengajian Quran. Hubungi kami.
"Al Quran adalah kalam Allah dan perantara antara Pencipta dan Manusia, Adakah kita masih mahu menangguh-nangguh beberapa tahun lagi untuk mula pelajarinya sehingga kita tidak akan jumpa masa yang sesuai itu..."
Mohon share jika sependapat dengan saya...untuk manfaat para ustaz/ah dan yang tercari2 kaedah untuk belajar. Mereka belajar, anda dapat juga bahagian insyaAllah kerana mereka tahu daripada anda.
--------------------------------------------
http://wajibtajwid.com/
Belajar Tajwid Kaedah Abata
Ahmad Saipuddin Saat
Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran Secara Bertajwid Kaedah ABaTa - Wajib Tajwid, Ngaji Tajwid,... cara mudah belajar membaca al-quran secara bertajwid dan berperingkat
[Pelajar Langkah 1 Belajar Sesuatu]
Pelajar baru ini baru sahaja datang kelas pengajian Belajar Tajwid Kaedah Abata untuk kali yang ke-3. Umur dalam lingkungan lewat 40an. Tahu membaca ayat-ayat Quran hanya daripada hafazan masa kecil-kecil dahulu. Tidak mengenal sangat huruf-huruf Al Quran. Pernah mengikuti kelas pengajian yang lain tetapi mungkin kurang sesuai untuk dirinya dan dia menyatakan tidak sangat dapat pelajaran yang benar ustaz... antara sebabnya ialah belajarnya secara beramai-ramai.
Pagi ini, pelajaran Langkah 1 Kaedah Abata bagi dirinya adalah menyebut bunyi Baris Atas untuk huruf Kho' dan Dzal. Sememangnya selama ini beliau menyebut bunyi kedua-dua huruf ini dengan cara yang sangat salah. Sebutan Khonya adalah sepertimana tulisan ini KHO dan Dzal di sebut dengan ZA.
Tadi, pelajar ini telah dapat menyebutnya dengan betul setelah diberi penerangan berdasarkan garis panduan di bawah.
-------------------------------
Jika saya boleh tulis sebutan yang benar disini adalah:
Kho Baris Atas - Bermula seumpama hendak membuang kahak dan keluarkan bunyi Ō daripada bunyi huruf O seperti bunyi ‘buang kahak Ō’
Dzal Baris Atas - Bermula dengan hujung lidah diangkat ke hujung gigi depan, tarik lidah secara lembut dan keluarkan bunyi Ā daripada huruf A / mengeluarkan bunyi DZĀ daripada ejaan DZA
Sememangnya penulisan bunyi untuk huruf-huruf al Quran dalam tulisan rumi terlalu banyak kelemahannya. Jika ada tambahan daripada kawan2, silakan.. :)
-----------------------------------
Ahmad Saipuddin Saat
[Goup Pelajar dan Bekas Pelajar Pengajian Kaedah Abata]
PERHATIAN: Ini adalah group rasmi Khas untuk pelajar dan bekas pelajar Pengajian Bertajwid Dewasa Kaedah Abata yang di anjurkan oleh syarikat Bunga Jiwa.
Sesiapa yang berada di sini mestilah mematuhi syarat-syarat ini:-
- Pihak Admin berhak mengeluarkan sesiapa pun dari group ini tanpa soal jawab sekiranya melanggar beberapa peraturan utama adab di sini
- Tidak boleh menjual, mempromosi atau memasarkan sebarang produk atau perkhidmatan
- Tidak boleh memasukkan sebarang topik yang boleh membawa kepada salah faham atau perselisihan faham seperti kepercayaan politik, bangsa dan agama
- Tidak boleh menjadi penghasut atau dipercayai menghasut ahli di sini untuk bercakap tentang sesuatu yang negatif atau tidak memberikan manfaat.
- Bukan tempat mengutuk atau mencaci orang lain.
Apa yang bagus dibuat di sini?
- Networking/ Berkenalan
- Berkongsi kisah kejayaan yang berkaitan dengan Pengajian Al Quran secara bertajwid kaedah Abata
- Berkongsi pengalaman hasil ilmu dari Pengajian Al Quran secara bertajwid kaedah Abata
- Ulangkaji ilmu yang dipelajari dari Pengajian Al Quran secara bertajwid kaedah Abata
Kunci kepada menuntut ilmu adalah Adab menuntut ilmu dan menghormati guru serta rakan seperguruan.
Group ini hanya untuk pelajar, bekas pelajar serta guru Pengajian Bertajwid Dewasa Kaedah Abata, jika anda tidak pernah mengikuti pengajian bertajwid Kaedah Abata, anda tidak sepatutnya berada di sini.
*Penapisan dan pengesahan Kehadiran akan di lakukan kepada semua Ahli FB Group Pelajar Abata secara berperingkat.
Jika anda baru join group ini, sila kenalkan diri dan nyatakan juga anda adalah pelajar dari alamat mana dan siapakah ustaz/ustazah yang mengajar anda.
-admin Ust Ahmads-
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Website
Address
Shah Alam