Institut Kepimpinan Pelajar - IKP

Institut Kepimpinan Pelajar - IKP Melaksanakan Program & Aktiviti Pembangunan Pelajar Berpandukan Kepada Modul-Modul Latihan Yang Telah Ditetapkan.

Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) berfungsi untuk melaksanakan program-program pembangunan kepimpinan untuk mahasiswa UiTM. Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UiTM untuk melahirkan graduan holistik yang berketrampilan daripada segi akademik, sahsiah dan kemahiran insaniah. IKP bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan menyelaras pelbagai program kepimpina

n dan professional di seluruh sistem UiTM. Mendepani cabaran dan keperluan masa hadapan, IKP sentiasa proaktif dengan penganjuran pelbagai modul menerusi Program Kepimpinan Pewaris Bangsa (PKPB). PKPB merupakan inisiatif untuk membentuk pemimpin mahasiswa yang berdaya saing dan mampu menjadi pemimpin untuk organisasi, bangsa dan negara pada masa hadapan.

Ikhlas daripada Institut Kepimpinan Pelajar UiTM kepada pelajar yang menyambut Pesta Kaamatan dan Gawai bagi negeri Saba...
30/05/2026

Ikhlas daripada Institut Kepimpinan Pelajar UiTM kepada pelajar yang menyambut Pesta Kaamatan dan Gawai bagi negeri Sabah dan Sarawak



[MODUL KEPIMPINAN DINAMIK SIRI 1/2026]Assalamualaikum wbt,Salam sejahtera,Salam UiTM dihatiku. 🔥Pada 17 - 19 April 2026 ...
28/04/2026

[MODUL KEPIMPINAN DINAMIK SIRI 1/2026]

Assalamualaikum wbt,
Salam sejahtera,
Salam UiTM dihatiku. 🔥

Pada 17 - 19 April 2026 telah berlangsungnya Modul Kepimpinan Dinamik Siri 1/2026 di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat, Selangor. Modul ini merupakan nilai tambah yang penting agar dapat mempersiapkan diri para pelajar untuk menghadapi cabaran mendatang atau signifikan dengan tagline “Future Proof Leader”, memperkasakan kembali semangat kenegaraan, semangat cintakan UiTM dan meningkatkan kemahiran kepimpinan bakal – bakal pemimpin pelajar melalui perkongsian idea dan pengalaman.




Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar sesi 25/26 ke Institut Kepimpinan PelajarSHAH ALAM, 16 Januari 2026 — Majlis ...
16/01/2026

Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar sesi 25/26 ke Institut Kepimpinan Pelajar

SHAH ALAM, 16 Januari 2026 — Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2025/2026 telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) di Bilik Latihan IKP pada jam 9.15 pagi. Kunjungan ini dihadiri oleh barisan kepimpinan MPP dan turut disertai oleh Prof. Dr. Ismi Roha binti Mohamed Jais, Penolong Naib Canselor Komunikasi Strategik.

Dalam sesi perjumpaan, PNYDP Muhammad Zuhair Hazmin bin Zohari menerangkan hala tuju MPP yang menumpukan kepada advokasi dan suara mahasiswa, pembangunan bakat dan kepimpinan, serta kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa, dengan menegaskan komitmen melalui slogan “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung.”

Pengarah Institut Kepimpinan Pelajar, Prof. Madya Dr. Alwi Mohd bin Yunus, menekankan kepentingan memetakan hala tuju kedua-dua pihak supaya program yang dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan dan memberi impak positif kepada mahasiswa.

Pengarah IKP juga menekankan bahawa MPP perlu tampil ke hadapan dalam menangani isu-isu negatif, khususnya di media sosial, dengan cadangan penambahbaikan yang konstruktif dan maklumat yang tepat. MPP digalakkan meningkatkan perkongsian mengenai pencapaian UiTM bagi mengimbangi naratif negatif. Prof. Dr. Ismi Roha p**a menyeru agar MPP bekerjasama dengan pentadbiran dalam usaha menaikkan imej UiTM, bersikap adil terhadap kekurangan universiti, dan menanam rasa kesyukuran dalam kalangan mahasiswa. Strategic engagement antara MPP dan IKP akan dilaksanakan secara berterusan.

Dari aspek kewangan dan program, Pengarah IKP mencadangkan penggunaan aplikasi Settle bagi semua transaksi pelajar sebagai inisiatif penjanaan dana untuk menyokong program berskala besar, termasuk di peringkat antarabangsa. MPP juga akan dilibatkan sebagai fasilitator dan pembangun modul dalam program kepimpinan, kemahiran insaniah dan kenegaraan anjuran IKP.

Kunjungan hormat ini diakhiri dengan harapan agar kerjasama strategik MPP dan IKP terus diperkukuh demi melahirkan mahasiswa berdaya saing, berintegriti, dan berjati diri.

01/01/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam sejahtera,YBhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan / Saudara/i,Dengan segala h...
22/12/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam sejahtera,

YBhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan / Saudara/i,

Dengan segala hormatnya, kami menjemput tuan/puan untuk menyertai Webinar Pengajaran Kolaboratif CTU552 Kolaborasi Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM & Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) dengan kerjasama Centre for Innovative Delivery & Learning Development (CIDL).

🎙️ Butiran Webinar
📌 Tajuk: Falsafah Rukun Negara: Dari Teori ke Realiti
📅 Tarikh: 18 Disember 2025
⏰ Masa: 8.00 malam – 10.00 malam
📍 Platform: Facebook ACIS UiTM Shah Alam
https://www.facebook.com/acis.uitm/
https://www.facebook.com/ikp.uitm/

🎤 Penceramah Jemputan:
En. Mohd Kamal bin Mohd Affandi
Ketua Seksyen Institusi Pengajian, Bahagian Belia
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri

🎙️ Moderator:
Ust. Ammar Ismail
Pensyarah ACIS, UiTM Shah Alam

👥 Ahli CGCT:
Dr. Hajar Opir (Ketua Projek)
Ustaz Ahmad Thaqif
Ustaz Ammar Ismail
Ustazah Maisarah
Ustazah Najwa Fudil

Kerjasama dan sokongan semua amat dihargai.
Terima kasih.

🌸 Sekian, wassalam.

Address

Institut Kepimpinan Pelajar, Aras 3 & 4, Bangunan Budisiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam
Shah Alam
40450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Kepimpinan Pelajar - IKP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Institut Kepimpinan Pelajar - IKP:

Shortcuts

Share