18/05/2026
✨ -MAJLIS ZIKIR ISTIGHOSAH [ May ]- ✨
Anjuran : Pusat Rawatan Islam Darul Thibbun Nabawi
Zikir Istighosah adalah himpunan zikir-zikir yang disusun alim ulama khusus dalam memohon pertolongan Allah swt.
✨Majlis zikir ini merupakan majlis bulanan bersama perawat-perawat dan pelajar tahfiz sebagai salah satu amalan dalam ihktiar rawatan dan juga pendinding diri dari sebarang gangguan, juga sebagai amalan untuk mendekatkan lagi hati kepada Allah swt.
🗓️ Tarikh : KHAMIS / 21 MAY 2026
⏰ Waktu : 7:00pm hingga Selesai
📍 Alamat: Kompleks Darul Thibbun Nabawi / Pusat Rawatan Islam Darul Thibbun Nabawi
https://maps.app.goo.gl/cBVqbWJTEa1mHdjKA
__
* Majlis ini adalah majlis terbuka untuk orang ramai hadir bersama keluarga.
* Boleh bawa air dan limau untuk dibacakan zikir bersama.
* Jamuan disediakan.
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Kompleks Darul Thibbun Nabawi
ANAK MURID USTAZ AHMAD DUSUKI ABD RANI
13/05/2026
🌱PROGRAM JELAJAH RAWTAN ISLAM 3.0🌱
Alhamdulillah, Program Jelajah Rawatan Islam dapat diteruskan lagi, kali ini insyaAllah kami akan berada di Masjid Al Madaniah USJ 18
Program kerjasama antara Pusat Rawatan Islam Darul Thibbun Nabawi bersama Lajnah Muslimat Masjid Al-Madaniah USJ18 ini akan dilaksanakan seperti detail dibawah:
📅 Tarikh: Ahad, 17 Mei 2026
🕘 Masa: 9:00 pagi – 12:30 tengah hari
📍 Tempat: Masjid Al-Madaniah USJ18
Atur cara program:
✔️ Kuliah / Ceramah: “Kesedaran dan Pendedahan dalam Rawatan Islam”
✔️ Ijazah ayat-ayat ruqyah kepada jemaah
🔹 Pendaftaran dibuka mulai jam 9:00 pagi
🔹 Terhad kepada 30 peserta untuk membuat rawatan
🔹 Sila bawa bersama 30 botol air mineral dan 21 biji limau nipis
Turut disediakan:
🖼️ Pameran barangan sihir & saka yang telah dirawat
🛍️ Jualan produk rawatan Islam
🔈Rawatan adalah percuma.
🔈Bawa ahli keluarga yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kesembuhan dan perlindungan. 🤲
🔈Sebarkan kebaikan ini kepada keluarga dan sahabat.
Kompleks Darul Thibbun Nabawi
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Pusat Rawatan Islam Darul Thibbun Nabawi
20/04/2026
Assalamualaikum wbt.
🐂 Pendaftaran peserta Ibadah Korban 1447H/2026 🐏
Alhamdulillah pada tahun ini kami di Kompleks Darul Thibbun Nabawi akan melaksanakan Ibadah Korban seperti biasa.
🏷️ Harga:
🐂 Lembu : Rm850/bagian (Rm5,950/ekor)
🐏 Kambing : Rm1,100/ekor
📌 Tarikh tutup pendaftaran : 20 Mei 2026
Tarikh pelaksanaan : 30 mei 2026 (sabtu)
✨Bagi yang berminat untuk turut serta bersama kami boleh hubungi no dibawah untuk daftar.
📲 Ust Ibnu : 010 437054
26/02/2026
RAYUAN BANTUAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN
Assalamualaikum w.b.t
Dengan rendah hati, kami dari Kompleks Darul Thibbun Nabawi (KDTN) sekali lagi ingin memohon sokongan dan keprihatinan tuan/puan bagi membantu menampung beban kos penyelenggaraan bangunan yang memerlukan pembaikan segera.
Sebagaimana yang diketahui umum, bangunan kami dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu selain terdapatnya Pusat Rawatan Islam dan Maahad Tahfiz An-Nabawi. Bangunan ini telah berkhidmat kepada komuniti di sini sejak sekian lama melebihi 10 tahun. Namun begitu, faktor usia dan kekangan kewangan menyebabkan beberapa kemudahan penting seperti bumbung, pendawaian elektrik dan stuktur asas memerlukan perhatian dan baik pulih dengan segera untuk kebaikan dan keselesaan pengguna.
Sumbangan dana ini diharapkan dapat melancarkan lagi proses pemulihan bangunan ini seterusnya dapat digunakan dengan baik dan lebih selesa untuk semua warga KDTN.
Bagi yang ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan ke:
💵MBB - 5621 0662 3665
💵B.ISLAM - 1203 8010 1182 03
Pertanyaan lanjut boleh hubungi:
📞Ust Sayuti – 019-394 1837
☎️Pejabat – 03-5523 7378
Keprihatinan tuan/puan dalam menyalurkan sumbangan ini kami dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah s.w.t memberkahi setiap sumbangan yang telah diinfaqkan di jalan Allah.
06/02/2026
Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kita terus diberikan keberkahan umur dan keberlimpahan rezeki di hari Jumaat ini iaitu penghulu segala hari.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakan baginya.” (Riwayat Muslim)
Justeru, kami dari Kompleks Darul Thibbun Nabawi (KDTN) mengalu-alukan tuan/puan untuk berinfaq ke tabung kami:
💵MBB - 5621 0662 3665
💵B.ISLAM - 1203 8010 1182 03
Resit boleh dikongsikan di No: 019-394 1837
“Tidak akan berkurang harta seseorang kerana bersedekah” (Hadis Riwayat Muslim)
Sekecil mana pun sumbangan tuan/puan, besar nilainya di sisi Allah swt. Jazakumullahu Khairan Jazak kami ucapkan di atas sumbangan yang telah diinfaqkan. Semoga dengan keberkahan infaq di hari Jumaat ini, Allah permudahkan semua urusan kita dunia dan akhirat. Amiiin
03/02/2026
*SUMBANGAN PEMBELIAN AIRCOND KDTN*
Assalamualaikum Wbt.
🔹Tuan2/Puan2 yang dirahmati Allah Swt, Kompleks Darul Thibbun Nabawi (KDTN) tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Shah Alam sebagai pusat penyebaran Ilmu. Disini juga terletaknya Pusat Rawatan Islam dan Maahad Tahfiz. Barangan2 yg diguna pakai disini juga rata-ratanya sudah melebihi 10 tahun. Tidak terkecuali juga 'aircond' yang kami guna pakai sudahpun rosak.
🔹Pihak kami ingin memohon jasa baik daripada tuan2/puan2 sekalian sekiranya dapat membantu kami melengkapkan pencarian dana untuk membeli 4 unit aircond bagi kegunaan program2, majlis2 ilmu dan zikir serta lain2. Moga2 dengan bantuan kalian, ramai yang dapat manfaatnya dan kami doakan agar setiap kegunaan aircond ini, Allah Swt ganjarkan para penyumbang dengan pahala yg berterusan selama mana ia digunakan. Ameen Allahumma Ameen.
🔸Bagi sesiapa yang ingin menyumbang, boleh salurkan ke akaun berikut.
- Maybank : 5621 0662 3665
- Bank Islam : 1203 8010 1182 03
🔸Mohon diwhatsappkan resit sumbangan ke no berikut (010-4317054 Ustaz Ibnu) untuk tujuan pengasingan dana dan rekod.
🔹Segala sumbangan yang diberikan baik secara langsung ataupun tidak langsung, pihak kami ucapkan Jazakumullahu Khairan dan terima kasih banyak2.
30/01/2026
✨ -MAJLIS ZIKIR ISTIGHOSAH [Januari]- ✨
Anjuran : Pusat Rawatan Islam Darul Thibbun Nabawi
Zikir Istighosah adalah himpunan zikir-zikir yang disusun alim ulama khusus dalam memohon bantuan Allah swt.
Majlis zikir ini merupakan majlis bulanan bersama perawat-perawat dan pelajar tahfiz sebagai salah satu amalan dalam ihktiar rawatan dan juga pendinding diri dari sebarang gangguan, juga sebagai amalan untuk mendekatkan lagi hati kepada Allah swt.
🗓 Tarikh : Jumaat / 30 Jan 2026
⏰ Waktu : 7:00pm hingga Selesai
📍 Alamat: Kompleks Darul Thibbun Nabawi / Pusat Rawatan Islam Darul Thibbun Nabawi
https://maps.app.goo.gl/cBVqbWJTEa1mHdjKA
__
* Majlis ini adalah majlis terbuka untuk orang ramai hadir bersama keluarga.
* Boleh bawa air dan limau untuk dibacakan zikir bersama