Ustazah Atiqah founder of Penawar Qalbu

Ustazah Atiqah founder of Penawar Qalbu

Share

Penawar Qalbu Penyejuk Hati Perangsang Minda Otak Kanan

18/05/2024

Ketika mana dapat aduan dari murid berkenaan barang hilang, soalan pertama yg saya akan tanya, dah mula amal doa Elak Kecurian ?

Begitulah kita sebagai org tua...kena sentiasa pesan dan pesan. Jangan penat memberi, membimbing, mendidik, dan mengajar kebaikan .... kerana dikalangan mereka akan ada tangan yg menarik kita ke Syurga nanti

22/06/2021

Subhanallah... Alhamdulillah....Rezeki 18,702 bakal guru ...pakat share kawan²,jiran,saudara mara... Mg dipermudah urusan

14/08/2019

Zikir Para Malaikat di arasy... Yang mengamalkan zikir ni... InshaAllah terasa sangat² kebergantungan kita dengan Allah... Ketika diuji dengan kecemasan...kesakitan...kesusahan... Takut dengan makhluk... Dengki khianat makhluk pada kita... Semuanya diberi pertolongan...Minta dengan sepenuh keyakinan terhadap Allah Yang Maha Kaya... inshaAllah biiznillah...ditenangkan hati...dipermudah urusan...diberi kesembuhan...dijauhkan musuh dan dianugerahkan rasa ketenangan dan kekuatan menjalani urusan seharian

Photos from Ustazah Atiqah founder of Penawar Qalbu's post 21/03/2019

Mari ajar diri kita dan anak-anak dengan 5 skrip hebat ini apabila ditegur oleh orang lain:
1-Minta Maaf
2-memang salah saya
3-Terima Kasih tegur saya
4-Sekarang juga saya perbaiki
5-Doakan saya ye

26/08/2017

Seorg lelaki p**ang ke rumah dgn membawa sebiji tembikai.

Dia membeli buah itu dari sebuah pasar.
Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: "tawar".
Lalu isterinya terus2an merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu,
suami berkata: "Sy membeli tembikai itu dari pasar"

Isteri: "Sy tau"

Suami: "Pada pendpt awk,
Semasa sy membeli tembikai tadi,
Sy nk yg manis atau yg tawar?"

Isteri: " Tentulah yg manis"

Suami:" Ketika penjual sdg menjual tadi,
Agaknya mrk nk menjual yg manis atau yg tawar?"

Isteri: "Tentulah mrk ingin menjual yg manis"

Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih (org tengah) ingin menjual kpd penjual di pasar,
Mrk agaknya ingin menjual yg manis atau yg tawar?"

Isteri: "Mesti yg manis"

Si suami diam sejenak...

Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya,
Adakah dia mahu tembikai yg tumbuh nanti manis atau tawar?"

Isteri: " Tentu yg manis,
pastinya."

Suami:" Ketika awk membelah buah ini tadi,
awk inginkan yg manis atau yg tawar?"

Isteri: "Mesti sy ingin yg manis.
Knp dgn semua soalan ini?" soal isteri.

Org soleh itu tersenyum pada isterinya.
Lalu dia berkata:

"Ketika semua org inginkan buah yg manis, sebaliknya p**a yg berlaku.
Buah tembikai itu tawar rasanya!"

Isteri org soleh itu terdiam.

Mrhkan siapa?

'Jadi ketika awk marah ttg rasa tembikai yg tawar,
Awk sbnrnya mrhkan siapa?
Bknkah semua org inginkan buah yg manis.
Ttp kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya,
Jadi awak marahkan siapa?
Marahkan sy yg membeli,
atau penjual yg menjual atau awak yg membelah atau pekebun yg menanam?
Atau Allah yg menentukan rasa tawar?"

Adab ketika makan: Jgnlah kita mengecam,
mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak s**a, kita tinggalkan shj.

Pengajarannya: Kita perlu fhm bahawa rezeki kita dpt yg manis atau tawar,
sedap atau tidak,
Semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya,
ramai org akan terasa hati.
Mgkn emak atau isteri yg memasak terasa hati.
atau mgkn ayah yg membeli terasa hati.
Dan lebih2 lagi tanpa kita sedar,
kita seolah2 "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kpd kita.

Jika kita tidak bersyukur dgn yg sedikit,
mana mgkn kita akan bersyukur dgn yg b*k.

"KISAH PEDOMAN "HANYA SEBIJI TEMBIKAI,
KITA MERUNGUT KPD ALLAH TA'ALA""

Tolong share untuk renungan bersama

05/08/2016

[ TIPS CARA MUDAH LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR ]
Ustaz Ahmad Dusuki ikim pagi tadi..

■Jgn sekali kali tinggalkan alQuran...Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■Rumah yg dibacakan alQuran, pd waktu mlm rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■Jika mati org yg s**a baca Quran Ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat2 akan tau, ooo, mati sudah sipembaca Quran ini, Mari kita solatkan rohnya.

■Didlm kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■AlQuran akan duduk didada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita didlm kubur.

■Jgn tinggalkan alQuran.

■Jgn tinggalkan alQuran.

■Azab kubur bermula the moment mayat tidak dpt menjawab soalan2 malaikat.

■Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■Penting 7 hari ini kita mendpt doa dari anak2 yg soleh supaya hari2 kita indah didlm kubur.

■Masa mayat Tu duduk kita akan sedar, ohh...aku dah meninggal dah... 😭

■Pesanan akhir Ustaz, sblm mati, tolong pastikan sekurang kurangnya Ada alMulk dlm Dada kita.
اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
آميـــــــــــــــــــن

■Celakalah org yg tidak dpt jawab soalan mengenai Rasullullah saw.
Dlm kubur alQuran akan berkata kpd mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yg lantang & mendayu.

■Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■Lepas Tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd 2 malaikat yg akan menyoal.

■Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

جزاك اللهُ خيراً

01/05/2016

WASIAT KPD PENJAWAT AWAM :

Drp SHEIKH MUTAWALLI rahmatullah alaihi. Kaherah, Mesir.

TIGA BELAS WASIAT
untuk PEKERJA. :

WASIAT PERTAMA
janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa dan takut kepada Allah S.W.T. lebih baik untukmu.

WASIAT KEDUA
terimalah pelanggan2mu kendali segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat dan bukan p**a syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari dari membaikpulih apa-apa kekurangan atau kesalahan pada diri mereka, kerana kamu adalah perantara penyelesaian serta HARAPAN mereka.

WASIAT KETIGA tunjukkanlah penghargaanmu terhadap umat dan gunapakaikan kelebihan dan kecekapanmu kpd mereka selaku penjawat yg baik agar kesan perkhidmatanmu lebih mendalam sampai ke lubuk hati mereka.

WASIAT KEEMPAT
ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang yang memerlukan perhatian, disebabkan peri sikap mu, segala masalah mereka berhasil diselesaikan dengan baik, lancar dan mudah.

WASIAT KELIMA
Perbaikkanlah layananmu terhadap orang2 yg memerlukan perkhidmatan dengan meninggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada kalangan kamu mendapat do'a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah tiada lagi di dunia sini.

WASIAT KEENAM
setiap masa bertugas boleh dihubungkaitkan dengan didikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian dlm menyelesaikan masalah umat.

WASIAT KETUJUH
setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau tinggalkan pekerjaan sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak yang akan dituntut pada hari hisab kelak.

WASIAT KELAPAN berapa ramai daripada kamu kerana memberi khidmat yang baik kepada umat, lantas dengan sebab itu mereka mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
Ya Allah! tambahkan dan berkatilah kepada penjawat penjawat kami yang kuat, cerdas dan amanah.

WASIAT KESEMBILAN di hadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga semangatmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

WASIAT KESEPULUH ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

WASIAT KESEBELAS
ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah. Bila kamu tidak mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua jerih payahmu itu akan memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU di akhirat nanti, insya Allah.

WASIAT KEDUA BELAS
pesanan ini merupakan hadiah BERHARGA kepada penjawat awam agar dapat jadi amalan untuk dapatkan kebaikan yang banyak.

WASIAT KETIGA BELAS
sesungguhnya perintah Allah untuk kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.

Moga ada manfaat utk kita semua..

💝SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 1 MEI 2016💝💐

05/01/2016

Sihir atau santau dapat di halang dengan MENGAMALKAN GARAM mengikut cara Nabi saw.

~ Sebelum makan Nabi saw, letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.

~ Sampai di tempat baru, Nabi saw ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru.
~ Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah dah cipta garam untuk penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif.

~ Pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah.

~ Garam juga unsur yang boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.

~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak garam.

~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam org arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.

~ Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah saw mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada beberapa petua penggunaannya.

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4. Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air kemudian di minum sebelum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.
Wallahu-a'lam

Semoga bermanfaat.
In Shaa Allah biiznillah.

06/12/2015

OH ANAKKU ....!!!!!

Tidak ada satu pun yang boleh mengaku caranya mendidik anak adalah yang paling betul. Teknik keibubapaan yang diamalkan oleh setiap orang adalah berbeza. Setiap orang punya cara tersendiri yang sangat subjektif untuk diukur sama ada salah atau betul.

Tetapi ada beberapa perkara telah dipraktiskan oleh ibu bapa yang berjaya. Jadi, tak salah kita yang bergelar ibu bapa turut mencubanya. Semua demi mendidik anak-anak yang hebat.

1. Rajin berborak dengan anak

Purata kekerapan perbualan berkait rapat dengan keupayaan membaca dan IQ kanak-kanak. Kira-kira 88 - 98% perkataan yang digunakan oleh kanak-kanak usia tiga tahun diperoleh daripada perbendaharaan kata ibu bapa. Lagi kerap anda bercakap dengan anak, lagi tinggi penguasaan kata dan perbendaharaan katanya. Jadi, rajin-rajinlah berborak dengan anak anda. Jangan marah, kalau anak rajin bertanya.

2. Membaca dengan anak

Kajian mendapati anak yang ibu bapanya kerap membacakan buku untuk mereka sekurang-kurangnya 20 minit sehari akan mencapai prestasi lebih tinggi ke hadapan berbanding kanak-kanak lain pada usia mereka 15 tahun. Tak dapat dinafikan lagi amalan membaca akan menjadi kunci kejayaan seseorang itu.

Baca juga: Rangsang Anak Bijak Dan Berakhlak

3. Biarkan anak bermain

Bermain merangsang kemahiran fungsi eksekutif iaitu meningkatkan memori bekerja, fleksibiliti tugasan, menyelesaikan masalah dan keupayaan untuk mengawal diri.

4. Hadkan masa tonton TV

Anda tentu tidak mahu anak-anak yang terdedah dengan risiko masalah kesihatan kan? Tahukah anda, secara purata kanak-kanak menonton 20,000 iklan di TV dalam setahun. 34% iklan yang tersiar di TV merangkumi makanan tinggi gula. TV membebankan bahagian visual otak manusia sekaligus merosakkan kreativiti.
Satu jam menonton TV setiap hari = memberi masalah kepada tumpuan pembelajaran di sekolah.

5. Galakkan kreativiti

Biasanya kalau cikgu bertanya kepada murid tadika, siapa yang s**a melukis. Semua murid akan mengangkat tangan. Tetapi semakin mereka membesar, tidak ramai yang gemar aktiviti melibatkan kreativiti. Sebenarnya kreativiti membentuk sikap yakin diri seseorang. Jadi, galakkan anak anda untuk membuat aktiviti kreatif kerana ia bagus untuk membantu perkembangan mereka.

6. Rapat dengan anak

Sentuhan, belaian, pelukan, perbualan, bergurau, ketawa, menyanyi adalah keperluan penting untuk anak-anak kecil. Ia membantu membentuk asas diri yang kuat bagi melahirkan anak yang sihat tubuh badan, pintar otak dan positif emosinya.

29/11/2015

Ada seorang doktor cuba buka klinik/rumah rawatan di Madinah/Mekah.
Selama 6 bulan dia buka tiada seorang pesakit pun yang datang untuk dapatkan rawatan dengannya.
Jadi dia pelik. Org org di sini tidak pernah sakitkah?

Akhirnya dia jumpa jawapannya.

Bila mana saja kami sakit.
Perkara yg pertama kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari Allah.
Insyaallah sembuh dengan izin dan kasih sayang Allah.

Kalau tak sembuh pergi pada cara kedua.
Iaitu baca Al Fatihah 7 kali tiup pada air dan minum.
Dan alhamdulillah kami akan sihat.

Tapi kalau kami tidak sihat juga.
Kami akan pergi pada cara yg ketiga
Iaitu bersedekah.
Bersedekah dengan niat pahalanya di jadikan asbab penyembuh sakit tu.
Dan insyaallah akan sembuh.

Kalau tidak sembuh kami akan pergi pada cara yg keempat
Yaitu solat taubat dan istighfar.
Sebab Nabi saw beritahu sakit ni salah satu asbab pengampunan dosa.
Jadi kena banyak istighfar dan taubat.

Kalau tak sembuh jugak baru pergi pada cara yg ke lima.
Iaitu madu dan habbatussauda.

Dan yg keenam yaitu tumbuhan dari bumi yaitu seperti bawang putih, zaitun, halia dan lain-lain.

Dan alhamdulillah la haula wa la quwwata illa billah.
Disini kami pasti dan pasti akan sembuh tanpa pergi pada cara ketujuh yaitu tabib/doktor/ubat.

Wallahu a'lam

28/11/2015

Assalamualaikum wbt.

Pada dinihari ni mari sama2 kita kongsi kisah ini, semoga bermanfaat...Insya Allah.
Cerita berinspirasi....

Seorang perempuan yang bekerja di kilang daging.

Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku untuk memeriksa baki stok bekalan daging,
akan tetapi nasib nya tidak baik, tiba2 pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya. Dia berusaha menolak pintu bilik sejuk namun tidak berganjak, pintu setebal 10inci itu terlalu utuh baginya.
Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Dia mulai panik. Kebanyakan pekerja sudah lama p**ang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk.

1 jam berlalu dia mencari apa2 alat yg dapat membantunya keluar namun sia2 dalam bilik itu hanya terdapat daging semata-mata, badannya semakin lemah kerana kesejukan.
3 jam kemudian dia semakin hampa, badannya semakin lemah suhu badannya turun mendadak. Muka semakin pucat, tangan menggeletar nak berdiri pun tak mampu.

5 jam kemudian, dia mula berfikir akan mati kesejukan dalam bilik sejuk itu, air matanya menitis memikirkan nasibnya, adakah begini cara kematiannya? Nafasnya mula tercungap-cungap.... sedang dia dalam helaan nafas kematian, tiba2 tuppp... terdengar pintu bilik terbuka, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu. Pak guard itu terkejut melihatnya terbaring kaku kesejukan, lantas membawanya keluar dan menyelimutinya,
Beberapa ketika... Setelah itu, perempuan itu bertanya pada pak guard itu bagaimana dia boleh membuka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya.

Pakcik itu menjawab : "Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, dan terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi kamu adalah segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan menyapa selamat tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari kamu meninggalkan kerja. Kebanyakan dari mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud.

Hari ini, sebagaimana kamu bila masuk ke kerja dan juga hari-hari sebelumnya menyapa saya dengan sapaan ringkas "Assalamualaikum". Tetapi malam ini selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak mendengar sapaan "Bye. Jumpa lagi esok". Jadi, saya merasakan saya perlu check di sekitar kilang.
Setiap hari saya akan mengharap sapaan "salam" dan "bye" dari kamu kerana kamu mengingatkan bahawa saya masih seorang insan dan saya masih rasa dihargai oleh seseorang. Dengan tidak mendengar ucapan selamat tinggal hari ini, saya dapat mengagak mungkin ada sesuatu yang telah terjadi.
Sebab itu, saya mencari kamu di merata tempat. Nasiblah Allah telah menggerakkan hati saya untuk memeriksa bilik sejuk itu, sebab saya pernah melihat kamu disitu, dan saya bertindak dgn naluri yg Allah cetuskan... kalau ikutkn logik memang x masuk akal dah... tambah lagi tengah malam begini...
Perempuan itu sujud syukur kerana Allah masih meminjamkn nyawa padanya.

Pengajaran untuk diri:
Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan. Biarlah cerita ini menjadi satu inspirasi.

Mari kongsi kepada semua untuk inspirasi...

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No 9 Jalan Asparagus 24/11
Shah Alam
40300