Majlis Perwakilan Pelajar Unisel Shah Alam

Majlis Perwakilan Pelajar Unisel Shah Alam

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Perwakilan Pelajar Unisel Shah Alam, College & University, Jalan Zirkon A 7/A, Seksyen 7 40000 Shah Alam, Selangor, Shah Alam.

Photos 05/11/2018

Kami dari barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Selangor mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua warga UNiSEL yang beragama hindu. Moga perayaan yang penuh bercahaya ini dapat menerangi hidup anda semua.

30/08/2018

TANAH PEJUANG

Jika diundurkan tika
Kau akan lihat masa dulu kala
Terlihat betapa pentingnya perjuangan
Terlihat betapa besar dan agung
Jasa dan keringat mereka taburkan
Wang, tenaga, masa dan fikiran
Hanya didambarkan untuk perjuangan
Satu perjuangan yng lahir dari jiwa
Satu perjuangan yang terbit dari naluri
Jiwa mereka perkasa
Jiwa mereka murni suci
Setiap langkah hanya untuk anak bangsa
Untuk lihat lahirnya negara bangsa
Perjuangan mesti diteruskan
Hanya itu jalan penyelesaian
Langkah kaki mesti dipercepat
Kerana itu cara perjuangan
Kelompok pimpinan diperkuat
Hati masyarakat semua ditambat
Perjuangan ini murni
Perjuangan ini suci
Hanya ingin satu kebebasan

Kita lihat tika ini
Bangsa kita bangsa merdeka
Separuh abad terpasak di dada dunia
Gah, juara digeruni seantero
Malaysia
Namamu melakar sejarah
Lagakmu mencabar
Kelibatmu ghairah
Sang negara dunia hati – hati denganmu
Resepi bercampur kaum
Serat isi inti dalamnya
Penuh dengan pelbagai rasa
Perpaduan utuh punca segala
Globalisasi dunia pemangkin utama
Namamu gah merentasi sempadan dunia
Ekonomi, teknologi kepakaran terbukti
Dihidang semua untuk bangsa dicintai
Merdeka separuh abad
Bukti keagungan bangsamu
Bukti kekuatan perpaduanmu
Anak bangsa untung menikmati
Dijaga rapi kemas merdeka ini
Untuk santapan cucu cicit
Untuk ingatan cerita nenek moyang
Merdeka sudah dianugerahi
Semat di jiwa simpan di hati
Merdeka ini anugerah Illahi..

Bersatu Ke Arah Transformasi
#61 🇲🇾

26/08/2018

Selamat menduduki peperiksaan kepada para pelajar UNISEL

Buat yang TERBAIK untuk mencapai matlamat anda

Jangan lupa cetak slip peperiksaan anda serta kelengkapan menulis anda dan bawa sekali kad matrik bersama

Bersatu Kearah Satu Transformasi

21/08/2018

Salam Aidiladha 1439H

Hari Kelab & Persatuan 31/07/2018

Sekitar program HARI KELAB & PERSATUAN

09/07/2018

Selamat kembali kepada para pelajar UNIVERSITI SELANGOR

Kami Majlis Perwakilan Pelajar berhadap anda semua buat yang TERBAIKK pada semester ini dan yang akan datang

Tidak lupa juga kepada pelajar baru TAHNIAH anda kini bergelar MAHASISWA/WI UNISEL

"Bersatu Ke Arah Transformasi"

03/07/2018
Photos from Universiti Selangor's post 30/06/2018
Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan Zirkon A 7/A, Seksyen 7 40000 Shah Alam, Selangor
Shah Alam
40000