03/06/2026
πΉ KEJOHANAN MEMANAH SELANGOR JUNIORS 2026 πΉ
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Permata Memanah SRAI Dato' M***i Yusof Sahabuddin yang telah mencatatkan pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Memanah Selangor Juniors 2026 yang berlangsung di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang pada 31 Mei hingga 3 Jun 2026.
π Nur Medina Az-Zahra binti Hafizuddin (6 Naim)
π₯ Johan ER (Compound U12)
π₯ Johan OR (Compound U12)
π Muhammed Zill Qayyim bin Mohammed Zahid (6 Ma'wa)
π
Tempat Keempat QR (Recurve U12)
Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang cemerlang. Pihak sekolah sentiasa komited dalam menyokong dan menggalakkan penglibatan murid dalam pelbagai bidang kokurikulum sebagai platform untuk mengembangkan bakat, membina keyakinan diri serta melahirkan murid yang seimbang dan cemerlang.
Tahniah dan terima kasih juga diucapkan jurulatih dan ibu bapa atas sokongan serta komitmen yang diberikan dalam membantu merealisasikan kejayaan ini.
Semoga pencapaian membanggakan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, seterusnya melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.