Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam

Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam

Share

THIS IS AN OFFICIAL FSG PAGE. FSG (Fakulti Sains Gunaan) is the 4th Biggest Faculty with four (4) S The Faculty of Applied Sciences was established in 1967.

It started as the School of Applied Sciences at Institute Technology MARA’s (ITM) Jalan Othman campus in Petaling Jaya. In 1974 the School of Applied Sciences moved to Shah Alam where the Faculty of Applied Sciences was established in 1977 when ITM was upgraded to university status. The first programme offered in 1967 was Diploma in Planting Industry Management. Over the years the faculty has evo

11/06/2026

Artikel bertajuk “Tanpa Disedari Kita Sentiasa Tinggalkan Jejak Kimia” yang disiarkan dalam ruangan BERNAMA Tinta Minda merupakan hasil penulisan bersama Dr. Kavitha Rajagopal dan En. Fairus Muhamad Darus, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Artikel ini mengupas bagaimana setiap individu meninggalkan jejak kimia melalui aktiviti harian seperti menyentuh objek, menggunakan peralatan dan berinteraksi dengan persekitaran. Jejak yang terdiri daripada minyak kulit, peluh dan pelbagai residu bahan kimia ini boleh dianalisis melalui bidang kimia forensik bagi membantu dalam aspek keselamatan makanan, kesihatan awam, penyiasatan keracunan serta pengesanan punca pencemaran alam sekitar.

Melalui perkongsian ini, masyarakat didedahkan kepada peranan penting kimia forensik yang sering tidak disedari dalam kehidupan seharian. Penulisan ini turut menekankan kepentingan pendidikan dan kesedaran sains dalam membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap penggunaan bahan kimia, penjagaan kesihatan dan kelestarian alam sekitar.

Pautan: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2566277

Nilai PR: RM8,999



11/06/2026

Tahniah diucapkan kepada Profesor Ts. Dr. Ali H. Jawad Al Taie atas pelantikan sebagai Profesor (Kontrak) (VK7), berkuat kuasa 10 Jun 2026.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi dan pemangkin kecemerlangan dalam bidang akademik dan penyelidikan.



Photos from Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam's post 10/06/2026

Pada 3 dan 4 Jun 2026, seramai 2 orang penyelidik dan 72 orang pelajar Fakulti Sains Gunaan (FSG), terdiri daripada pelajar siswazah dan tahun akhir, telah ditaja oleh Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) untuk menghadiri Biodiversity Forum 2026 di The Everly Putrajaya. Forum bertemakan “Advancing Human-Wildlife Coexistence in Malaysian Oil Palm Landscapes” ini menghimpunkan penyelidik, pemain industri, pembuat dasar, NGO pemuliharaan dan pelajar untuk membincangkan isu konflik antara manusia dan hidupan liar dalam landskap perladangan sawit di Malaysia. Penyelidik FSG, Prof. Madya Dr. Siti Khairiyah Mohd Hatta turut terlibat sebagai ketua penyelidik bagi projek yang menerima geran MPOGCF.

Dua pelajar siswazah di bawah geran tersebut, Encik Muhamad Ikmal Arif Jainuri dan Cik Nur Hannah Sofea Ahmad Suhaimi, telah membentangkan poster penyelidikan berkaitan biodiversiti flora dan fauna di ladang sawit FELDA Pasoh 4, Negeri Sembilan. Penyertaan dalam forum ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu secara langsung daripada pakar-pakar dalam bidang biodiversiti dan pemuliharaan, memahami cabaran semasa yang dihadapi negara, serta membina jaringan profesional dengan pelbagai pihak berkepentingan. Pengalaman ini turut memperluaskan perspektif pelajar mengenai kepentingan keseimbangan antara pembangunan, pemuliharaan biodiversiti dan kelestarian alam sekitar.

Photos from Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam's post 10/06/2026

Fakulti Sains Gunaan (FSG), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah menerima kunjungan pakar pertanian serta delegasi dari China sempena Mesyuarat Pertukaran Projek Pertanian Malaysia–China yang berlangsung pada 5 Jun 2026 di UiTM Shah Alam. Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara Malaysia dan China dalam bidang pertanian, penyelidikan dan inovasi teknologi.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mempererat kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang pertanian moden, bioteknologi, sistem akuaponik, rumah hijau pertanian cekap tenaga serta pembangunan pertanian mampan. Selain itu, program ini turut menggalakkan perkongsian kepakaran, inovasi dan pemindahan teknologi pertanian bagi menyokong pembangunan sektor pertanian yang lebih berdaya saing dan lestari yang boleh ditranslasikan untuk kegunaan industri berasaskan pertanian, komuniti pertanian dan alumni-alumni FSG atau UiTM yang berminat didalam bidang pertanian berpaksikan teknologi termaju hasil kerjasama negara Malaysia dan China.

Melalui sesi pembentangan dan pertukaran pandangan yang melibatkan pakar industri, penyelidik serta delegasi antarabangsa, program ini membuka peluang kepada penerokaan kerjasama baharu dalam bidang penyelidikan, pembangunan teknologi dan pemindahan ilmu yang berimpak tinggi.

Fakulti Sains Gunaan komited untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dalam usaha memacu kecemerlangan sains, teknologi dan inovasi, sekali gus menyumbang kepada kemajuan sektor pertanian serta kesejahteraan masyarakat sejagat.


Photos from Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam's post 09/06/2026

🌊🐢 JOM SERTAI PROGRAM KESEDARAN KONSERVASI MARIN! 🐳🐬

Jabatan Perikanan Negeri Selangor dengan kerjasama Fakulti Sains Gunaan UiTM Shah Alam dan Institut Biodiversiti & Pembangunan Lestari (IBSD) UiTM Shah Alam menjemput orang ramai untuk menyertai Program Kesedaran Konservasi Marin.

✨ Menarik menanti anda:
🏆 Pertandingan Marine Knowledge Hunt dengan hadiah bernilai sehingga RM300
🎁 Cabutan bertuah dengan hadiah menarik 🤩
🍽️ Makan dan minum percuma untuk 200 penyertaan terawal
🐬 Pameran Jabatan Perikanan Malaysia
👩🏼‍🏫 Taklimat Konservasi Marin, Sistem dan Perundangan

Ayuh bersama-sama meningkatkan kesedaran dan menghargai khazanah marin negara demi kelestarian generasi akan datang.

📍 Dewan Anjung Seri Budiman (Annex), UiTM Shah Alam
📅 15 Jun 2026
⌚ 8:30 pagi - 1:00 petang

Laut Kita, Tanggungjawab Kita.

08/06/2026

Artikel bertajuk “Budaya Guna Buang dan Beban Iklim Masa Depan” yang disiarkan dalam ruangan BERNAMA Tinta Minda pada 4 Jun 2026 merupakan hasil penulisan bersama Dr. Mohd Arif Rosli, Pensyarah Kanan di Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dan En. Fairus Muhamad Darus, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kedua-dua penulis juga merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan Forum Udara Bersih Malaysia (MyCAS).

Artikel ini mengupas budaya guna buang dalam masyarakat moden yang semakin menyumbang kepada peningkatan sisa pepejal, pencemaran alam sekitar dan tekanan terhadap sistem pengurusan sisa negara. Penulisan ini turut menekankan bahawa sisa yang dilupuskan akan terus memberikan implikasi terhadap tapak pelupusan sampah, kualiti alam sekitar, pelepasan gas rumah hijau dan perubahan iklim.

Melalui perkongsian ini, masyarakat diseru untuk menilai semula corak penggunaan harian dan beralih kepada amalan yang lebih lestari, termasuk mengurangkan pembaziran, menggunakan semula barangan, mengasingkan sisa serta memperkukuh budaya kitar semula. Semoga penulisan ini dapat menyumbang kepada peningkatan kesedaran awam dalam membina masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap kelestarian bumi.

Pautan: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2564487

Nilai PR: RM8,999



08/06/2026

"Minggu ke-10 kuliah dah tiba, bukan lagi masa untuk 'nanti dulu'."

Berhenti menanti waktu yang sempurna untuk mula. Tugasan takkan selesai dengan hanya merenung "deadline." Ingat, tiada perubahan yang akan berlaku selagi kita sendiri tidak membuka langkah pertama. "Act now, or regret later."

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا

Photos from Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam's post 07/06/2026

PPFB Perkasa Pendidikan STEM Melalui Penyertaan dalam Program SOKI Siri 1/2026

Pada 3 dan 4 Jun 2026, Pusat Pengajian Fizik dan Bahan (PPFB), Fakulti Sains Gunaan UiTM Shah Alam telah dijemput untuk menyertai Program School’s Out, Kids In (SOKI) Siri 1/2026 yang berlangsung di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. PPFB telah diwakili oleh Ts. Dr. Siti Fatimah Saipuddin dan Ts. Dr. Sikiru Surajudeen Olalekan, dengan sokongan Dr. Yusuf Olanrewaju Busari daripada Smart Manufacturing Research Institute (SMRI) serta pelajar Fakulti Sains Gunaan, Cik Aisyah Sofia Razali.

Sepanjang program berlangsung, Dr. Sikiru telah berkongsi hasil penyelidikan beliau berkaitan penghasilan activated carbon daripada sisa pertanian (agro-waste), manakala Dr. Fatimah memperkenalkan Hadron Match-Up, sebuah papan permainan pendidikan yang dibangunkan berasaskan pengajaran dalam bidang Sains Nuklear. Aktiviti yang dijalankan adalah selari dengan tema SOKI 2026, iaitu “Eksplorasi Nuklear Lestari”, yang bertujuan memupuk minat serta meningkatkan kefahaman masyarakat, khususnya golongan muda, terhadap sains dan teknologi nuklear melalui pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan.

Pihak PPFB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Sains Negara atas jemputan dan peluang yang diberikan untuk berkongsi ilmu, penyelidikan serta inovasi bersama para pengunjung sepanjang program ini. Semoga usaha ini dapat menyemarakkan minat golongan kanak-kanak sebagai pendedahan awal kepada STEM dengan cara yang lebih kreatif, santai dan interaktif.

07/06/2026

Waktu muda kita ada banyak masa dan tenaga, tapi duit p**a yang tiada. Bila sudah berkerjaya, duit dan tenaga ada, tapi masa p**a yang habis terjual. Akhirnya bila sudah tua, duit berkepuk pun tak mampu lagi nak beli semula masa dan kesihatan yang telah hilang. Belajarlah untuk hargai dan seimbangkan apa yang ada di tangan kita hari ini, sebelum segalanya terlambat.

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا

06/06/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00